Jangan Hukumnya Kerana Bercinta

Jangan Hukum Manusia Kerana Cinta

 
 1:06 p.m
apartment
bosan

assalamualaikum and hello lads!

http://40.media.tumblr.com/05fcdea6b154db146095fcab9fe026ce/tumblr_ni19loMcxQ1sfs0bzo1_500.png

apa itu cinta? kalau kita sebut soal cinta. mesti ramai yang boleh berbicara kan. ada yang boleh bayang cinta kepada ALLAH, ada yang akan fikir cinta kepada kekasih mereka, ada pula yang teringat pada keluarga mereka. macam-macam jenis cinta ada. sebab tu orang kata Cinta tu subjektif.



tapi aku bukan nak persoalkan maksud cinta di sini. aku nak berkongsi satu cerita dengan kalian. apakah perspektif korang pula dari cerita yang bakal aku utarakan di sini.

ada pelajar yang sama kolej dengan aku. aku tak berapa kenal dengan dia. tapi tengok muka, aku tahulah. nama dia pun aku tak pasti. kenapa dia menarik perhatian aku? sebab dia free hair. kat sini, orang free hair memang aku pandang. aku tak pandang sinis pun. sebab sejak kejadian di train dahulu, aku tak mahu judge orang.

apa kaitan cinta dengan dia? dengarnya dia sudah couple dengan seorang lelaki ni. sejak dia bercinta dengan lelaki tu, dia mula berubah. dia dah start pakai tudung. baju dah tak ketat macam dulu. kawan-kawan dia yang suka keluar malam pun dia tak ikut. ini dari apa aku dengar dari kawan aku since dia lebih kenal perempuan tu.

baguslah kalau macam tu. tapi aku berharap dia berubah kerana ALLAH. bukan sebab pakwe dia. sebab kalau andai kata berpisah, mudah sahaja diri dan tudung berpisah juga kan.

so, aku nak tanya. adakah wajar dia bercinta? sebab orang kata tak elok bercinta sebelum bernikah. tapi lelaki tu mengajar dia menjadi baik, mengelakkan si ayah perempuan tu diheret ke neraka sebelum tanggungjawab beralih kepada dia.

sedangkan kawan-kawan pun berat nak kasi nasihat dekat dia. kadang-kadang bila orang tu cakap macam ni, orang ni pula cakap macam tu, aku jadi keliru. mana satu patut ikut sebenarnya? hmm. patut ke kita hukum dia berkapel sedangkan dia dah mula berubah jadi baik?

credit to private-wonderland.blog.cz
 
 
post signature

Share:

8 comments

  1. Senang kata berkawanlah. Tak payah bercinta. Cinta yang sebenar adalah selepas kahwin

    ReplyDelete
  2. Cinta ALLAH adalah cinta yg hakiki.. :)

    ReplyDelete
  3. For me..... Cinta terhadap keluarga itu lebih perlu. Berubah kerana sayangkan keluarga juga itu perlu. Ujian hidup, perbuahan di lakukan atas dasar cinta kepada insan lain. MAYBE, sebab kadang-kadang, kita sendiri keliru dengan apa kita rasa. Kita sendiri hipokrit pada diri, percaya pada yang kita tak pasti. Bukan nak JUDGE, bukan juga nak MENGHUKUM. Cinta kepada sesama manusia itu memang perlu, maka, lebihkan kecintaan pada keluarga berbanding yang bukan dikalangan keluarga kita. Jika benar cinta boleh mengubah manusia, maka bercintalah sepenuhnya dengan keluarga sendiri terlebih dahulu...

    Sekadar pandangan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Along, mana boleh bercinta dengan keluarga.....!
      Cinta untuk seorang je.... hahahahahaa..

      #lawakhambar

      Delete
  4. balik pada soal hukum, wajib ke atasnya menutup aurat walau atas alasan apapun. Kerana Allah s.w.t. atau kerana manusia, itu biar Yang Maha Mengetahui mengadilinya.... :)

    tak perlulah nak kaitkan dengan bercinta kerana bercinta tu tak salah pada dasarnya.
    bergantung pada individu tu sendiri bawa diri...

    :)

    ReplyDelete
  5. Kita berdoa moga perubahan yang dibuat itu kekal selamanya..

    ReplyDelete

hello dear :) x salah pun baca sambil komen kan.