Kalau Dah Takdir, Kenapa Mesti Berusaha?

Kalau dah Takdir

8:59 p.m
rumah
esok balik Uniten

assalamualaikum and hello lads!


selama korang hidup kan, pernah tak korang terfikir macam apa aku fikir ini? apa yang aku fikirkan? aku ni kadang-kadang boleh jauh fikirnya sampai tak masuk dek akal. antara yang aku fikir sampai boleh jadi macam ni.


kalau kata dah namanya takdir, kenapa aku mesti berusaha juga? andai kata aku dah takdir dapat jodoh lambat, kenapa aku mesti berusaha cari sekarang?

yes. honestly, aku pernah berfikir macam tu. teruk kan? teruk tak? aku pun tak pasti. sampai sudah aku tak dapat jawapannya. then, one day. kata-kata lecturer aku membuka minda aku semula. apa yang dia kata ada benarnya.

korang masa final exam nanti, buat elok-elok. jangan sampai meniru. ye, maybe korang akan ditakdirkan untuk berjaya dalam peperiksaan ini. tapi ALLAH uji kita dengan masa depan yang kita tak tahu sebab ALLAH nak tengok macam mana caranya kita berusaha untuk dapatkan sesuatu. kita upah orang ambil exam kita ke? kita tiru orang sebelah? kita main dadu? atau kita jawab ikut apa yang kita belajar selama ini?

betul juga tu. kenapa aku tak boleh fikir macam tu? hahahahaha. simple je solution dia sebenarnya. macam kita semua umat Islam akan dimasukkan ke syurga juga. tapi apa usaha kita untuk masuk ke syurga tu? adakah kita berjoli di dunia? atau kita seimbangkan dunia dan akhirat punya ilmu? 

even kita gagal sekalipun dalam hidup, tapi ALLAH nampak segala usaha yang kita lakukan. kalau kita berusaha, namun kita tak berjaya. ALLAH akan kurniakan kita dengan nikmat yang lebih indah dari apa kita harapkan tu.


 okay tu je nak cerita. tak ada idea. heee~

adios
 
post signature

Share:

17 comments

  1. kak ummul pun pnh rasa cmtu..
    tpi lama2 bila tmbh ilmu makin fhm..

    ReplyDelete
  2. jawapannya sebab Allah nak uji hambaNya :)

    ReplyDelete
  3. itu lah namanya kebergantungan kepada Allah.. kita berusaha meraih pahalaNya itu tanda kita sungguh2 ingin mengejarNya...

    macam orang bercinta jugalah..
    kalau dah tahu cinta kenapa nak dating2, nak surprise birthday party ke apa.... errmmmm... :)

    ReplyDelete
  4. sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum itu melainkan mereka berusaha.... kan....

    ReplyDelete
  5. Pernah jugak terpikior macam tu.. tapi...

    USAHA + doa = tawakal

    baru dapatkan.. so, back to reality...

    kedebuk.. bangunlah untuk berusaha.. kan...!!!

    ReplyDelete
  6. been told and read that, Allah nilai usaha kita, bukannya results tu. Results tu maybe boleh jadi extra point, tapi usaha lebih penting. At least, usaha dalam berdoa utk Allah tolong pun penting kan :D

    ReplyDelete
  7. Sebenarnya kan, saya pun pernah fikir macam Amy juga. Nanti saya share pula apa yang ustazah saya cakap dekat saya bila saya tanya ustazah saya pasal benda ni.

    ReplyDelete
  8. kalau dah jodoh, tak ke mana. err hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul.. betul.. betul...

      #parodyKC asyik betul je dari tadi.... :p

      Delete

hello dear :) x salah pun baca sambil komen kan.