Cinta Pandang Pertama pada Orang Lain

 Cinta Pandang Pertama

6:37 p.m
rumah
rumah manis rumah. hoyeah~

assalamualaikum and hello lads!




pernah tak bila saat kali pertama bertentang mata dengan seseorang, korang rasa

masha ALLAH, cantiknya dia

itu kalau orang alim cakap. kalau orang moden

omg, i think i've fallen in love. he's perfect!

haha. tak tahulah realitinya macam mana. semua ni aku baca dari novel sahaja. sebab hakikatnya aku tak percaya dengan cinta pandang pertama. aku tak tahulah. cinta pandang pertama tu bagi aku, dia judge orang based on her/his looks. bukan judge on personality mereka. it's sad you know.

tapi tak semua orang fikir macam tu. ada yang rupanya dalam diam orang lain ni, nampak kebaikan dan keistimewaan yang ada pada diri kita. korang pernah tak tengok dua video ni? dua video ni buat hati aku sangat tersentuh.

apa kaitannya dengan cinta pandang pertama? korang tengok sendiri dulu video ni okay.

aku antara perempuan yang ada masalah low self-esteem. honestly, dari dulu aku tak rasa aku cantik. comel apatah lagi. aku ni dalam kategori biasa-biasa je. rasa macam too many flaws dekat wajah aku.

tapi bila layan video tu, buat aku fikir balik. dari sudut kita sendiri pula.




indeed, bila kita bertemu mata dengan seseorang, kita tak pandang flaws lain dia dulu. dia kata bawah mata dia ada lingkaran hitam, kita tak nampak pun. dia kata muka dia banyak jeragat, kita perasan tapi kita macam tak rasa benda tu satu flaws bagi dia. malahan, kita rasa freckles tu yang membuatkan dia jadi comel. seriously.

ada sampai masa tu, sampai kita berkalau kalau dengan diri sendiri.

kalaulah aku mata bundar dan hazel.

kalaulah bibir aku tebal macam Angelina Jolie.

kalaulah aku seksi macam Kareena Kapoor atau Megan Fox

tak baik macam tu. ada reason ALLAH create kita dengan features macam ni.

saat tu, aku mula belajar cintai diri sendiri. siapa lagi nak treat ourselves right kalau bukan diri sendiri. jangan terlalu merendah diri dengan kelebihan dan kelemahan yang kita ada. tak semestinya muka kita ada jerawat setompok, orang dah kata kita tak lawa.

orang yang ada perangai macam tu, suka judge orang, tu orang tak bersyukur. asyik nampak kesalahan orang lain je. asyik dia je lawa. asyik dia je hebat. sampai dia lupa, ALLAH boleh tarik bila-bila masa je nikmat kecantikan dia tu.

actually, cinta pandang pertama ni terlalu subjektif. cinta pandang pertama dalam kategori cerita aku ni, macam dekat atas aku ceritalah. dia nampak apa yang dia nampak. kita kata rambut kita pendek, so muka jadi bulat. strangers kata rambut kita pendek, so buat kita jadi comel.

kita terlalu sibuk mencari kelemahan yang ada pada diri kita sampai kita lupa setiap kelebihan kita yang ALLAH dah beri. betul kan.

adios~
 
 
 
 
 
post signature

Share:

6 comments

  1. betul tu Amy. kita sendiri selalu nmpk kekurangan je pd diri kita. pd hal Allah dah anugerahkan keindahan pd setiap makhluk. kit je kdg tu x nampak =D

    ReplyDelete
  2. nice sharing amy... yeahh, zati pun kadang2 rasa low self esteem.. risau dengan pandangan orang luar terhadap diri kita.. btw, thanks.

    first video tu da penah tengok.. tapi tengok jugak sampai habis.. hihi

    ReplyDelete
  3. Suka video Dove tu! Dove punya campaign selalu best dan sering mengingatkan kita yang everyone is beautiful :)

    ReplyDelete
  4. Weee ~~ love the way we are.. rite... ^_^

    ReplyDelete
  5. kak eny ada tgk video ni dulu.. mata kita dah tertutup dgn kecantikan yg plastik dari kecantikan yg sebanar.. tp yg penting dalaman pun mesti cantik kan

    ReplyDelete

hello dear :) x salah pun baca sambil komen kan.