06/01/2015 - 07/01/2015 - Amy Syeera

Tuesday, June 30, 2015

#Cabaran20Hari .:Menu Wajib Bulan Puasa:.

9:28:00 PM 12
#Cabaran20Hari .:Menu Wajib Bulan Puasa:.

Menu Wajib Bulan Puasa


9:10 p.m
apartment
layan Supernatural

assalamualaikum and hello lads!

https://andahrehorec.files.wordpress.com/2014/04/tumblr_n3am4trehc1txngdfo1_500.jpg

alamak, harini terlambat sedikit untuk share mengenai menu wajib bulan puasa keluarga aku. so, apa yang sememangnya ada dalam setiap menu bulan puasa kami?

Monday, June 29, 2015

Sikap Jelek Pengguna Pengangkutan Awam

10:30:00 PM 49
Sikap Jelek Pengguna Pengangkutan Awam

Sikap Pengguna Pengangkutan Awam

4:40 p.m
rumah
baru lepas layan Hindustan

assalamualaikum and hello lads!

https://conqueringanthropophobia.files.wordpress.com/2014/10/tumblr_m3nptytihk1r1vvzio1_1280.jpg

aku nak tanya, antara korang yang membaca blog aku ni, siapa pernah menaiki pengangkutan awam? tak kisahlah bas ke teksi ke kapal terbang ke atau train.  kalau korang pembaca setia blog kak Sal, kak Sal juga ada ceritakan benda yang sama.

pelik semua perangai manusia ni. kalau penulis novel, ada bagus juga merantau menaiki pengangkutan awam sebab kat sini boleh dapat macam-macam inspirasi. hahaha. ada masa rasa tenang je, adakalanya pula sangat-sangatlah irritating sampai rasa macam nak amrah dekat situ je. hahaha. aku ni cepat marah orangnya.

apakah antara perangai manusia dekat dalam pengangkutan awam ni?

1. Bersembang tak ingat dunia


aku tahu, semua perempuan suka bersembang. lagi-lagi kalau ada kawan or clique masing-masingkan. tapi agak-agaklah kalau nak bersembang pun. macam nak kasitahu semua orang pula gosip korang tu.

kalau aku sorang tu, seronok juga dengar. bergaduh dengan boyfriend la. tak dapat balik rumahlah, terbeli banyak baranglah. ada yang paling buat aku banyak istighfar bila aku dengar satu cerita menarik ni.

wei, kau dah berapa kali tidur dengan pakwe kau? aku malam ni nak rasmi doe. pergh, tak sabar aku! dia siap ajak member dia sekali datang rumah sewa aku. haritu bla bla bla...

http://media1.giphy.com/media/FumlhITcWNl9C/giphy.gif
credit to www.hercampus.com

korang bayangkan aku yang berdiri dekat belakang diorang tu!! mahu ternganga aku. ya ALLAH, budak-budak zaman sekarang. pakwe dah macam suami dah. buat maksiat pun nak cerita kuat-kuat. macam bangga pula. hmmm

2. DJ in the house!


apa maksud aku dengan DJ in the house ni? well, kalau diikutkan DJ in the train lah. dia pergi pasang lagu dia kuat-kuat. kalau memang sedap lagunya tak apa. ini entah lagu apa dia dengar. kadang-kadang pening kepala aku yang memang dah berserabut. aku tak suka bunyi bising. aku senang annoyed dengan something or someone buat bising tanpa sebab. kalau memang dekat konsert tak apalah. nama pun konsert.

3. Ignorant


ha, ni paling menyakitkan hati dan sanubari para pengguna yang lain. first masa tengah sesak. lagi-lagi time orang nak balik kerja, pergi kerja, balik asrama dan sebagainya.

dah tahu sesak, yang dah memang sedia ada dekat dalam, apa salahnya menyelit lebih dalam. bukan susah pun sebenarnya. jalan pakai kaki je. berundur dan berundur beberapa tapak sampai tak boleh dah.

bayangkan kalau korang berada di tempat tu? mesti sakit hati. habis tu kenapa buat orang lain macam tu?

kedua pula tak nampak ke orang lebih kurang tenaga dia tengah berdiri tu???? aku tengok ada manusia macam ni, aku tak tegur. tapi aku pandang je dia. sampai dia tutup mata buat-buat tidur. wakakaka.

credit to peoplesleepingonpublictransport.tumblr.com

weyh, bayangkan kalau tu mak korang ke? sedara korang ke? mesti tak sampai hati. habis yang tengah berdiri dalam keadaan mengandung, orang tua yang dah tak larat kakinya, bukan mak orang ke?? bukan bapa orang ke?

dah terang-terang ada sign kata khas untuk orang lebih memerlukan. tenaga kita orang muda ni banyak lagi. tak susah pun nak berdiri even dalam 30 minit. itu mesti tak biasa hidup susah. kerja dia tahu nak senang sendiri je. hmmm.

4. Tiang tu bapa kau yang punya


http://tosh.cc.com/blog/files/2014/03/PeterPan.jpg
credit to tosh.cc.com

ha, adik-adik akak-akak abang-abang, bas atau train tu bukan korang punya. tak bermakna satu tiang tu untuk sorang je. beragaklah sikit nak bersandarnya. mana orang lain nak pegang. kang kalau tergerak laju train/bas tu, terpegang badan korang. dikata meraba pula.

habis tu salah siapa betul tak? kesian orang lain. x pasal je bergantung harap pada kaki yang bila-bila masa boleh tergelincir. sabar je lah.

5. Dua Kerusi, Satu Orang


ni merujuk pada lelaki. tahulah besar. tapi kerusi tu dah memang didesign khas untuk muat lelaki dan perempuan. janganlah bongkak sangat pergi letak barang kome dekat sebelah lagi tempat duduk tu. kalau ramai berdiri, alihkan lah barang kome. kalau tak ada orang, ambillah sepuluh kerusi pun. tak ada orang peduli. 

credit to www.mamamia.com.au

6. Tak Menyabar


jangan risau. kalau korang dah beratur tu, maknanya sempatlah nak masuk dalam train. unless korang sejauh batu dari train. itu yelah nak tergesa-gesa berlari masuk dalam train.

TAPI KALAU YE PUN. kasilah orang lain keluar dulu oi. macam mana korang nak masuk kalau orang lain tak boleh keluar? fikiran kolotnya lahai. tak boleh ke nampak common sense dekat situ?? itupun nak kena ajar ke?

https://40.media.tumblr.com/d2fe2ca1c677671d2525c15042c384d4/tumblr_nkgaezq8ha1s3d3x4o1_500.jpg
credit to www.tumblr.com

kalau aku bad mood, memang aku tengking je dekat situ. hahahaha. aku cakap je

KAU NAK MASUK MACAM MANA KALAU KAU DAH TAK KASI DIA KELUAR? 

http://ak-hdl.buzzfed.com/static/enhanced/webdr06/2013/9/9/8/anigif_enhanced-buzz-14652-1378728650-4.gif
credit to www.buzzfeed.com

ada masa bila fiil Queen B aku datang, aku tak ambil peduli langsung apa orang fikir pasal aku. hahahahaha. asalkan aku cakap apa yang terbuku di hati. daripada tension sorang-sorang. kang aku sorang je meletus. biar orang lain meletus sama. hahahaha. kejam.

okay tu je nak cakap. mesti at least, ada salah satu antara ini korang pernah alami kan? bukan nak kata tak best nai pengangkutan awam. best je sebab murah dan tak perlu deal dengan kesesakan lalu lintas. cuma certain sikap manusia ni menguji kesabaran kita yang memang sedikit.

so, silalah jadi pengguna lebih berhemah ye.

adios~
 
post signature

#Cabaran20Hari .:Resepi Hidangan Sahur Ringkas:.

12:01:00 AM 27
#Cabaran20Hari .:Resepi Hidangan Sahur Ringkas:.

 Resepi Hidangan Ringkas

 http://specialdocs.com/wp-content/uploads/2011/01/custom_buffet_italian_salad_m.jpg
 
assalamualaikum and hello lads!

Sunday, June 28, 2015

Kalau Dah Takdir, Kenapa Mesti Berusaha?

9:14:00 PM 17
Kalau Dah Takdir, Kenapa Mesti Berusaha?

Kalau dah Takdir

8:59 p.m
rumah
esok balik Uniten

assalamualaikum and hello lads!


selama korang hidup kan, pernah tak korang terfikir macam apa aku fikir ini? apa yang aku fikirkan? aku ni kadang-kadang boleh jauh fikirnya sampai tak masuk dek akal. antara yang aku fikir sampai boleh jadi macam ni.

9 Resepi Sarapan Sihat untuk Mengurangkan Berat Badan

11:00:00 AM 19
9 Resepi Sarapan Sihat untuk Mengurangkan Berat Badan

Resepi Sihat untuk Mengurangkan Berat Badan

4:16 p.m
apartment
baru lepas bangun tidur

assalamualaikum and hello lads!

http://25.media.tumblr.com/148796cbcea38253d6cc2f41f655586d/tumblr_mxxtrt88xT1r7xljwo1_500.jpg

ha, memandangkan ini mengenai makanan, so aku schedule kan pada waktu malam. haha. takut tergoda tengok makanan. kesian pula. bulan Ramadhan ni orang kata senang nak kurangkan berat badan. tapi bila dah buka tu, macam monster pun ada. beli tu beli ni. haha. bukan main.

#Cabaran20Hari .:Pengalaman Sahur:.

12:01:00 AM 16
#Cabaran20Hari .:Pengalaman Sahur:.

 Pengalaman Sahur

 
assalamualaikum and hello lads!
 
http://i0.wp.com/s3-ec.buzzfed.com/static/2014-06/27/17/enhanced/webdr11/enhanced-20169-1403903190-12.jpg?resize=625%2C200
 
harini sudah masuk #Cabaran20Hari yang kedua. siapa dah buat cabaran pertama? alhamdulillah. terima kasih sebab sama-sama sertain cabaran ini. okay, mari sambung cabaran seterusnya pula.

Saturday, June 27, 2015

#Cabaran20Hari Erti Puasa Pada Aku

12:01:00 AM 9
#Cabaran20Hari Erti Puasa Pada Aku

#Cabaran20Hari Puasa/Raya 2015

 

11:08 p.m
apartment
layan Hindustan

assalamualaikum and hello lads!

abuhanifah:

“Jadilah seperti batu yang tetap teguh bertahan walaupun dihentam oleh air yang deras dari pelbagai sudut. Jadilah juga kita seperti air yang akan tetap maju terus ke hadapan tanpa pernah menghiraukan sebanyak mana halangan daripada ribuan batu yang menghadang laluannya.“ 

#thedaiegraphy #dakwahmudah #abuhanifah #my_genggua #twt_insta #ikutcarakita #pahalaproject #vscodakwah #muhasabah #prayforummah #malaysianmuslim #designermuslim #youngtalentgraphy #ukhuwwahgram #hakhada

alhamdulillah. harini dah masuk cabaran pertama untuk #Cabaran20Hari Puasa/Raya 2015. apa soalan-soalan dia? boleh tengok dekat bawah ni. mari kita jawab yang first dahulu okay.

Friday, June 26, 2015

Hidup Dekat Asrama Best Ke?

8:00:00 PM 53
Hidup Dekat Asrama Best Ke?
3:27 p.m
rumah
layan Detective Conan Episod 68 
AMARAN. entri ni sangat panjang. tapi terima kasih kalau baca sampai habis. pengalaman. 
assalamualaikum and hello lads!
credit to www.calypsochronicles.com
korang pernah tak masa sekolah rendah or sekolah menengah, ada soalan esei yang suruh buat comparison antara sekolah harian dengan sekolah berasrama penuh?

#Cabaran20Hari Puasa/Raya 2015

4:00:00 PM 5
#Cabaran20Hari Puasa/Raya 2015

#Cabaran20Hari Puasa/Raya 2015

 

assalamualaikum and hello lads!

Thursday, June 25, 2015

Aku Suka Yang Pendiam

11:00:00 AM 41
Aku Suka Yang Pendiam
2:18 p.m
rumah
malasnya harini

assalamualaikum and hello lads!

http://cdn2.gurl.com/wp-content/uploads/2013/05/tumblr_mduggnKqCy1qc1xmbo1_500.gif

aku agak malas sikit harini. tak tahulah kenapa. lol. malas nak makan. malas nak update entri sebenarnya. nasib baik mandi, solat dengan kemas rumah tak malas -.-

Wednesday, June 24, 2015

Kuasa Ping Entri

9:23:00 PM 9
Kuasa Ping Entri

Ping Entri Blog

9:09 p.m
apartment
bosan

assalamualaikum and hello lads!

http://media.tumblr.com/tumblr_m7gwuhPLN71qgteon.jpg

esok ada kuiz! wish me luck. hehehe. susah pula tu subjeknya. PCI. process control and instrumentation. orang kata nak kerja, kalau budak elektrik tak tahu subjek PCI ni memang susah lah. tak hidup lah senang cerita.

Sempurnakan Kejelitaan Anda Dengan Madeena Skincare by Helenz Signature

11:00:00 AM 11
Sempurnakan Kejelitaan Anda Dengan Madeena Skincare by Helenz Signature
http://static.tumblr.com/ffed634e9e641809829b3d031f6904a2/4ebfdro/Qhnmhzi5t/tumblr_static_hair-care2.jpg

Produk Madeena Skincare by Helenz Signature


Anda ingin kelihatan lebih anggun bergaya di Aidil Fitri ini? Malu dengan masalah jerawat anda? Anda mempunyai kulit muka kusam?

Jika anda ada masalah itu jangan pergi dari sini


Jawapan ada di sini!!


Lihat apa yang terjadi pada kulit muka mereka ini. Semakin bersinar dan berseri.

Testimoni Helenz Signature Produk Kecantikan Madeena Skincare Terbukti Berkesan
Testimoni Madeena Skincare by Helenz Signature

Madeena Skincare by Helenz Signature

Testimoni Helenz Signature Produk Kecantikan Madeena Skincare Terbukti Berkesan
Logo Helenz Signature

Memperkenalkan Madeena Skincare by Helenz Signature. Produk yang disahkan Halal, mendapat jaminan KKM dan juga diformulasikan dengan teknologi terkini dengan menggunakan bahan semulajadi.


Manfaat Madeena Skincare by Helenz Signature

Testimoni Helenz Signature Produk Kecantikan Madeena Skincare Terbukti Berkesan
Madeena Skincare by Helenz Signature

Dapatkan Madeena Skincare by Helenz Signature yang mampu:-
  1. Mencerahkan dan Melembapkan Kulit
  2. Mengecutkan Jerawat dan Menghilangkan Jeragat
  3. Menghilangkan Whitehead dan Blackhead
  4. Menghilangkan Kulit Kusam dan Tidak Bermaya
  5. Menghilangkan Kesan Lebam di Bawah Mata
  6. Menyingkirkan Minyak Berlebihan Pada Wajah
  7. Merawat Tekstur Kulit dari Dalam
  8. Melindungi Kulit Muka dari sinaran terus UV
  9. Menghilangkan Garis-Garis Halus dan Kedutan Pada Wajah
  10. Menjadikan Wajah Lebih Cantik, Berseri dan Tampak Muda!

Harga Madeena Skincare by Helenz Signature

Dengan hari raya yang akan datang tidak lama lagi, marilah kita mempersiapkan penampilan kita.

Harga yang ditawarkan amat berbaloi. 5 in 1 complete set dengan harga RM150 dan mampu menaikkan seri muka anda. Ianya sangat BERBALOI

Testimoni Helenz Signature Produk Kecantikan Madeena Skincare Terbukti Berkesan
Madeena Skincare by Helenz Signature

Testimoni Madeena Skincare by Helenz Signature


Testimoni Helenz Signature Produk Kecantikan Madeena Skincare Terbukti Berkesan
Testimoni Produk Kecantikan Madeena Skincare Terbukti Berkesan


Jadi, apa tunggu lagi?


Cara pembelian Madeena Skincare

Pembelian boleh di buat terus dengan menghubungi:

1. Helenz Signature HQ
013-3155373 (Aishah) (Whatsapp/call)

2. Facebook page
Helenz Signature Official

3. Instagram
@helenzofficial

4. Website
www.helenz.my

Agent & Stokis diperlukan
Disamping wajah anda menjadi lebih cantik dan berseri, anda juga boleh menjana pendapatan bersama Helenz Signature. Jom Whatsapp segera ke 013-3155373 (Aishah)


Testimoni Helenz Signature Produk Kecantikan Madeena Skincare Terbukti Berkesan
As seen on

Nantikan juga kemunculan

by
HELENZ SIGNATURE
pada 
13 JUN 2015
dalam
NASI LEMAK KOPI O

DISKAUN DISKAUN UNTUK PEMBELI TERAWAL!!

Khas untuk pembaca blog www.amysyeera.com, saya ada kuota voucher diskaun RM20 untuk mereka yang pertama kali nak mencuba Helenz Signature. Harga biasa ialah RM150. Selepas tolak diskaun, jadi RM130 saja. SANGAT BERBALOI kan? Dengan harga tersebut, boleh dapat 5 in 1 Helenz Signature Skincare Set. Free Poslaju pulak tu.
.
Namun, anda harus tahu, voucher ini Khas untuk 5 Pembeli terawal Sahaja. Anda harus cepat bertindak.. Jangan sampai Hq reply 'Maaf, kupon diskaun dah habis'.

Whatsapp kod ini sekarang: HSD130 dan hantar ke 013-3155 373

Jom jadi yang terawal untuk mendapatkan diskaun Khas ini.

Helenz Signature, Menyempurnakan Kejelitaanmu....
post signature

Tuesday, June 23, 2015

Tips Untuk Student yang Nak Praktikal

10:54:00 PM 20
Tips Untuk Student yang Nak Praktikal
8:12 p.m
rumah mak cik
penatnya kerja rupa-rupanya...
 
assalamualaikum and hello everyone!
 
 
http://33.media.tumblr.com/2f5daa912a9de200413490b799689ca3/tumblr_inline_nenfio5YJt1qloc3x.jpg
 
alhamdulillah, hari ni dah masuk hari kedua aku praktikal dekat GSSB. setakat ni tak ada apa-apa yang x membosankan. colleagues aku semuanya baik-baik and peramah. boss aku pun suka gelak. so, tak adalah tension aku rasa.
 
first day mestilah malu-malu lagi. kena tunjuk first impression yang baik. kalau awal-awal dah buat perangai, habislah kita. orang dah cop kita macam-macam. aku awal-awal lagi dah rasa malu. tapi umi aku cakap, kalau boss tanya, jangan asyik tak tahu je. kena tahu latar belakang company tu, kenapa nak kerja kat situ etc etc.
 

Inai Macam-Macam Warna

5:48:00 PM 4
Inai Macam-Macam Warna
4:34 p.m
office
event di KDC
assalamualaikum and hello everyone!
aku pinjam gambar
masa Jumaat lepas, aku follow mak cik aku ke JPA Putrajaya. ada apa dekat situ? pakcik aku bekerja di situ. mak cik aku kata PA pak cik aku tu pandai lukis inai. so, anak dia aka cousin aku teringin nak berinai. so, aku pun follow sekali masa tengahari tu.
datang je JPA, fuh. susah rupanya nak masuk. kena ada access card bagai. lepas tu sampai sesat mencari. last-last jumpa and jumpalah dengan kak Lin ni. peramah orangnya. macam-macam dia cerita. memori masa dia belajar and buat bisnes dekat U dulu. and apa dia buat sekarang.
then, lepas kitorang dah habis makan and solat semua, mulalah sesi berinai. smoothnya jari jemari dia melukis. jealous aku. kak Lin setakat tengok dekat HP dia je nak buat tu semua. memang cantik. dia kata rezeki dia makin bertambah bila dia masuk paper Berita Harian haritu. dia dapat lukis iai untuk retis. 
then, dia bercerita. sekarang ni bukannya inai warna merah je ada. warna kuning, biru, oren, semua adalah. what??? terkejut beruk aku. apa cantik sangat ke orang nak berinai macam-macam warna ni? amcam pelik je. hilang seri pengantin aku rasa.
sebab dulu aku pernah dengar, warna merah ni ada maksud dia sendiri. dia nak menaikkan nafsu si suami bila tengok jari jemari isteri dia. kalau dah berwarna warni jari pengantin perempuan, boleh tarik perhatian suami lagi ke? aku tak sure. maybe adalah kot. tapi hmm... 
ada macam-macam jenis lukisan inai. ada lukisan Arab, Pakistan, Melayu. kalau Melayu banyak bunga-bunga. tapi aku lagi suka Pakistan punya. nampak unik sikit. kalau aku kahwin, aku nak minta Kak Lin lah yang buat. 
dia kata inai yang dia buat ada resepi sendiri. dia tak bagitahu orang. kalau tak, habislah kan. tapi insya-ALLAH dia kata inai tu tahan lama. kalau untuk lukisan kat tangan tu, inai dia lain. kalau kat kuku pun, inai dia lain.
okay, tu je lah. aku saja nak berkongsi. tak ada benda nak buat. okay, adios~
post signature

Monday, June 22, 2015

AirAsia Free Seats!

10:47:00 PM 16
AirAsia Free Seats!

Festival Kawazu Sakura Matsuri di Jepun

assalamualaikum and hello lads!

http://www.airasia.com/my/en/home.page?cid=1


korang nak tahu, AirAsia ada kasi free seats masa bulan Februari sehinggalah bulan Ogos nanti! syok kan. aku rasa kalau traveler mesti seronok bila dengar perkataan free seats ni.

sebanyak-banyak tempat yang sangat menarik untuk dikunjungi, Jepun paling menarik perhatian aku. kenapa Jepun? kenapa bukan Hong Kong, bukan Taiwan, bukan India dan lain-lain?

sebab dekat Jepun ada satu festival yang sangat memikat hati aku. tengok je suasana festival ini dah membuatkan aku rasa teruja nak mengalaminya macam penduduk Jepun yang lain juga. apa nama festival dia? tak lain tak bukan adalah Kawazu Sakura Matsuri. kalau nak nama dalam bahasa inggeris dia, lebih dikenali sebagai Cherry Blossom (Sakura) Festival.

credit to www.mymodernmet.com

Sakura sangat terkenal di negara Jepun kan. siapa yang pergi Jepun mesti takkan rasa ketinggalan nak tengok bunga Sakura berkembang mekar di sana. bukan sahaja pelancong asing, malah penduduk di sana juga menantikan musim Sakura ini. sebab waktu ni dapat tengok pokok Cherry Blossoms dihiasi dengan lampu-lampu yang bercahaya pada waktu malam. tapi masa bila nak tahu festival ini dijalankan?

10 Februari sehingga 10 Mac setiap tahun.

tahun ni dah terlepas? tak apa. tahun depan ada lagi. masa ni lah nak dapatkan free seats di AirAsia kan. siapa tak nak.

tapi adakah semua tempat di Jepun ada festival ini? ha, meh aku kongsikan dekat mana sahaja tempatnya korang boleh menikmati cherry blossoms ini dengan sangat tenang dan penuh perasaan. Cherry blossoms akan mula mekar di Okinawa pada awal Januari dan sehingga ke akhir bulan April di Hokkaido.

Aktiviti di Cherry Blossoms (Sakura) Festival


kalau pergi sana, takkanlah nak bergambar sahaja kan. mestilah nak tengok makanan apa yang special semasa festival tersebut. ada pertandingan ke? boleh bergaya dengan baju kimono ke? dan sebagainya.

dari apa yang baca, ini antara aktiviti yang berjaya menarik tumpuan aku.

1. Tradisi Hanami di Shizouka, Izu Peninsula


credit to serenityinthegarden.blogspot.com
apa itu tradisi Hanami? Hanami (花見) bermaksud Flower Viewing. tradisi Hanami ni maknanya kita satu keluarga beramai-ramai akan berpiknik di bawah pokok ceri. haha. bestnya! aku suka sangat berpiknik. lepas tu ada orang lain pula kan. sambil baring-baring tengok bunga sakura berguguran jatuh ke bumi.

asalkan namanya sudah di bawah pokok Sakura, dekat mana-mana je boleh berpiknik. tapi ada certain tempat yang sudah menjadi kegemaran pengunjung Jepun dan pelancong asing. Di Ueno-kōen, terdapat 1000 batang pokok Sakura membuatkan ia menjadi favorite spot antara semua. Bukan dekat situ je, kalau tak suka tempat piknik yang terlalu crowded, boleh pergi di Shinjuku-gyōen. kalau nak berpiknik sambil tengok centerpiece pokok Cherry Blossoms paling besar sekali, korang boleh pergi di Maruyama-kōen. 

Tempat menarik untuk menghayati keindahan Bunga Sakura (Cherry Blossom)


1. Sumida Park (boleh nampak Tokyo Sky Tree sekali)
2. Yanaka Cemetery dan kawasan Yanaka
3. Ueno Park
4. Chidorigafuchi Ryokudou (Kitanomaru Park)
5. Shiba Park Zojoji temple
6. Shinjuku Gyoen
7. Rikugien
8. Lake Kawaguchiko Sakura Mount Fuji

credit to www.artwallpaperhi.com


2. Gerai makan dan parking di Cherry Blossom Festival


dari apa aku baca lagi, dua benda ini tiada masalah. memang banyak. so, tak adalah susah nak mencari ke sana ke sini. tak pun maybe sebab orang Jepun suka berjalan kan. tak ramai pakai kereta.

makan? lagi banyak jenis makanan dijual tau. nak apa? minuman? makanan? cenderahati untuk keluarga? semua ada. even kita boleh beli makanan khas dibuat dari pokok sakura tau! contohnya macam Sakura Soft Cream, Sakura Moffles (Mochi Waffle), Sakura Soba Noodles dan lain-lain.

http://seijaku.co.uk/blog/wp-content/uploads/2013/04/hanami3.jpg
credit to seijaku.co.uk
sakura mochi
Sakura Mochi dan Sakura Ichigo. credit to blog.wagashi-net.de

vendor-vendor ini akan dibuka dari pukul 9 pagi sehingga 5 petang.

3. Pokok Sakura Bercahaya


bestnya bila pagi dapat berpiknik, malam pula dapat tengok pokok Sakura ni bercahaya dengan lampu yang dipasang di setiapnya. pokok Sakura akan mula bercahaya pada pukul 6 petang sehingga pukul 9 malam. 

credit to blog.gaijinpot.com
credit to www.pinterest.com

How to Access:

- Ambil train di Izukyu Kawazu Station ( 河津駅)

boleh pergi ke sana direct dari JR Atami Station menerusi keretapi Limited Express Super View Odoriko.

atau

naik keretapi JR Ito dari Atami ke stesen Ito, kemudian bertukar Izu Kyuko Line. antara dua ni akan mengambil masa yang sama juga, iaitu lebih kurang 75 minit. 

credit to origami-japan.com
so, kalau aku dapat free seats dari AirAsia, aku nak pergi travel ke Jepun dan tengok bunga sakura. seronok orang kata bila bunga Sakura jatuh gugur macam salji.  bayangkan berpiknik sambil berjalan-jalan dengan pakai kimono macam ni. hahahaha. memang tak habislah bergambar sampai sudah. 

金銀ときわ
credit to dress.novarese.jp
 
okay, sampai situ sahaja. adios~

untuk makluman lanjut, boleh layari laman web AirAsia Malaysia

http://www.airasia.com/my/en/home.page?cid=1
post signature

Raya Giveaway by Sally Samsaiman

5:56:00 PM 8
Raya Giveaway by Sally Samsaiman
http://sallysamsaiman.blogspot.com/2015/06/raya-giveaway-by-sally-samsaiman.html

Antara hadiah-hadiahnya:

Jangan Hukumnya Kerana Bercinta

1:48:00 PM 8
Jangan Hukumnya Kerana Bercinta

Jangan Hukum Manusia Kerana Cinta

 
 1:06 p.m
apartment
bosan

assalamualaikum and hello lads!

http://40.media.tumblr.com/05fcdea6b154db146095fcab9fe026ce/tumblr_ni19loMcxQ1sfs0bzo1_500.png

apa itu cinta? kalau kita sebut soal cinta. mesti ramai yang boleh berbicara kan. ada yang boleh bayang cinta kepada ALLAH, ada yang akan fikir cinta kepada kekasih mereka, ada pula yang teringat pada keluarga mereka. macam-macam jenis cinta ada. sebab tu orang kata Cinta tu subjektif.

Sunday, June 21, 2015

Tragedi 4 Ramadhan (Selamat Hari Bapa)

12:27:00 PM 14
Tragedi 4 Ramadhan (Selamat Hari Bapa)
12:00 p.m
apartment
ALLAH, aku rindu mereka.

ini entri ulangan. 

Razzif : arwah ashu. Jafri: arwah abah
along, belajarlah naik motor. nanti bila abah dah tak ada, boleh along bawa adik-adik pergi sekolah.

bingit. aku terjaga dari tidur. Irfan menangis. mana ummi ni? 

Ummi, oh ummi. adik nangis.

lama. ummi dekat dapur kot. Irfan makin kuat menangis. aku pun berdiri dan bergerak ke luar. esakan mula kedengaran. kenapa?

Saturday, June 20, 2015

Pengalaman Berpuasa di MRSM

2:00:00 PM 13
Pengalaman Berpuasa di MRSM

Kehidupan di MRSM

11:43 a.m
apartment
sorang-sorang

assalamualaikum and hello lads!

http://media.tumblr.com/bd81a3e2899b3a06ea85665a3a20fb98/tumblr_inline_mpnilxz9cJ1qz4rgp.jpg

siapa dekat sini budak MRSM? aku rasa dia mempunyai pengalaman sama seperti aku. seronok dapat berpuasa bersama sahabat. kadang-kadang ada masanya memang rindu nak berpuasa dengan family. tapi dah tanggungjawab sebagai pelajar. dan kami semua jauh dari kampung halaman, so biarlah kita jadikan MRSM ini sebagai kenangan indah.

Kenapa Aku Mesti Kenal Dia?

8:00:00 AM 4
Kenapa Aku Mesti Kenal Dia?

 Suratan atau Kebetulan

7:20 a.m
apartment
probably masih tidur

assalamualaikum and hello lads!

http://36.media.tumblr.com/tumblr_m5gb9vEk1x1rw9n3to1_500.png

kita dari kecil dulu selalu bertemu dan berkenalan dengan sesiapa sahaja yang kita berselisih kan. kadang-kadang kenal dalam kelas. kadang-kadang dekat kafe pun boleh kenal. kenal dekat masjid. macam aku, kenal budak-budak dalam rumah ni. 

Friday, June 19, 2015

She's Dating The Gangster .:Movie Review:.

11:33:00 PM 7
She's Dating The Gangster .:Movie Review:.

She's Dating the Gangster

10:20 p.m
apartment
..

assalamualaikum and hello lads!

http://i15.photobucket.com/albums/a392/ice_dolphin/kn/3624z1a_zps81d77108.png

apa khabar semua? seharian aku tak update entri. sebab apa? sebab sibuk buat assignment. lepas tu pening pula. memang tidur lah tadi. and disebabkan bosan memandangkan housemate aku semua tak ada, i decided to watch a movie. duk ushar sana, ushar sini, aku terjumpa satu movie.

Thursday, June 18, 2015

Giveaway bersama Wayne Harraz

10:39:00 PM 10
Giveaway bersama Wayne Harraz

Ramadhan Tiba Lagi

11:04:00 AM 9
Ramadhan Tiba Lagi

Ramadhan Tiba Lagi

10:53 a.m
apartment
first day dah x puasa. hmm

assalamualaikum and hello lads!

selamat menyambut bulan Ramadhan. Alhamdulillah. kita dapat peluang untuk perbetulkan segala kesilapan lagi di dunia ini. jangan terus alpa okay kawan-kawan. ini antara nasihat yang aku nak kongsi sempena bulan Ramadhan yang sudah tiba lagi ini.


Wednesday, June 17, 2015

Kata-kata Motivasi Sebelum Menjawab Peperiksaan

11:00:00 AM 5
Kata-kata Motivasi Sebelum Menjawab Peperiksaan

Kata-kata Motivasi

assalamualaikum and hello lads!

aku tahu sekarang ni ada student yang bakal menghadapi peperiksaan kan lebih lebih lagi ahli EFG yang aku sayang. so good luck and do your best!