Kenapa Aku Mesti Kenal Dia?

 Suratan atau Kebetulan

7:20 a.m
apartment
probably masih tidur

assalamualaikum and hello lads!

http://36.media.tumblr.com/tumblr_m5gb9vEk1x1rw9n3to1_500.png

kita dari kecil dulu selalu bertemu dan berkenalan dengan sesiapa sahaja yang kita berselisih kan. kadang-kadang kenal dalam kelas. kadang-kadang dekat kafe pun boleh kenal. kenal dekat masjid. macam aku, kenal budak-budak dalam rumah ni. 


tapi kalau macam jenis yang kenal, lepas tu terus lupa? macam mana pula? apa perlunya kita bertemu dengan dia? apa untungnya ALLAH takdirkan dia untuk menjadi sahabat sementara kemudian dia pergi begitu sahaja?

selalu ayat tu bermain dalam fikiran aku. tapi since aku suka observe orang, observe alam sekeliling (cewah), aku mula nampak satu benda. ada reason kenapa ALLAH temukan kita dengan dia. ada reason kita kenal dengan dia even pertemuan itu hanya sekadar sementara sahaja.

mungkin ataupun memang kenyataan, orang yang kita kenal tu akan membawa kita kepada orang yang kita akan disatukan buat selama-lamanya selagi masih bernyawa. tak faham? contohnya macam ni lah.

aku ada kawan. dia tu pendiam sangat orangnya. lepastu dia kenal aku. aku ni gila bersembang. aku ni minat movie. aku ni suka berjalan. tak pasal-pasal dia dapat kawan macam aku ni kan. tapi kenapa ALLAH takdirkan kami untuk menjadi kawan?

sebab lepas tu pakwe dia pun sama fiil dengan aku. wakakaka. agaknya ALLAH nak kasi dia peluang untuk kenal dengan orang perangai macam pakwe dia sebelum dia bertemu jodoh dia dulu. nampak tak apa aku cuba cakap? 

credit to bestlovequotes.info

masa mula-mula aku masuk PLKN tu, aku terkejut sangat sebab apa tau? sebab macam-macam perangai aku jumpa. ada yang baik. ada yang kurang ajar. ada yang tak tahu hukum agama. aku jadi teruja nak tahu kenapa dan bagaimana.

bila masuk Uniten, aku boleh serasikan diri sebab aku dah didedahkan dengan macam-macam perangai semasa PLKN dulu. tak adalah culture shock. almaklumlah, duduk mrsm kan semua budak sepesen je. hahahaha. semua menghadap buku. bila duduk dekat PLKN, mana ada buku.

so, janganlah merungut bila kita kenal dengan seseorang. andai sudah tiba masa hubungan itu terputus tanpa khabar berita, mungkin sudah tiada jodoh antara kita dengan dia. tapi mungkin ada hikmah kita berkenalan dengan dia sebab kita akan hadapi perangai yang sama pada masa akan datang.

benda ni mengajar kita untuk jadi sabar juga kan. kalau kita ada kawan, tiba-tiba jadi musuh. kita tahu dah siapa fake, siapa memang kawan sejati. siapa akan setia di sisi, dan siapa yang akan pergi.
credit to jhazulle.tumblr.com

apapun, segala yang terjadi ada hikmahnya. kita takkan nampak benda tu on the spot. seriously, lama-lama baru kita akan sedar.

okay tu je nak cerita.

adios~
 
 
 
 
 
post signature

Share:

4 comments

  1. Akak suka entry ni...ada kena sikit ngan kisah akak tp akak x nak sebut lagi dah...kadang2 akak duduk sensorang akak duk terfikir...kenapa akak perlu kenal dia..kenapa x orang lain...agak2 kalau orang lain memang akak x jadi macam sekarang...ermm..barang dah lepas x usah la dikenang kan...

    ReplyDelete
  2. Yeah...

    For a reason or for a season...

    Dedua pun membawa erti dalam hidup kitaaaa

    ReplyDelete
  3. Tapikan.. Along perasan satu benda..... Kawan yang kita kenal, namun untuk seketika atau mungkin mencecah setahun, tanpa kita CONTACT di FACEBOOK,WHATSAPP,TELEGRAM mahupun TWEETER, mereka lebih mudah melupakan kita. Namun, tidak bererti kita melupakan mereka. Kadang-kadang, kita menunggu juga mereka CONTACT kita, kerana takkan asyik2 kita sahaja perlu CONTACT mereka.. ye tak? Ahha...

    P/S: Dlu dapat PLKN, tapi tak pergi sebab ambil FORM 6.. Hehehe.. nak tanya.. betul ke dekat PLKN ada cinta di namakan kontrak 3 bulan? Ahha

    ReplyDelete
  4. Betul tu...sebenarnya kita banyak belajar dari org sekeliling kita..baik, buruk, jahat..semua kita akan hadap nnti..

    ReplyDelete

hello dear :) x salah pun baca sambil komen kan.