Jodoh Itu Satu Perjuangan

Jodoh Rahsia ALLAH

assalamualaikum and hello lads!


cerita sudah banyak di share di Facebook. aku cuma nak berkongsi di dalam blog. andai kata ada yang masih belum baca. credit to page Kau Jodohku. cerita ni agak panjang. kalau suka baca kisah cinta, silakan ^^,



Ini bukan kisah jodoh yang ‘dipermudahkan’, jauh sekali kisah ‘senanglah, family dia faham agama’, atau pun kisah ‘tak perlu susah-susah mahar yang mahal dan tinggi’. Ini hanya kisah perkahwinan yang biasa sahaja, yang banyak halangan, dan terlalu banyak cabaran. Cuma, penulis hanya mahu kongsikan satu perkara:

“JODOH ITU JUGA SATU PERJUANGAN”

RAMADHAN 2013

Ramadhan tahun 2013, semasa tiga malam terakhir, mendengar satu pengisian sempena malam lailatur qadar sebelum solat terawih. Satu yang sangat terkesan dalam hati saya, apabila diakhir tazkirah, ustaz yang memberi pengisian mengatakan dengan penuh perasaan tentang kuasa doa, lagi-lagi pada bulan ramadhan.

“buat adik-adik yang berkeinginan mahu kahwin itu, tetapi masih tiada teman. Berdoalah adik-adik. Doa! Doa minta sungguh-sungguh dengan Allah.. siapa tahu, di saat kamu berdoa, di dunia ini juga ada seorang lelaki/ perempuan yang sedang bersungguh-sungguh memohon kepada Tuhan nya untuk dipercepatkan jodohnya. Nah! Boleh sahaja doa kalian itu bertemu, dan disatukan dengan izin Allah SWT.”

Ayat ini begitu terkena di hati saya. Dan pada ketika itu juga saya terus memasang tekad. “ramadhan akan datang, inilah yang akan menjadi doa ku disetiap sepertiga malam”. Kerana pada ketika itu, usia saya 22 tahun. Perancangan (baca: impian angan2 zaman muda remaja) merancang untuk menamatkan zaman bujang sebelum umur 25 tahun.

RAMADHAN 2014
Setibanya ramadhan 2014, setiap malam. Itulah doa saya. “Ya Allah, kau hadirkanlah insan yang selayaknya buatku. Kau hadirkanlah seorang lelaki yang telah kau ciptakan untukku. Lupakan aku pada semua kisah silam dan pengharapanku. Hadirkan lah ya Allah, hadirkan seorang lelaki beriman, elok pekerjaannya, dan pastinya yang baik untuk agama dan akhiratku..permudahkan dan percepatkanlah jodohku ya Allah..perkenankanlah ya Allah”. Begitulah bait-bait doa saya, dengan penuh pengharapan. Nikmat! Ya nikmat mengadu dan berharap di sepertiga malam itu memang nikmat, lagi-lagi di bulan ramadhan.

Begitulah doa sepanjang 29 hari ramadhan. Maknanya, mungkin juga doa itu termakbul pada malam lailatul qadar? Wallahu alam.

Orang kata, doa sahaja tidak cukup tanpa usaha. Ya. Saya pun berusaha. Berusaha mencari alternatif bagaimana aku hendak mengenali seorang lelaki, yang juga serius untuk berkahwin, dan bukan untuk bergembira atau mengisi masa lapang sahaja. Bagaimana??? Saya kira bahagian ini, cukuplah menjadi simpanan kenangan saya dan si dia.

14 OGOS 2014
Dipendekkan cerita, tidak sampai sebluan selepas raya tahun 2014 itu, pada 14 ogos 2014, saya berkenalan dengan seorang lelaki. 2 minggu perkenalan yang ringkas. 30 ogos 2014 berjumpa buat pertama kalinya, saya ditemani oleh keluarga saya. Awkward juga lah masa tu. Nasib baik ada family yang menemani. Bersembang tentang dunia pendidikan, sambil-sambil bercerita tentang keindahan negeri saya. Selepas itu, sehari juga diam membisu.

31 OGOS 2014
31 ogos itu, terus si dia bertanya “nak kahwin dengan saya? Tak nak tak pe”. Hehe..lucu juga ingat ayat propose si dia ketika itu.

And i was like. Ya ALLAH! Ini ujian, atau ini doaku yang Kau makbulkan? Dan ketika itu, bermulalah segala ujian,

‘PERJUANGAN SEBUAH JODOH’.

Saya anak bongsu daripada X orang adik beradik. Arwah mak sudah tiada. Ayah ada, tapi sudah mejadi warga emas, yang kurang mengambil tahu hal anak-anaknya (sudah besar. Sudah boleh mengurus diri sendiri). Bayangkan sahaja, saya perlu memberitahu hajat kepada setiap seorang abang dan kakak saya. Kalau di ingat waktu itu, sekitar bulan september, Allah sahaja menjadi saksi air mata saya. Antara respon yang masih saya ingat:

“orang jauh. Kenapa jauh sangat? Sudahlah. Banyak lagi lelaki. Cari orang yang dekat. Abang-abang tidak mahu kita berjauhan”
“jangan cakap pasal kahwin dahulu. Habiskan study setahun berbaki”
“belum kerja. Mana boleh kahwin.”

Sakit nya ketika itu, hanya dapat mengadu dengan sahabat baik. Tapi diri tidak berputus asa. Teruskan convincing kakak dan abang. Teruskan berdoa, dan memikirkan alternatif lain.

4 OKTOBER 2014 (RAYA AIDIL ADHA)
Mujur si dia seorang lelaki yang boleh dikategorikan lelaki berani. Jangan berputus asa katanya. Meminta no. telefon abang saya untuk dihubungi dan memberitahu hajat. Bagaimana sebenarnya perasaan yang dihadapi oleh seorang lelaki untuk bersemuka dengan keluarga perempuan secara langsung, saya pun tidak tahu dan tidak dapat bayangkan. Ketika itu, saya pun tidak menharapkan apa-apa lagi. Si dia memberitahu bahawa abang saya jemput datang ke hometown X sewaktu raya haji pada oktober 2014.

Si dia yang sangatlah baru di negeri ini, gagahkan diri juga drive 10 jam untuk ke kampung halaman saya. Dipendekkan cerita, alhamdulillah, abang saya memberi respon yang positif. Si dia merancang untuk membawa keluarganya berjumpa keluarga saya, pada hujung tahun 21 Disember 2014. Bergerak lagi ke satu fasa berikutnya. Ya, bukan semudah “okay boleh langsungkan perkahwinan pada hari sekian dengan mahar sekian sahaja”. TIDAK.

21 DISEMBER 2014
Satu lagi cabaran, tarikh tersebut merupakan tarikh study week final exam saya, untuk semester terakhir dalam pengajian yang punya peperiksaan. (tidak termasuk semester khas praktikal). 29 disember itu peperiksaan bermula. Rakan-rakan yang lain sibuk menelaah di kampus, saya pula sibuk pulang kampung untuk dirisik. Tapi satu yang saya pegang.. “ini pilihan dan jalan yang aku pilih, risiko juga perlu untuk aku hadapi”. Hari kejadian, kedua belah keluarga terus memutuskan tarikh: 31 Mei 2015, nikah + walimah.

Selesai sahaja urusan merisik dan ‘unofficial engagement’ kata si dia, (yalah, dalam islam pun pertunangan ini sebenarnya bukan untuk dihebahkan. Tapi sekarang orang bertunang pun dah macam kahwin. Kan?). Untuk kami, cukuplah pengetahuan ahli keluarga terdekat, dan sebentuk cincin menghiasi jari saya sebagai tanda. Kemudian saya pulang ke kampus dan berhempas pulas mengulang kaji pelajaran. Bukan apa, kerisauan utama saya, kalau lah result saya menjunam, mesti abang2 saya akan blame soal kahwin ini.

Alhamdulillah, siapa tahu percaturan Allah, semester yang saya sibuk dengan hajat ingin berkahwin, semester itu juga yang memberikan saya nilai 4.00 untuk keputusan final exam. Allah!! Lihatlah betapa besar dan cantik perancangan Allah.

Bayangkan sahaja, berapa wang ringgit yang dia perlukan untuk menerbangkan ahli keluarganya.

Tapi, perjalanan jodoh ini tida semudah itu, sangkut juga pada soal mahar dan hantaran. Terus terang, adat kami masih terlalu tinggi soal ini. Sejumlah nilai yang besar diletakkan kepada si dia. Bukan tidak mampu, tapi saya yakin sukar untuk nya yang baru sahaja membina kerjaya nya. Hanya airmata menjadi peneman saya disebalik pintu bilik. Sungguh, perempuan dan airmata itu sudah seperti sahabat karib! Tidak dapat dipisahkan!

Saya ketika itu lebih memilih untuk berputus asa. Saya kesian melihat dia. Dan saya terkilan dengan syarat yang ditetapkan keluarga.

Seminggu juga si dia berfikir (langsung tiada menghubungi saya). Ikhtiar barangkali. Seminggu kemudian pesanan ringkas yang diberikan.

“jangan cakap bukan-bukan. Saya yang nak dekat awak, saya akan usahakan. Saya serius. Awak tolonglah saya dengan doa”
.
31 MEI 2015.
Alhamdulillah, saya kini bergelar isteri kepada seorang suami dengan sekali lafaz. Tempoh persediaan kedua-dua keluarga selama lima bulan tidak pernah kami khianati. Tiada yang namanya bergayut, tiada yang namanya bermadah manja di telefon. Sebaliknya tempoh 5 bulan ini saya kira, memberi hikmah kepada saya. Si dia lah yang menjadi orang kepercayaan keluarga saya, untuk menjaga dan menguruskan semua kebutuhan saya sewaktu menjalankan praktikal.

Indahkan percaturan Allah? Alkisahnya, saya memohon untuk menjalani praktikal di sebuah daerah X. borang tersebut saya ini pada Julai 2014, belum pun saya mengenali si dia. Memilih daerah tersebut sebab ada juga seorang keluarga saya yang mungkin boleh untuk saya meminta tolong apabila ada kebutuhan. Dan sewaktu berkenalan dengan dia sebulan selepas itu, saya juga tidak tahu dia sebenarnya berkhidmat tidak jauh dengan tempat saya praktikal. Hanya 20 minit jarak pemanduan.

Apa yang boleh diringkaskan melalui perkongsian ini:

1) jika adik-adik di luar sana berhajat untuk bernikah, tetapi dalam masa yang sama masih ada ‘kekasih gelap’ atau ‘cinta separuh nyawa’ namun masih tiada kepastian, berhentilah dari mimpi ciptaan sendiri. Berdoa dan yakin dengan ketetapan Allah.

2) Benar kata orang, jodoh akan datang apabila kita sudah bersedia. Setahun tempoh saya persiapkan mental. Mula belajar membaca bab-bab perkahwinan, dan rumah tangga. Setahun itu juga saya cuba melupakan ‘mimpi indah buatan sendiri’ yang bukan mudah, bahkan sudah 5 tahun menggenggam mimpi itu. Kisah 5 tahun, dipadam dalam tempoh 1-2 tahun. Bukan mudah, tapi saya cuba untuk realisitik. Sampai bila mahu bertahan untuk sesuatu yang tidak pasti?

3) Yakinlah perancangan Allah yang terbaik. Saya menerima dia bukan atas dasar cinta. Tapi saya menerima dia atas dasar “aku sudah mahu berkahwin. Aku mahu punya suami. Aku mahu menjadi seorang isteri”. Soal cinta, saya berpegang kepada kata-kata, “orang yang kita cintai, tidak semestinya menjadi suami/isteri kita. Tapi orang yang menjadi suami/isteri kita, wajib untuk kita cintai” . Maka selepas keluarga kami sudah menetapkan tarikh, ketika itulah saya belajar menyemai benih dan rasa cinta di dalam hati.

4) meski kita impikan pernikahan yang mudah dan dipermudahkan, tapi percayalah, tidak semua daripada kita bertuah untuk mendapat jalan cerita seperti itu. Kita masih punya keluarga yang perlu dihormati pemikirannya, dan perlu dijaga hatinya. Namun itu bukan penghalang untuk kita terus mencapai bahagia. Jadikan doa sebagai senjata, dan terus cekalkan hati kuatkan jiwa!

Tempoh perkenalan selama 9 bulan ini (september 2014-mei 2015), TIDAK PERNAH ada istilah bergayut, atau bermadah manja di telefon. Berhubung ketika perlu hanya melalui whatsapp/sms.

credit to chitobebearchocholategoldish.blogspot.com

Mengimbas kembali cerita di awal kisah ini, mungkin doa saya sememangnya diaminkan para malaikat pada ramadhan yang lepas itu. Subhanallah! Alhamdulillah! Allahuakbar!
Wahai suamiku! Kita sudah halal untuk bercinta. Jom bercinta sampai syurga? Sudah lama kita ‘berpuasa’ untuk bercinta kan. Inilah masanya untuk ‘berbuka’ saya cinta awak!
 
 
post signature

Share:

11 comments

  1. pedoman yg baik utk anak muda, bercinta sampai syurga tapi biarlah melalui jalan yg sempurna halalnya terlebih dahulu.

    ReplyDelete
  2. Betul tu..percaturan Allah, adalah yang terbaik..Cik Mimie xpernah berhenti berdoa..semoga Allah permudahkan segalanya :)

    ReplyDelete
  3. Semoga Allah permudahkan untukku juga.. ^_^

    ReplyDelete
  4. http://faridaredbellas.blogspot.com/2015/06/free-movie-ticket-giveaway-by-redbellas.html

    jom join segmen sy:)

    ReplyDelete
  5. Sesiapa yg memberi krana Allah, menolak krana Allah, mencintai krana Allah,membenci krana Allah & menikah krana Allah, maka bererti ia telah sempurna imannya. =)

    ReplyDelete
  6. Jodoh pertemuan, ajal dan maut semuanya ditangan Allah swt. Sentiasalah kita bermohon agar dikurniakan yg terbaik dlm kehidupan kita semua... aamiin.

    ReplyDelete
  7. tu la banyak hati perlu dijaga. moga kita2 dipermudahkanlah segala urusan :)

    ReplyDelete
  8. isnyallah semoga amy dpt jodoh yg baik baik.. heehhehe

    ReplyDelete
  9. Percaturan Allah adalah yang TERBAIK.. :)

    ReplyDelete

hello dear :) x salah pun baca sambil komen kan.