Rezeki Datang Lambat
apartment
layan Kuch Kuch Hota Hai
assalamualaikum and hello lads!

salam hari Selasa semua. hari Khamis dah nak masuk bulan Ramadhan. alhamdulillah. yang kena ganti puasa tu, harap-harapnya dah habislah kan. ehem. sama-sama kita perbanyakkan ilmu ibadah masa bulan Ramadhan okay. banyak manfaatnya.
kalau nak berjodoh tu lagilah, apa salahnya berdoa setiap hari di bulan mulia ni. macam dalam satu entri yang aku kongsi haritu. ingat tak? yang ni ha. alhamdulillah. doa dia dimakbulkan oleh ALLAH. tapi macam mana doa kita pula? kenapa sampai sekarang masih tak bekerja? kenapa sehingga sudah tidak berjodoh?
![]() |
credit to sallyyatiey.blogspot.com |
sedih kan bila apa yang kita impikan sampai sekarang tak dapat lagi. aku sangat sedih. sebenarnya kalau difikirkan balik, perasaan kecewa ni tak akan wujud pun. tapi bila kita mula compare hidup kita dengan orang lain, mulalah kita rasa macam-macam.
untunglah dia dapat kahwin awal.
untunglah dia dapat travel ke mana-mana selalu.
untunglah dia dapat kerja dekat tempat best.
semua benda kita nak bandingkan dengan orang. kenapa? jangan buat macam tu. kalau dah alang-alang kita bandingkan dari segi tu, kenapa kita tak bandingkan macam ni pula.
kenapa aku tak kehilangan orang tersayang macam dia?
kenapa aku tak kena kemalangan macam dia?
kenapa aku tak dimalukan di khalayak ramai gara-gara fitnah macam dia?
ha, ada bandingkan macam tu? confirm tak ada. kan kita sendiri tahu, apa yang ujian kita dapat, ALLAH akan beri nikmat yang setanding dengannya. ALLAH tahu apa yang kita perlu. bukan apa yang kita mahu.
![]() |
credit to lady-twilightmoon.blogspot.com |
apa yang kita nampak? kita nampak kehebatan dan kemewahan seseorang je. kita tak tahu agaknya masa kecil dia pergi sekolah serba serbi daif ke. tak pakai kasut sekolah. jalan jauh 5km sebab nak pergi sekolah. ALLAH uji dia masa kecil. so bila dah besar, ALLAH kasi dia kemewahan dunia.
so seandainya kita dapat rezeki lambat atau tak dapat rezeki tu, tak apalah. mungkin ada benda lain lebih indah akan kita perolehi kan. macam kisah ustaz aku. dia lah yang buka cerita.
tahu tak, saya ni semua benda dapat lambat. kawan-kawan saya semua dah kahwin. anak-anak dah ada 2,3. saya belum kahwin. tapi bila dah kahwin, sekarang anak saya dah 7 pun. lagi cepat dari kawan-kawan saya.
dulu saya paling lambat dapat kerja. kawan-kawan saya dulu semua kerja hebat-hebat. engineer lah. doctor lah. saya ni tanam anggur je. tapi sekarang saya dapat jadi lecturer universiti swasta. gaji banyak.
dulu kawan saya semua kereta mewah. saya sedih je tengok. tapi bila dah dapat kerja ni, sekarang saya ada Jeep.
tengok. ustaz dapat semuanya lambat sikit dari kawan-kawan. tapi nikmat yang ALLAH bagi tu tak terperi sangat. ustaz aku pun muka happy je. nampak bahagia dengan hidupnya.
![]() |
credit to supergirl-kawaii.blogspot.com |
so move on dan teruskan usaha. banyakkan berdoa. banyakkan bertawakkal. kalau kita dah bersedia, ALLAH akan kasi rezeki tu. in shaa ALLAH :) setiap yang berlaku ada hikmahnya kan. yang penting kita kena jaga hubungan kita dengan ALLAH.
itu sahaja. selamat menyambut bulan Ramadhan semua :)
adios~

ya betul tu amy.. jadi jangan sedih2..
ReplyDeleteSentiasalah kita menjadi hambaNya yg bersyukur.. in shaa Allah, pasti akan diberi rezeki yg berlimpah ruah dal pelbagai bentuk dan cara.. subhanallah..
ReplyDeleteBiar lambat asal selamat......
ReplyDeleteSaya pun sama di remeh kan kawan sendiri... Saya hanya tinggal di rumah mungkin betul kata mereka saya hina di mata Allah
ReplyDeletediremehkan kawan sendiri tu perkara biasa. tapi jangan jadikan benda tu untuk terus pesimis dengan diri sendiri. kita ada kekuatan masing-masing. find your own, love yourself. Allah Maha Pengampun. no matter what sins we've committed, berbalik pada Allah. He is always be there for you
Delete