Antara Dua

Tersangkut di Dalam Train


1:22 a.m
rumah
mengantuk

assalamualaikum and hello lads!


huwargh, penatnya. susah juga jadi cikgu template ni. adoi. tapi tak apa. ilmu mesti dikongsi bersama. 


okay, alkisahnya malam tadi baru habis bola kan? aku nak cerita masa aku berada di antara dua pasukan bola haritu. masa tu aku dengan member aku tak tahu pun haritu bola. ni dah lama lah ceritanya. bukan tadi. 

then, masa tengah tunggu train tu, nampaklah segerombolan manusia memakai baju berwarna merah dan juga baju berwarna biru. okay takpelah. masa tu dah tahu dah mesti ada perlawanan bola sepak ni. nampaknya kami salah pilih hari untuk pergi shopping.

lepas tu tunggu punya tunggu, sampai juga train akhirnya. masuk je. OMG. YA Allah. penuh satu train warna merah dan biru! belah timur aku baju merah penuh satu coach. (xtau la penuh satu train ke apa.) belah barat pula penuh baju biru.

hahahahhahaa. aku tak tahulah nak gelak ke tak masa tu. Kelantan lawan Johor masa tu. masing-masing jeling ja dengan opponent mereka. aku dengan member aku? dekat tengah-tengah. awkward gila weyh.

tak tahu nak sookong siapa. nasib baik pakai baju neutral. hahahahahahhahaaha. bayangkan korang di tempat aku. berdiri je dekat tengah-tengah lautan merah biru. lepastu masing-masing duduk pandang antara satu sama lain. aiseymen.

http://c1.thejournal.ie/media/2014/10/depp-2.gif
credit to www.dailyedge.ie

okay itu je nak cerita. siapa pernah alami benda sama macam ni? situasi yang sangat awkward membuatkan korang tak pasti nak rasa ketawa atau rasa bersalah.

 
 
post signature

Share:

17 comments

  1. hahaha.. mesti awkward giler waktu tu kan

    ReplyDelete
  2. perhhhh mmg awkwrd la citenyaa kak . dah laa atara depa pulak tu . haha . xdapat bygkan .semua perasaan ada masa tu . haha

    ReplyDelete
  3. hahhahaha...xpayah sokong la..hihi

    ReplyDelete
  4. hahaha..memang awkward.kesian Amy, lain kali nak keluar check ngan akak dulu ada bola ke tidak..hihihi.

    p/s: peminat bola yang poyo-poyo suka gaduh ni memang buat buruk penyokong-penyokong bersopan macam kak Sal..hihihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu Amy.. laen kali check dgn Sal dulu.. :D

      Delete
  5. cikgu template yang sentiasa disayangi murid2nya.. haha :)

    ReplyDelete
  6. aku pernah pergi stadium selangor lawan terengganu, relaks je aku pergi duduk kat kawasan terengganu pakai jersi selangor

    pastu polis datang suruh pergi duduk kat kawasan selangor

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahahhaaa... nasib tak kena hambat....!! :p

      Delete
  7. eh...cikgu amy kontrak jadi cikgu template sampai bila?ke dah permanent?

    ReplyDelete
  8. tudia la. sipbaik pakai baju neutral hahaha

    ReplyDelete
  9. Saya lemas klu terjebah dgn penyokong2 bola mcm tu.. apatah lagi kita dipihak nuteral.. :D

    ReplyDelete
  10. Teringin nak rasa berada dalam situasi ni. hehehe

    ReplyDelete
  11. Nasib baik kak gee tak berada dlm kedudukan tu.. kalau tak, confirm awkward giler ahh.. But yes in the same time, kelakar... Hahaha..

    ReplyDelete
  12. hahaha mesti terasa asing gila..

    ReplyDelete
  13. bab-bab penyokong bola ni jangan main-main Amy... laki bini boleh bergaduh apatah lagi girlfriend boyfriend... ehhhh..tetiba masuk bab boyfriend plak... lalalalalalaaa... :p

    *i love joni dep*

    ReplyDelete

hello dear :) x salah pun baca sambil komen kan.