Pelayaran Islamik 6.0 Penang-Phuket-Krabi-Penang

Pelayaran Islamik 6.0 Penang-Phuket-Krabi-Penang

7:40p.m
rumah
jealous tengok kawan dah mendirikan rumah tangga

assalamualaikum and hello lads!




alhamdulillah, nenek aku bersama keluarga achik aku selamat sampai ke rumah masing-masing kelmarin. aku pun baru tahu sebenarnya bila tengok gambar dekat Whatsapp family. eh, pergi mana ni? memandangkan aku duduk uniten kan, tak tahulah ke mana nenekku berjalan dengan keluarga achik aku.

rupa-rupanya nenek aku pergi travel. tapi syoknya travel dalam Cruise weyh! travel sambil berdakwah. masha-ALLAH, bila tengok gambar yang cousin aku, Syahir post, rasa macam cemburu je. rasa macam nak pergi juga.




bukan mudah nak naik kapal dan travel sambil berdakwah kan. nenek aku kata, kali ini sudah masuk pelayaran yang keenam dilakukan oleh pihak agensi mana aku tak pasti. aku tak bertanya lebih lanjut.

mereka menaiki kapal Star Cruise Libra. kapal kedua yang terbesar tau! syoknya! nenek aku duduk di dok yang kedua. adalah kemudahan lengkap. ada katil, ada bilik air, cuma sempit sikit. tapi nenek aku kata memang macam hotel jugalah. dah kapal besar kan. ada dalam 10 tingkat Cruise nya.

Star Cruise Libra



Pelayaran Islamik 6.0 ini mula-mula berlabuh di Penang, semua peserta dikehendaki tunggu di sana dan pelayaran ini mengambil masa selama empat hari. Dari Penang, Pelayaran Islamik meneruskan perjalanan ke Phuket, Krabi dan akhirnya berlabuh semula di Penang.

sambil travel dalam Cruise, sambil menikmati pemandangan indah ciptaan ALLAH. sambil mendengar ceramah oleh Dato' Dr Fadzillah Kamsah, sambil buat Qiamullail beramai-ramai. Subhanallah, seronoknya aku dengar! serious aku iri hati.

masa berhenti dekat Phuket and Krabi tu, adalah dalam 3 jam each. nenek aku kata disambut oleh anak-anak yatim dekat sana. makan pun nampak mewah. sambil menderma tengok juga tempatnya. nenek aku kata dhaif sangat tempatnya. sampai tak ada telekung juga. sambil tu nenek aku dapat berjumpa dengan keturunan Mahsuri tu, Aishah. lawa nenek aku kata. hehe. okay, tak ada kaitan.

so far, nenek aku rasa seronoklah. rasa nak pergi lagi. dapat tengok matahari terbenam. budak-budak dapat mandi kolam dekat cruise tu. makanan dia semua HALAL since ketua chef nya adalah Islam. disebabkan kali itu adalah pelayaran Islamik 6.0, nenek aku kata tempat tu betul-betul disamak.




ada juga pendatang asing. of course lah. diorang dapatlah tengok keindahan Islam kita ni. apa kita buat bersama-sama. melaungkan azan macam nak pergi Haji nenek aku kata. hehe.

okay tu je nak cerita. moga satu hari nanti berkesempatan join bersama. in shaa ALLAH.

untuk makluman lanjut, boleh layari :

Webpage : Pelayaran Islamik 6.0

adios~
 
 
 
post signature

Share:

7 comments

  1. best nye k.amy. nnti kite pegi eh .

    ReplyDelete
  2. pendatang asing or pelancong asing?

    ReplyDelete
  3. One of my staff pun pi jugak.. nanti nak tanya dia... ^_^

    ReplyDelete
  4. dah lama teringin travel dgn cruise...moga satu hari nanti insyaAllah.

    ReplyDelete
  5. menarik la nie. teringin nak join jugak kalau ada. :D

    ReplyDelete
  6. wah bestnyaaaaaa dpt naik kapal bersiar dan beribadat at the same time..wahhhhhh

    ReplyDelete

hello dear :) x salah pun baca sambil komen kan.