Uber Memudahkan Perjalanan Kita

Apa Itu Uber Malaysia

Berjalan-jalan di Kuala Lumpur menaiki Uber

 
9:05 a.m
rumah makcik
lapar


assalamualaikum and hello lads!

ha, aku nak tanya. dekat sini siapa pernah dengar nama Uber? tak pernah? okay, korang tahu kan teksi tu apa. ha, ini lebih kurang macam perkhidmatan teksi juga. cuma apa beza dia? ha, meh baca story aku ni.

alkisahnya aku dah lama register dengan Uber. tapi masa dapat tiket wayang free dekat Quill City Mall, baru aku tergerak nak minta bantuan dari Uber. untuk pengetahuan semua, Uber ni baru sahaja ditubuhkan di Malaysia. tapi dia sebenarnya sudah berjalan aktif di sekitar luar negara. sebut je Uber, mesti diorang tahu.

credit to nojesguiden.se

apa yang membezakan Uber dengan teksi biasa? ha, macam-macam tau. aku boleh buat perbezaan sebab aku pernah naik dua-dua jenis teksi. teksi biasa dan juga Uber.

1. Murah

memang harga dia lebih murah dari tambang teksi biasa. kadang-kadang geram je dengan teksi. kenapa mesti mahal melampau. ish sabar je. sebab tu tak ramai suka naik teksi unless dah terdesak sangat or mak bapa tak kasi naik bas.

Uber sangat murah. lagi-lagi kalau tempat tu memang sekitar area Kuala Lumpur. KL tu dah lah sesak. siapa sanggup bawa kereta jammed bagai tu. sebab tu ada yang memilih Uber sebagai kemudahan untuk mereka ke mana-mana.

2. Mesra

aku tak cakap lah pemandu teksi biasa tu sombong. tak semua sombong. tapi ada certain yang macam kurang ajar sikit. tapi fikir positif je lah kan. macam-macam karenah penumpang dia kena hadap.

pemandu Uber sangat mesra. yang terlebih mesra pun ada. hahahahahaa. sabar je lah. nasib baik aku suka bersembang. kalau tak, memang tak layan aku. lepas kita dah dibawa ke tempat yang dituju, kita kena rate dia tau.

berapa bintang nak kasi dekat dia. AND! dia pun akan rate kita sebagai penumpang. kalau ramai rate kita bagus, kalau kita nak pakai perkhidmatan Uber lagi, confirm la ramai boleh ambil.

3. Mewah

pergh. siapa tak teringin naik kereta mewah ye tak? even bukan kereta kita pun. wakaka. tapi merasa lah juga. bagaikan kita ni boss and pemandu Uber tu private driver kita. aku haritu naik kereta baru. aku tak ingat dah kereta apa. tapi memang best lah. sangat selesa. siap kasi air mineral lagi tu.

https://s3.amazonaws.com/uploads.startups.fm/wp-content/uploads/2013/09/uber-bangalore-luxury+vehicles.jpg
credit to startups.fm

tapi setiap kebaikan pasti ada keburukan dia. betul tak? aku tahu korang mesti nak tahu apa kelemahan dia kan. lepastu baru boleh pertimbangkan whether you should try Uber service or not.

1. Harga Tinggi

eh, tadi kata murah. ni tinggi pula? mana satu ni sebenarnya?

tempat tu akan jadi sangat-sangat murah kalau korang berada di kawasan yang ada ramai pemandu Uber. contoh macam dekat Bangsar, dekat One Utama, dekat KLCC. tapi kalau macam dekat Quill City Mall tu, mana ada pemandu Uber. so, harga dia jadi berganda lah. macam high demand. ramai sangat nak pakai Uber.

so kalau nak pakai Uber, kena tengok dulu tempat dia ada ramai pemandu Uber atau tak. boleh nak cek. tak ada masalah.

2. Tak Tahu Jalan

sabar je aku. dia pula tanya aku jalan mana nak lalu. mana aku tahu. -.- tak semua pemandu lah macam tu. maybe dia tak tahu selok belok KL lagi kot kan. hahahaha. patutnya dia buka GPS, baru lah tahu. tanya aku, mahu sesat ke mana.

ha, so far tu je lah kelemahannya. lain-lain tak ada lagi bagi aku buat masa ni.  kalau tertarik, tapi tak tahu macam mana nak register bagai? sini aku ajar.

1. Buka website Uber Malaysia
 
2. Sign Up. 

register uber

isi semua details yang patut. and oh, one more thing! masa sign up dia akan minta nombor credit card/debit card kita. sebab kita naik Uber, kita tak payah fikir pasal duit. dia akan terus tolak duit dari kad bank kita. senang kan. lagi-lagi kalau kita tak tahu mana hala tuju kita and how much it's gonna cost.

3. Pergi dekat Profile. isi lah mana-mana yang patut semua. then habis. tu je!

register uber
nampak tu. mahal. sebab tempat tu tak banyak pemandu Uber


macam mana kalau nak guna perkhidmatan dari Uber ni? ha, dia ni on the spot tau. kita tak boleh nak book teksi 2-3 hari sebelumnya. unless kau dah kenal dengan pemandu dia. dah tahu nombor telefon peribadi dia. then, bincang lah antara berdua. simple.

4. Download Uber Apps



Uber Apps wajib ada lagi-lagi kalau nak jadi penumpang Uber tegar. macam mana nak panggil Uber kalau tak ada apps dia kan. then, buatlah macam ni. apa yang bestnya,kita dapat tengok fare dia berapa sebelum kita minta dia ambil kita di destinasi. kalau tak suka, tak payahlah.






siapa belum register, and nak register Uber. make sure pakai PROMO CODE ni untuk dapat free ride buat pertama kali. and oh, dekat Kuala Lumpur, Johor Bahru dengan Penang sudah ada perkhimatan Uber ni! maybe kalau banyak permintaan, diorang akan buka di tempat lain juga.

PROMO CODE : amyj438 
Free Ride for the first time: RM10
 
adios~
 
 
post signature

Share:

17 comments

  1. Ingatkan jenama baju lelaki tadi.. Silap sangkaan rupanya..
    Takde dah nak test, zaman teksi2 ni semua sudah berlalu..

    ReplyDelete
  2. pengangkutan awam dah banyak lalui zaman perubahan, dari zaman teksi, cab, bas mini, limo dan yang terkini Uber?. huh pcl memang memang banyak yang tertinggal. Kalau bagus lagi memudahkan

    ReplyDelete
  3. 1st time dengar, thanks kak amy kasi semua maklumat pasal uber..tapi macam takut jer, safety dia ok ke kak?

    ReplyDelete
  4. Menarik ni.. baru tau kat malaysia pun ada perkhidmatan uber ni.. thanks sharing Amy.. :)

    ReplyDelete
  5. Ok, baru tahu pasal UBER skrg ni...sebelum ni tak pernah tahu..huhuhu

    ReplyDelete
  6. Uber kat sini memang famous sangat-sangat. Tapi, tak pernah cuba lagi.

    ReplyDelete
  7. https://partners.uber.com/join/?invite_code=7c8s6emyue

    ReplyDelete
  8. Saya pun pemandu Uber☺️☺️☺️

    ReplyDelete
  9. Hi, saya mencari pemandu uber untuk hantar anak ke sekolah pada tahun 2017 dari Petaling Jaya ke Taman Sri Manja, jalan klang lama...boleh contact saya 018-3917820

    ReplyDelete
  10. ermmmm naik keta sendiri la senang...

    ReplyDelete

hello dear :) x salah pun baca sambil komen kan.