Dia...Isteri Luar Biasa

Dia Isteri Luar Biasa

 
assalamualaikum and hello lads!
 
 
apa khabar semua? hailah, dekat apartment tak ada internet. tension bila blogger tak ada internet kan. rasa nak baling-baling laptop je. sobs. akulah tu. tapi nak buat macam mana. ni pun terpaksa pergi library yang sejauh 15 minit aku berjalan kaki. semata. hehe.
 
okay, cerita pasal isteri. apa yang korang bayangkan? kalau lelaki, mestilah bayang isteri sendiri. kalau anak-anak muda belum berkahwin maybe bayangkan emak kita. kot-kot ada yang bayangkan bakal isteri atau kekasih. kot? 

dari kisah hidup aku. macam-macam isteri aku fikir. ummi aku, mamayul, cikwin, makteh, maklong, dan nenek aku. ramai isteri di kalangan keluarga aku ni. dan masing-masing antara mereka adalah luar biasa kehebatanya. apatah lagi jika sudah bergelar seorang ibu. 

bukan mudah menjadi seorang anak gadis kan. tapi lagi banyak tanggungjawab setelah menjadi seorang isteri dan seorang ibu. aku tabik pada yang sudah bergelar seorang isteri luar biasa ini dan juga seorang ibu luar biasa. banyak pula ulang ayat. 

ummi aku. bagi aku, dia lebih dari sekadar isteri luar biasa. kehebatannya aku nampak setiap hari. setiap kali mahu kesekolah, ummi akan bangun awal kejutkan kami, lepas tu buat sarapan. kemudian buat kerja rumah pula. melayan suami masa arwah abah aku masih ada.

sejak abah aku meninggal dunia, lagi banyak keistimewaan yang ALLAH kurniakan terhadap seorang wanita bernama ummi kepada kami. kuat hati ummi menjaga kami 5 beradik. daripada tiada kerja terus mencari kerja. daripada tidak reti memandu terus belajar kelas memandu. daripada tidak reti menguruskan hal-hal yang perlu tenaga lelaki, ummi aku bisa melakukannya dengan bantuan kami. 
 
https://s-media-cache-ak0.pinimg.com/originals/0d/8b/89/0d8b899137118e035369b3775f7d89b4.jpg
credit to www.pinterest.com

masha ALLAH, subhanallah. hebatnya kau cipta makhluk indah dan lembut tetapi kental jiwanya bernama ibu. setiap hari berdoa semoga ummi ku akan sentiasa berada di bawah lindungan ALLAH selalu. tak sanggup kehilangan ummi lagi buat masa ni. 

ummi menjadi isteri luar biasa kembali setelah sah menjadi isteri kepada ayah tiriku. bukan mudah untuk terima dua lagi anak yang bukan anak sendiri. tapi ummi layan kami semua sama rata. kasih sayang tetap sama. adik-adik tiri aku pun hormat pada ummi.

nenek

haha. bila cerita pasal nenek, kadang-kadang aku tersengih sendirian. nenek aku mempunyai 5 anak. sabar juga menjaga anak-anak yang ramai tu. ada yang nakal, ada yang pendiam. antara nenek dengan ummi, nenek paling banyak membebel. masuk rumah je, habis aku kena berleter. 

credit to imgbuddy.com

kesabaran nenek sebagai seorang ibu diuji bila arwah pakcik meninggal dunia saat arwah abah aku menyahut seruan Ilahi juga. ALLAH. tak terbayang rasanya. lagi-lagi nenek aku berada di samping arwah abah dan arwah ashu saat mereka menghembuskan nafas terakhir di Mekah. 

kesian nenek keseorangan di sana. nasib baiklah ada kawan-kawan yang menemani. mungkin belum sampai masa nenek pergi meninggalkan kami. 

sekali lagi nenek diuji bila arwah atuk pula meninggal dunia baru-baru ini. nenek jauh lagi di Kelantan. mujur pakcik ku di sana. nenek juga yang berada di samping arwah atuk di saat akhir. 

al-Fatihah. semoga arwah atuk, arwah abah dan arwah ashu tenang di sana.

makteh dan cikwin

mereka berdua diuji dengan keguguran. mungkin tiada rezeki waktu itu. cikwin sudah ada ramai anak lelaki. kepingin anak perempuan. tapi takdir sudah terjadi, di saat hamil kali keempat, keguguran berlaku. sedihnya hati aku tengok. tapi kuatnya hati mak cikku. tenang je. walau dalam hati kita tak tahu. 

makteh aku pula keguguran seminggu selepas arwah atuk aku meninggal dunia. mungkin kerana terlalu tertekan bila ayah kita sudah tiada di muka Bumi. kepingin anak lelaki, hamil anak lelaki tetapi hanya mampu bertemu di syurga sahaja. takdir ALLAH siapa kita nak lawan. 
 
credit to www.etsy.com

masing-masing seorang isteri luar biasa. masih lagi meneruskan kehidupan walaupun berat ujian yang menimpa diri masing-masing. jangan hargai ibu sendiri sahaja. hargailah semua wanita yang berada di samping kita. nanti suatu hari, kita akan terkena benda yang sama juga kan. 

itu je nak cerita. siapa isteri luar biasa yang boleh korang fikirkan? aku yakin setiap isteri di dunia ini ada kisah hidup dia tersendiri. ada ranjau yang perlu dihadapi. aku salute dengan kalian yang masih lagi meneruskan perjalanan hidup ini. 

adios~
 
 
 
post signature

Share:

6 comments

  1. seorang ibu memang luar biasa. ada dua tangan tapi mampu buat 10 kerja :D

    ReplyDelete
  2. tu la respect gila pada ibu kita. mcm2 kerja dorang mampu buat.

    ReplyDelete
  3. dia..isteri..ibu yang luar biasa <3

    ReplyDelete
  4. Manusia yang bergelar ibu ni memang hebat!

    ReplyDelete
  5. seorang ibu mmg luar biasa bilamana dia melahirkan anaknya dengan kudrat yang ada, seksa bertarung ketika melahirkan anak, tp itulah kemanisan bila menjadi seorang ibu

    ReplyDelete
  6. ni baru betul isteri dan ibu luar biasa.. yg drama tu tk main lah hahahahha

    ReplyDelete

hello dear :) x salah pun baca sambil komen kan.