AirAsia Free Seats!

Festival Kawazu Sakura Matsuri di Jepun

assalamualaikum and hello lads!

http://www.airasia.com/my/en/home.page?cid=1


korang nak tahu, AirAsia ada kasi free seats masa bulan Februari sehinggalah bulan Ogos nanti! syok kan. aku rasa kalau traveler mesti seronok bila dengar perkataan free seats ni.

sebanyak-banyak tempat yang sangat menarik untuk dikunjungi, Jepun paling menarik perhatian aku. kenapa Jepun? kenapa bukan Hong Kong, bukan Taiwan, bukan India dan lain-lain?

sebab dekat Jepun ada satu festival yang sangat memikat hati aku. tengok je suasana festival ini dah membuatkan aku rasa teruja nak mengalaminya macam penduduk Jepun yang lain juga. apa nama festival dia? tak lain tak bukan adalah Kawazu Sakura Matsuri. kalau nak nama dalam bahasa inggeris dia, lebih dikenali sebagai Cherry Blossom (Sakura) Festival.

credit to www.mymodernmet.com

Sakura sangat terkenal di negara Jepun kan. siapa yang pergi Jepun mesti takkan rasa ketinggalan nak tengok bunga Sakura berkembang mekar di sana. bukan sahaja pelancong asing, malah penduduk di sana juga menantikan musim Sakura ini. sebab waktu ni dapat tengok pokok Cherry Blossoms dihiasi dengan lampu-lampu yang bercahaya pada waktu malam. tapi masa bila nak tahu festival ini dijalankan?

10 Februari sehingga 10 Mac setiap tahun.

tahun ni dah terlepas? tak apa. tahun depan ada lagi. masa ni lah nak dapatkan free seats di AirAsia kan. siapa tak nak.

tapi adakah semua tempat di Jepun ada festival ini? ha, meh aku kongsikan dekat mana sahaja tempatnya korang boleh menikmati cherry blossoms ini dengan sangat tenang dan penuh perasaan. Cherry blossoms akan mula mekar di Okinawa pada awal Januari dan sehingga ke akhir bulan April di Hokkaido.

Aktiviti di Cherry Blossoms (Sakura) Festival


kalau pergi sana, takkanlah nak bergambar sahaja kan. mestilah nak tengok makanan apa yang special semasa festival tersebut. ada pertandingan ke? boleh bergaya dengan baju kimono ke? dan sebagainya.

dari apa yang baca, ini antara aktiviti yang berjaya menarik tumpuan aku.

1. Tradisi Hanami di Shizouka, Izu Peninsula


credit to serenityinthegarden.blogspot.com
apa itu tradisi Hanami? Hanami (花見) bermaksud Flower Viewing. tradisi Hanami ni maknanya kita satu keluarga beramai-ramai akan berpiknik di bawah pokok ceri. haha. bestnya! aku suka sangat berpiknik. lepas tu ada orang lain pula kan. sambil baring-baring tengok bunga sakura berguguran jatuh ke bumi.

asalkan namanya sudah di bawah pokok Sakura, dekat mana-mana je boleh berpiknik. tapi ada certain tempat yang sudah menjadi kegemaran pengunjung Jepun dan pelancong asing. Di Ueno-kōen, terdapat 1000 batang pokok Sakura membuatkan ia menjadi favorite spot antara semua. Bukan dekat situ je, kalau tak suka tempat piknik yang terlalu crowded, boleh pergi di Shinjuku-gyōen. kalau nak berpiknik sambil tengok centerpiece pokok Cherry Blossoms paling besar sekali, korang boleh pergi di Maruyama-kōen. 

Tempat menarik untuk menghayati keindahan Bunga Sakura (Cherry Blossom)


1. Sumida Park (boleh nampak Tokyo Sky Tree sekali)
2. Yanaka Cemetery dan kawasan Yanaka
3. Ueno Park
4. Chidorigafuchi Ryokudou (Kitanomaru Park)
5. Shiba Park Zojoji temple
6. Shinjuku Gyoen
7. Rikugien
8. Lake Kawaguchiko Sakura Mount Fuji

credit to www.artwallpaperhi.com


2. Gerai makan dan parking di Cherry Blossom Festival


dari apa aku baca lagi, dua benda ini tiada masalah. memang banyak. so, tak adalah susah nak mencari ke sana ke sini. tak pun maybe sebab orang Jepun suka berjalan kan. tak ramai pakai kereta.

makan? lagi banyak jenis makanan dijual tau. nak apa? minuman? makanan? cenderahati untuk keluarga? semua ada. even kita boleh beli makanan khas dibuat dari pokok sakura tau! contohnya macam Sakura Soft Cream, Sakura Moffles (Mochi Waffle), Sakura Soba Noodles dan lain-lain.

http://seijaku.co.uk/blog/wp-content/uploads/2013/04/hanami3.jpg
credit to seijaku.co.uk
sakura mochi
Sakura Mochi dan Sakura Ichigo. credit to blog.wagashi-net.de

vendor-vendor ini akan dibuka dari pukul 9 pagi sehingga 5 petang.

3. Pokok Sakura Bercahaya


bestnya bila pagi dapat berpiknik, malam pula dapat tengok pokok Sakura ni bercahaya dengan lampu yang dipasang di setiapnya. pokok Sakura akan mula bercahaya pada pukul 6 petang sehingga pukul 9 malam. 

credit to blog.gaijinpot.com
credit to www.pinterest.com

How to Access:

- Ambil train di Izukyu Kawazu Station ( 河津駅)

boleh pergi ke sana direct dari JR Atami Station menerusi keretapi Limited Express Super View Odoriko.

atau

naik keretapi JR Ito dari Atami ke stesen Ito, kemudian bertukar Izu Kyuko Line. antara dua ni akan mengambil masa yang sama juga, iaitu lebih kurang 75 minit. 

credit to origami-japan.com
so, kalau aku dapat free seats dari AirAsia, aku nak pergi travel ke Jepun dan tengok bunga sakura. seronok orang kata bila bunga Sakura jatuh gugur macam salji.  bayangkan berpiknik sambil berjalan-jalan dengan pakai kimono macam ni. hahahaha. memang tak habislah bergambar sampai sudah. 

金銀ときわ
credit to dress.novarese.jp
 
okay, sampai situ sahaja. adios~

untuk makluman lanjut, boleh layari laman web AirAsia Malaysia

http://www.airasia.com/my/en/home.page?cid=1
post signature

Share:

16 comments

  1. I pun suka nak ke Jepun sebab festival ni.. dulu pernah buat asignment tentang ni..bestkan klu lepak2 bawah pokok sambil menghayati bunga2 gugur. tapi klu time festival ni, tmpat crowded dan agak bising. ada yg mabuk2.. hurm mcm xbest jgk dengar..

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan kan... wah, siap buat esaimen tu pasal Jepun. gila best!!! kat sini kalau ada sakura pergh best giloss

      Delete
  2. cantik plak kimono tu.. klu dpat melaram.. hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehehe. cantik kan! jeles nya tgk diorang pakai kimono

      Delete
  3. Syoknya jepun...insya-Allah suatu hari nnti nak jejak jepun juga.

    ReplyDelete
  4. Teringin nk g jepun smbil pki selipar jepun

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahahahaha.. punyalah jauh sampai ke jepun, pakai selipar jepun je??

      Delete
  5. Bestnya kalau dapat bersantai di bawah pokok sakura. Huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. best kan. nak study pun macam hmmm bestnya laaa

      Delete
  6. Fuhh menarik ni.. tahun depan ingat nak travel2 jugalah, in shaa Allah.. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. wah siyes nk travel?? bestnya abg KK!! nak ikut nak ikut hahahaha

      Delete
  7. Cara Amy bercerita tu macam Amy dah selalu pergi Jepun tengok Sakura... hehehehe. Nice review Amy.. gambar2 cantik dan menarik.. buat hati terpanggil nak ke Jepun juga...

    kumpul duit..! kumpul duit....! :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehehe ye ke? maceh kak Ain.. jom kumpul duit sama-sama :)

      Delete

hello dear :) x salah pun baca sambil komen kan.