Pengalaman Berpuasa di MRSM

Kehidupan di MRSM

11:43 a.m
apartment
sorang-sorang

assalamualaikum and hello lads!

http://media.tumblr.com/bd81a3e2899b3a06ea85665a3a20fb98/tumblr_inline_mpnilxz9cJ1qz4rgp.jpg

siapa dekat sini budak MRSM? aku rasa dia mempunyai pengalaman sama seperti aku. seronok dapat berpuasa bersama sahabat. kadang-kadang ada masanya memang rindu nak berpuasa dengan family. tapi dah tanggungjawab sebagai pelajar. dan kami semua jauh dari kampung halaman, so biarlah kita jadikan MRSM ini sebagai kenangan indah.



SAHUR

masa awal-awal macam semangat jugalah. first time puasa dekat tempat lain. hehe. ada budak lelaki sampai kejutkan sahur. eh, macam mana tu? alah, ada bilik siar raya. dia pakai speaker la.

kadang-kadang kalau ada menu ayam, dia sebutlah. bangun bangun, harini makan ayam. bangunlah sebelum korang dibangunkan. macam-macam sungguh. ada je ideanya nak kejut kami.

aku ada masa memang bangun. ada satu masa tu macam malas sangat-sangat. ye lah. budak-budak MRSM ni weyh, mana ada yang tidur awal. ada kot tapi boleh kiralah. so, bila dah stay up, memang liatlah sikit nak bangun kan.

credit to muslim-academy.com

makanan sama je la macam kami makan selalu. dapat ayam memang best.

SEKOLAH

ni sama je lah macam hari-hari biasa kami bersekolah. belajar. lepastu tidur dalam kelas. even waktu cikgu mengajar. ops. lepastu prep siang, tidur balik. ada yang rajin, dia belajar. ada yang melilau entah ke mana. tak pernah melekat muka dia dalam kelas tu.

ASAR

time ni lepas dah solat Asar secara berjemaah, kami semua akan baca al-Quran mengikut homeroom masing-masing. sambil baca tu, akan ada 2-3 orang dari setiap homeroom bergerak ke DS (Dewan Selera) untuk ambil makanan dan hidangkan di meja homeroom masing-masing. kalau terlambat kena beratur weyh.

credit to www.ecadwinkyasha.com

kenapa 2-3 orang? yelah. kalau semua, habislah semak DS tu. so, setiap homeroom hantar wakil je. sorang ambil air, dua ambil makanan. lepastu tunggulah masa untuk berbuka puasa. tapi kadang-kadang yang susah bila ada yang tak makan ni, ada yang kena hidang macam ni, ada yang tak kisah. nak ingat tu sampai jadi confuse. kesian pula tapi nak buat macam mana kan.

http://41.media.tumblr.com/tumblr_m7fmelGfn21rb8spwo1_500.jpg
credit to tablesoframadan.tumblr.com

syok dapat makan ramai-ramai ni. sambil makan sambil sembang. ada yang duk havoc bila bercerita. time ni je makan campur lelaki perempuan. lepas tu, lelaki meja sana, perempuan meja sini. kat sini terjaga. alhamdulillah.

so, kalau sesiapa duduk asrama tu, memang sedih tak dapat berpuasa dengan family. tapi itu mengajar kita andai kita kena belajar atau bekerja lebih jauh dari family kan. kawan-kawan ada, tak adalah rasa rindu sangat. alang-alang dah ada pengalaman macam ni, you just grab it! nanti boleh cerita dekat orang lain. seronok tau.
 
 
 
 
post signature

Share:

13 comments

  1. Anak Pcl, Hanis tu memang patut dah kena masukkan dia ke asrama... . Kat rumah tak reti nak berdikari..maklumlakan, anak bongsu sorang dia je kat rumah..hurmm. Next year mybe hanis jadi penghuni hostel...kalau ikut jejak abah dia ni star form 1 dan berjauhan dgn family.

    ReplyDelete
    Replies
    1. oo.. biasa lah anak bongsu hehehe. memang gitu perangainya. lagi2 kalau atas2 dia kakak2. lagi la.. wah, dari form 1? huu.. memang pndai berdikari la kalo gitu. in shaa ALLAH hanis boleh jadi berdikari jga nnti

      Delete
  2. comel jer kejut bangun sahur siap bgtahu menu lg.hehehehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehehe.. biasalah tu, nak kasi orang p dewan

      Delete
  3. kadang2 ada bas untuk ke bazar ramadhan jugak kan :D yang ni pun biasanya satu homeroom hantar 2-3 orang wakil. hehe kesian kadang2 sbb ramai duk mintak beli macam2

    ReplyDelete
    Replies
    1. wah ye ke? rasanya kami xde. heheheh.. sebab jao bebnor. makan dalam DS je dari dulu. hehehehe... biasala tu kan. bila semua kebulur. macam2 dia mnx beli hahahaha

      Delete
  4. che mat !!! HAHAHAHA,,, ini memang sungguh mengimbau kenangan lama,,,
    cara kejut paling unik. kalau kejut subuh,,,siap baca talkin pon ade xD

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahahahahhaha... aku nak sebut kat sini takut kantoi pula. wakakakakaka..

      kan! kadang-kadang annoying juga, tapi terbangunlah hahahahha

      Delete
  5. Form 1 Along duk asrama, Form 2 Along pindah sekolah atas sebab tertentu. Masa Form 1 dulu, Along tak pernah pergi sahur dekat Dewan Makan. Sebab DM tu jauh dari Blok Asrama.... Kalau pergi pun, nanti balik bilik mesti lapar semula....

    ReplyDelete
  6. Ala, kita bukan budak MRSM...hehehe :)

    ReplyDelete
  7. Kalau ada kawan-kawan yang boleh berbuka sama-sama takdelah rasa sedih sangat. Kalau macam saya, memang seorang-seorang ke dekat sini. Rasa sedih sangat.

    ReplyDelete

hello dear :) x salah pun baca sambil komen kan.