Pengalaman Bekerja bersama CIA dan FBI

Pengalaman Bekerja bersama CIA 

9:42 a.m
apartment
lapar

assalamualaikum and hello lads!





ha, before i story any further, do you guys and girls know about CIA? CIA tu dalam erti kata lain dia adalah Central Intelligence Agency. kalau korang biasa tengok cerita crimes dekat drama TVs ni biasalah dengar pasal CIA. ada filem terbaru SPY pun memang mainly pasal CIA sahaja.

then, one day, diorang kata nak rasmikan Magic. Apa pula Magic ni? itulah first thought aku. hahaha. dah kenapa pula namanya Magic. Magic sangat ke tempatnya? rupanya MAGIC adalah singkatan nama bagi Malaysian Global Innovation and Creativity Centre.





so, apa kaitan pula rasmikan Magic dengan kerja aku? memandangkan aku under Maintenance, so aku dan staff lain akan membantu set up segala apa yang terdapat di dalam bangunan Magic tu. banyak weyh. serious penat semua orang. siap belajar pasal lampu RGB yang dipasang di bangunan tu lagi. siap dah pasang beratus komputer, tiba-tiba dia suruh buka balik. rasa macam....

setelah menunggu punya menunggu, akhirnya CIA dan FBI datang ke sana. kenapa diorang datang? tahu tak POTUS adalah salah seorang yang akan rasmikan bangunan tu. aku tak sure kenapa dia yang rasmikan juga.hmmm...

masa diorang datang naik bas tu (wakaka naik bas awam), CIA tu muka serious sangat-sangat weyh. muka tak ada perasaan. muka overstressed. saje nak buat orang takut dengan dia? or dia yang paranoid tengok orang kita? hahaha.

FBI pun ada.  tapi FBI lebih sporting dan suka tersenyum berbanding dengan CIA. masa datang tu, CIA kerja dia apa? ushar tingkap sana. ushar bilik sini. ushar bilik air. segala benda dia ushar. sangat fokus dengan kerja mereka.

tahu tak kenapa CIA buat semua tu? sebab dia nak cari vantage point untuk sniper berada di position masing-masing. untuk dia buang segala barang yang tak patut, barang yang mungkin boleh simpan bom dalam dia and banyak lagi.

habis dengan tong sampah besar pun kena alihkan. barang-barang yang rosak kena buang. barang yang separuh siap kena siapkan segera. kelam kabut semua orang termasuklah engineer-engineer yang berkenaan.

masa bergerak naik ke tingkat atas, masuk satu bilik ni. nampaklah barang-barang CIA tengah set up. wuuuu, barang tu untuk apa? masa majlis nanti, segala perkhimatan telefon dan internet tidak dapat digunakan. dia takutlah tu, kot-kot ada orang pakai telefon untuk jadikan _______.








lepas tu orang tertentu je boleh masuk Magic masa pelancaran nanti. CIA mula-mula siap nak pasang (ala lupa nama dia.) yang macam body scanner tapi besar macam dekat airport tu. ha, yang tu lah. bayangkan setiap bilik dia nak pasang bendalah tu. masha ALLAH.

then, sebelum pelancaran, kitorang akan diberi ID oleh CIA. maknanya bila pkai ID tu, dia tahu kita ni salah seorang yang berkenaan dalam pelancaran majlis Magic. yeah, aku dapat juga! excited betul masa dapat tu.

memang sangat sangat dijaga ketatlah si POTUS tu. tapi aku dapat ke jumpa POTUS? tak. baik duduk rumah, lagi banyak faedah. boleh tidur. boleh tengok tv. boleh layan internet. macam-macam.

ada je kejap aku datang. tapi sebab aku kena kerja separuh masa. dapat jumpa dengan pegawai polis atasan. fuh fuh. pakai baju biasa je. aku ingatkan orang Cyberjaya. sebab dia pakai sangat sempoi. rupa-rupanya... gulp.

tu je pengalaman kerja dengan mereka. tak ada benda menarik pun sebenarnya. tapi seronok bila dapat cakap dengan orang, aku pernah bertemu dengan CIA dan FBI depan mata sendiri. hahahahhaa.

okay tu je.

adios~


 
 
 
 
post signature

Share:

11 comments

  1. POTUS kawan baik PM tersayang ni

    ReplyDelete
  2. amboii..boleh tahan lasak jugak amy ni ek..

    ReplyDelete
  3. wow.... nice sharing n experience...

    ReplyDelete
  4. waahhh bestnyaaa...
    eh japp.. robot tu pernah masuk running man lah hahahaha

    ReplyDelete
  5. Wooo, kerja ngan FBI... Pasni ni nk kerja ngan diaorg lg x...

    ReplyDelete
  6. puas akak dok pikir POTUS tu apa..president of the united states ghopenya..wah, cam menarik je kerja Amy.akak ingat nak review serial drama ke movie tadi.berkerut-kerut dahi membaca..huhu

    ReplyDelete
  7. fuiihh , ingatkan betol FBI tadi . mmg power ah kalau betol .

    ReplyDelete
  8. ketat gilaa security diorng. hehe.. a ah la, kelakar pula CIA naik bas awam pastu muka ketat. haha..

    hmm.. rupa-rupanya apa yee polis atasan tuh??

    ReplyDelete
  9. kalau dulu sy selalu dengar suara FBI hampir setiap hari. La ni, kadang2 ternampak wajah FBI.

    ReplyDelete
  10. POTUS? Mula-mula tak faham.. ingatkan nama orang.. lepas GOOGLE baru tahu POTUS tu apa.. ahha...

    ReplyDelete

hello dear :) x salah pun baca sambil komen kan.