Review Sayidah Napisah | Telegram Cinta

Review Sayidah Napisah

Exchange Feed Group


assalamualaikum and hello lads!


Nama: Sayidah Napisah
Umur: 19+5+6+3-2-9
Ciri-ciri lelaki idaman: Tak merokok, pandai main gitar, tinggi, tough, bertanggungjawab
Motto: Allah will always be there for me
Warna kegemaran: coklat, pink dan purple

so, korang dah dengar pasal Fendi Rocka dan juga Aku Penghibur a.k.a Acik. kalini kita dengar cerita pasal Sayidah Napisah pula atau lebih dikenali sebagai KC (Kak Cik). Pertama kali berkenalan dengan KC masa aku masuk dalam group EFG dulu, orangnya sangat peramah. termasuklah semua bloggers juga.



Walaupun kecil orangnya, tetapi KC mempunyai cita-cita yang besar. KC mengimpikan untuk menjadi salah seorang tenaga pengajar di sekolah ataupun di universiti. KC sangat senang mesra dengan semua orang, disebabkan itu ramai sangat menyenanginya. Ada sahaja usikan yang bermain di bibirnya.


untungnya jadi KC ni, makan bukan main lagi banyak ha, tapi badannya maintain je dari dulu. so, siapa lapar nak makan banyak tak ada member, ajak KC sekali. hahahahaha. unfortunately KC tidak berapa menggemari sayur. so, kalau korang vegetarian, sila jangan ajak KC.

ini pula masa kami duk main-main dengan website how-old.net tu. hahahahaha. sedih betul. umur lagi muda dari aku, tapi dalam ni lagi tua dari mak aku. jangan marah kC :P


KC dengan senyuman nampak gigi dia tu memang tak boleh dipisahkan. asal selfie ja mesti nampak gigi. sama juga macam aku. senyuman manis, untunglah. rugi kalau tak tayang gigi putih depan orang kan. 


Rupa-rupanya model colgate sejak dari sekolah. :D


ini semasa sesi throwback. masing-masing pakat share gambar masa kecil. orang tengah syok kongsi gambar masa usia muda, dia pun sibuk nak share juga. jeles le tu :P manis ja ha. haha. kecil-kecil lagi dah pakai tudung. siapa nak adik KC ni jadi menantu, sila jumpa mak bapa KC.



Berblogging seawal dari umur 17 tahun, motto utama Kak Cik di dalam dunia blog ialah untuk menyampaikan maklumat yang berguna dan bermanfaat kepada pembacanya. tengok je lah segala info di dalam blog KC tu, macam-macam jenis ada. kalau terasa nak layan drama Melayu, boleh juga p ushar blog KC.

Untuk pengetahuan semua yang berminat untuk mengenali KC, KC kini sedang belajar di UPM dalam bidang Matematik. ha, minat Matematik tu. syok la. aku nak juga ambil kos Matematik dulu. tapi dah rezeki dapat dekat Engineering. eh, cerita pasal den pula.

KC yang sangat aktif berblogging, aktif mengomen di blog dan aktif chitchat di group whatsapp/telegram ternyata merupakan pelajar yang sangat cemerlang dalam akademik. jangan pandang sebelah mata si KC ni okay. bukan senang nak dapat Anugerah Akademik Terbaik ni. tahniah sekali lagi buat KC.


Setelah bertahun Kak Cik menggunakan url blog memburucintamu, akhirnya Kak Cik membuat keputusan untuk mengubah nama blognya kepada satu nama yang lebih feminin dan limited edition, sesuai dengan penampilannya iaitu Sayidahnapisah.com.

Trademark blognya ialah burung terbang membawa daun dan sehingga ke hari ini, burung itu tidak pernah berhenti terbang....kasihan burung tu.

sebenarnya, apa aku cuba kaitkan dengan telegram ni? pada awalnya, masa aku first time berkenalan dengan semua ahli EFG, KC sangat menyerlah antara semua. sikap peramah dan periang membuatkan aku rasa senang nak berbual apatah lagi mengusik dia selepas itu. kiranya cinta pandang pertama melalui telegram lah. wakakaka. habis KC usik aku nanti. cinta ni subjektif okay kawan-kawan. sila jangan salah faham. salah faham, buat tuduhan, dosa besar. 

Review EFG 1 : Fendi Rocka
Review EFG 2 : Aku Penghibur

post signature

Share:

28 comments

  1. KC nakal. Jumpa nanti Kak Sha nak cubit dulu, ekeke :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wah saya suka baca review tentang KC ni :-)

      Delete
    2. ehem ehemmm kak shaaaaaa~ ada list panjang ni semua nak cubit kc ahhaha

      Delete
  2. KC ni sebenarnya dah tua...Tua sangat..kita je tertipu dengan kata-katanya..ahha

    ReplyDelete
    Replies
    1. along ni dari dulu dengki dengan kc tauuuuuuu!!!

      Delete
    2. hahahahhaaa....!! KC kan mak nenek pot pet pot pet... memang la dah tua... :p

      Delete
  3. hahaha, KC boleh jadi model iklan colget

    ReplyDelete
    Replies
    1. eh bukan colgate. ubat gigi mukmin! hahaha

      Delete
  4. KC kawan baik Amy di kopitiam.. sama2 kuat karoks hihi :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. tapi yg pasti suara kc lagi sedap lah hahaha

      Delete
  5. Nanti nak cuba singgah blog ni :)

    ReplyDelete
  6. Senyum manis tayang gigi tu yang mahal!

    ReplyDelete
  7. Menarik.. thanks sharing Amy.. :)

    ReplyDelete
  8. nak berkenalan gak lah nanti ngan KC ni..kot boleh buat adik ipar..hehe

    ReplyDelete
  9. Replies
    1. heh heh. tu hanya mainan internet bukan betul pun hahhaa

      Delete
  10. wow kak amyy!!!!i like your review!! hehehehe

    nampak sangat ke kc potpet potpet bila first time kak amy masuk efg? hahaha malu den. mungkin kena kurangkan sikit sikap peramah tu :p

    ReplyDelete
  11. btw thankyouuu kak amy for reviewing me. love u muah muah!!!!

    *mohon jangan balas muah saya takut tergoda hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahahahaaa...!! adehhh laaa.... :p

      Delete

hello dear :) x salah pun baca sambil komen kan.