Review Nota Purba | Fendi Rocka

 Exchange Feed Group EFG

assalamualaikum and hello lads!



ha, pernah dengar pasal EFG tak? bukan bank, bukan bangunan, bukan kupon. tapi satu group blogger yang baru sahaja aku join. syok berkenalan dengan blogger lama dan baru di dalam group EFG ni. dan salah seorang darinya adalah blogger Fendi Rocka atau lebih dikenali sebagai FR.



EFG merupakan salah satu cara untuk mempromosikan blog melalui perkongsian feed link di blog yang terlibat. Setiap blog yang join secara langsung pautan feed blognya akan terpapar di blog lain mengikut jadual yang dipersetujui, ini dimaksudkan pertukaran yang membantu meningkatkan trafik blog secara sihat melalui ukhwah blog/blogwalking dan belajar teknik untuk meningkatkan prestasi blog ahli.

 http://1.bp.blogspot.com/-CWRUwAm5V5o/VVKfsiB-FTI/AAAAAAAABzM/_0IzRP2vJgY/s758/14314774857431.jpg

bermula hari ini, blogger Fendi Rocka terlebih dahulu menjadi insan bertuah untuk direview oleh kami. Pemilik blog yang misteri ini menggarapkan hasil tulisan yang berseni lantaran dari sifatnya yang menyerupai seorang anak seni yang mengacarakan rancangan Melodi di TV3 iaitu Awal Ashaari.

Blog FR ialah tak lain tak bukan : Nota Purba. Blog ini, kalau sekali dah singgah, terasa ingin pergi ke sana lagi. kenapa? ha, adillah jika korang sendiri yang merasa macam apa kami rasa. hehe. satu entry sahaja sudah cukup untuk menjawab persoalan di atas.

Blog yang jauh dari gosip-gosip liar Nota Purba berkisar tentang apa yang terjadi kepada penulis itu sendiri di dalam kehidupan seharian.

Jika dilihat dari mata kasarnya dan dibaca dari nalurinya, pasti pembaca di luar dapat merasakan aura di sebalik pemilik blog Nota Purba yang penuh misteri. FR merupakan ahli EFG yang ke 24 daripada 41 ahli EFG.

Walaupun EFG mempunyai ramai adik-beradik, FR sangat disayangi dan disenangi oleh semua adik beradik EFG. FR yang kuat mengusik itu mengeratkan hubungan kami semua bagaikan sebuah keluarga besar yang bahagia di alam maya.

kata-kata kekuatan FR dalam hidup adalah "Move on!"

FR seorang yang kelakar. Pasti semua terhibur bila ada FR. EFG pernah menemuramah FR secara maya dan jawapan bagi soalan di bawah ini dan boleh member clue siapakah FR sebenarnya. haha.

What is chemistry in academic words (not less than 200 words)

Jawapan kepada soalan tersebut dijawab dengan sejujurnya oleh blogger FR.

"Chemistry adalah bila mata kita saling berpandangan, timbul buih-buih cinta, dan common sense mula keluar dari kepala, kat situ kimia jahat memainkan peranan. ulang 50 kali untuk cukupkan 200 words)" - Fendi Rocka.
 
 
 
 
post signature

Share:

30 comments

  1. sama ja erk artikel ni ngan rakan blogger lain..

    ReplyDelete
  2. ucapan Bonde untuk FR...

    "SELAMAT MAJU JAYA" jadikan setiap hari ceria bersama EFG... mulakan hari ini,... untuk maju di masa hadapan...
    InsyaAllah, Aamiin.

    EFG Awesome

    "Bonde Senyum Riang"

    ReplyDelete
  3. cubaan sel2 puitis mula masuk ke dalam ruang kosong di pojok minda saya

    ReplyDelete
  4. hanya berkisah tentang dunianya sendiri. x jemu baca entry FR

    ReplyDelete
  5. kk eny paling suka penulisan FR.. tak payah letak gambar dan tak payah tulis gossip atau isu semasa.. penulisan dr hati dia yg sometimes kelakar dan sometims menyentuh jiwa....

    ReplyDelete
  6. Kegelapan BLOG FR mencerminkan kepurbaan nota yang ditulisnya.., Namun, kepurbaan notanya membawa 1001 nilai yang berharga..

    ReplyDelete
  7. FR memang ada ciri-ciri ferrari....unik,kreatif, nilai tinggi

    ReplyDelete
  8. Entry yang bersahaja, suspens dan mencuit hati menarik sesiapa sahaja untuk membaca blog Nota Purba... Semoga Fr diberi idea yang banyak untuk terus berkarya dan mewarnai dunia blogger...

    ReplyDelete
  9. Seorang FR yang misteri :D #EFG Awesome

    ReplyDelete
  10. terjawab juga ke'blur'an di otak kak gee sebaik melihat logo EFG terpampang di blog cik Amy. selamat maju jaya ye..
    bolehlah nak singgah ke teratap FR sekejap lagi ^_^

    ReplyDelete
  11. Pandai korang promotenye. Baca few review serius rase nak singgah.. hehe

    ReplyDelete
  12. Penulisan yang tulus dan hadir dari hati. Jom terjah blog FR.

    ReplyDelete
  13. Hehwhe mula2 dgr fendi rocka teringat plak kat biskut bersalut coklat tu yg diberi nama roka hananan

    ReplyDelete
  14. jangan biarkan diri anda diselebungi misteri...hihi

    ReplyDelete
  15. penulisan yang tak jemu dibaca :)

    ReplyDelete
  16. ambeeekkkk kauuu.....!!
    sebesar2 muka FR kat sini..... hahahahahahaa...

    *adakah ini ciri-ciri FR sedang dibuli....?? owwhh-emm-jiiii.... :p

    ReplyDelete
    Replies
    1. ada nombor talian mangsa buli tak?

      Delete
    2. ada nombor talian mangsa buli tak?

      Delete
    3. ada nombor talian mangsa buli tak? #parodiabgfr

      Delete
  17. Blog nota purba memang misteri tapi terbaikk ! ;)

    ReplyDelete
  18. Segala persoalan akan terjawab di nota purba

    ReplyDelete
  19. Zumal baru follow blog FR semalam...

    ReplyDelete
  20. besaqnya pic FR kat sini Amy... all the best buat semua EFGiers tersayang :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. besaq gilos gamba abg fr kat sini kan kak ana. terkezut titewww hahaha

      Delete
  21. FR yang misteri. Akan terungkai jika kita meneliti semua hasil penulisannya di blog Nota Purba :)

    ReplyDelete
  22. Menarik... thanks sharing Amy.. :)

    ReplyDelete

hello dear :) x salah pun baca sambil komen kan.