Setulus Kasih Ibu oleh Ustazah Norhafizah Musa

Sambutan Hari Ibu

Ustazah Norhafizah Musa

 

9:39 p.m
rumah
edit kolaj members efg

assalamualaikum and hello lads!

girls' day out


alhamdulillah, tadi selepas asar, selamat sampai semula ke kawasan masjid berdekatan rumah aku. alkisahnya, semalam nenek aku ajak pergi satu majlis ilmu ni. majlis ilmu dekat MBSA Shah Alam. aku tak dengar pula nenek aku cakap penceramah dia siapa.



masa masuk dalam bas, baru aku bertanya. oh, Ustazah Norhafizah rupanya. ha, kenal tak siapa? cuba google siapa penceramah bernama Ustazah Norhafizah ni. aku join under group nenek-nenek kawasan kampung. hehehe.






masa dah sampai di perkarangan MBSA, rupanya ramai juga yang hadir. aku rasa staff MBSA juga kot. cuma majlis ni hari ibu tema dia kan. so, kaum lelaki tak ada. weee~ majlis dimulakan dengan ucapan alu-aluan.

then, mulalah Ustazah Norhafizah bercerita. wah, dah lama aku tak rasa amazed bila dengar ceramah macam ni. seronok je. aura ustazah tu sangat kuat sampai budak bising depan aku pun aku buat donno je. masa berlalu pun aku tak sedar.






ceramah ustazah


banyak input menarik Ustazah bercerita. banyak aku simpan. meh aku share di sini okay :)

antaranya ialah. 

1. Kasihilah ibu sementara dia masih ada.

ustazah kata, orang ni bila dia dah dewasa and dia jaga mak, dia mengharapkan kematian je. dia menjaga sebab dia tahu dah tak lama mak dia nak hidup.

tapi kalau mak jaga kita, mak jaga sebab nak bagi kita hidup. nampak tak beza antara seorang anak dengan seorang ibu. sentap juga aku dengar. betul apa ustazah kata. tak semua rajin melayan seorang ibu tua yang sedang sakit. lagi-lagi sudah tenat.

2. Kata-kata Ibu sangat termakbul.

ini kisah yang terjadi pada salah seorang imam di masjid Madinah al-Munawwarah. maaf, sebenarnya aku tak pasti di Mekah atau Madinah. masa beliau masih kecil, beliau suka main di luar rumah. tu mesti tak jadi masalah kan. budak mana tak suka keluar rumah.

tapi yang jadi masalahnya, bila masuk rumah je, beliau bawa pasir sekali. asal masuk rumah je, ada pasir berterabur satu rumah. geramlah si mak. akhirnya, maknya cakap.

"ha, daripada buat sepah dekat rumah, baik kau pergi masjid jadi imam."

setiap kali tu jelah ayat mak beliau. and tengok, jadi imam juga di Masjid yang hebat di tempat hebat. nampak tak betapa termakbulnya doa seorang ibu. ustazah kata lagi, kalau mengamuk dengan anak, cakap je dekat anak macam ni

"bertuah punya anak aku"

ha, confirm nanti asyik bertuah je nasib dia. :)

3. Buat sahaja apa ibu mahu

ini kisah yang berlaku pada ustazah sendiri. jangan anggap ini sebagai aib, anggaplah ini sebagai satu pengajaran.

alkisahnya, suami ustazah ada terima panggilan dari seorang lelaki berbangsa Cina.

"hello, ini encik _______________ ke?"

"ya, saya."

"berapa no ic encik?"

ha, sudah. dah kenapa ditanya pasal no ic. mana boleh bagitahu sembarangan kan. lepas tu suami ustazah bertanya. masa tu ustazah ada. tapi ustazah senyap je.

"kenapa nak tahu pasal ic saya ni?"

"no ic encik ___________ ke? puan __________ ni siapa pada encik ya?"

"ya, tu memang no ic saya. yang _________ tu mak saya. kenapa?"

rupa-rupanya emak suami ustazah beli mesin jahit. and suami ustazah dijadikan sebagai penjamin.  and bayaran tak habis. so, suami ustazah kenalah bayar. tapi suami ustazah tak bayar terus. dia berniat nak call mak dia. then, sebelum sempat mendail, ustazah tanya dulu.

"abang nak cakap apa dengan mak?"

mulanya suami ustazah tak nak kasi maknya beli mesin jahit. nak buat apa kan. maknya pun dah tua. tak guna mana pun mesin jahit tu. then, ustazah pujuk si suami and akhirnya suami membayar sahaja mesin jahit tersebut.

one day, masa beberapa hari sebelum raya, mereka pulang ke kampung. punya excited nenek tengok cucu-cucu dan anak-anaknya pulang. nenek tu pun berkata:

"cucu-cucu tok mai dah. meh sini tengok, nenek ada hadiah untuk cucu-cucu dengan anak menantu tok."

korang tahu tak apa dia?!!! baju kurung satu set! dari saiz besar sampai kecil. ya ALLAH, aku dengar masa ustazah tu cakap, rasa nak menangis kau tahu. bayangkan kalau suami ustazah tak bayar mesin jahit tu. 

so, anak-anak sekalian, kalau mak sekadar minta something tu, beli je lah. kadang-kadang dia nak sebab dia nak buat something untuk anak-anak dia.

banyak lagilah intipati dalam ceramah tu. seronok betul aku dengar. rasa macam nak suruh ustazah panjangkan lagi ceramah. hehehe... nanti ada masa, cubalah layan ceramah dari ustazah norhafizah musa.

moral of the story, layanlah ibu kita sebaik mungkin. sementara mereka masih ada di dunia. aku minta maaf pada sesiapa yang sudah kehilangan ibu. anda juga cukup bertuah, jangan disangka sudah tiada ibu, anda jadi lemah. ALLAH sayangkan dia. bermakna banyak pengorbanan sudah si ibu lakukan. terlalu baik hati seorang ibu sehinggakan ALLAH ingin menghiasi syurganya dengan ibu anda. sama-samalah berdoa semoga kita semua bertemu dengan ibu masing-masing semula di syurga nanti. aamiin.

sebelum aku habiskan entri, meh kita tengok video ni. betapa hebatnya pengorbanan si ibu dan juga si ayah. sweet sangat :) video lama. in case kalau ada yang masih belum tengok.

 
 
post signature

Share:

13 comments

  1. perkongsian yang bagus! sambil tambah ilmu

    ReplyDelete
  2. Point nombor satu agak terkejut juga bila baca sebab tak pernah pula sangka yang ada orang fikir macam tu.

    ReplyDelete
  3. kalo akk la memang menitis airmata dh mase tunjuk adiah baju tu..
    haha..

    kalo boleh memang taknak brkira pon ngn ibu.. =')

    ReplyDelete
  4. ustazah norhafizah ni bagus ,bagilah apa saja tajuk , kuliah ,kata-kata dan ucapan beliau memang menyentuh

    ReplyDelete
  5. ibu adalah segala-galanya bagi kita kan...

    ReplyDelete
  6. usataza ni selalu datang ceramah dhuha kat surau umah kite.. :)

    ReplyDelete
  7. akak pun suka ustazah ni...penyampaian dia lembut je, tapi berkesan dan sampai ke hati..

    ReplyDelete
  8. dah lama tak mengisi hati dgn majlis2 ilmu sebegini. rindu pula. bertuah cik amy dapat join2.
    ustazah norhafizah tu jarang kak gee dengar nama dia. inshaAllah maybe one day I will =)

    rindu pd arwah mak. hurm..

    ReplyDelete
  9. tak pernah dengar ttg ustazah ni.btw, tq for sharing pengisiannya

    ReplyDelete
  10. Seronoknya dpt join program mcm ni.. tak kisahlah ramai yg senior pon. Majlis ilmu yg diberkati.. subhanallah.. :)

    ReplyDelete
  11. banyak ilmu dan perkongsian yang baik bila menghadiri majlis ilmu macam tu kan amy..sayangi ibu kita selagi dia masih ada.. :)

    ReplyDelete
  12. setiap kali dgr ceramah dari Ust Norhafizah musa ni...meniitis air mata

    ReplyDelete

hello dear :) x salah pun baca sambil komen kan.