Rawatan-Rawatan yang Tidak Membatalkan Puasa

Rawatan yang Tidak Membatalkan Puasa

Satu persidangan telah dilakukan di Arab Saudi pada 23 hingga 28 Safar 1418H. Nama persidangan tersebut adalah Majma' Figh Islami. Persidangan ini menggariskan satu kesepakatan yang tidak bertentangan hukum syarak, iaitu perkara yang di bawah adalah rawatan yang tidak membatalkan puasa.



1.  Ubat titis mata, titis telinga, earwash, titis dan spray hidung (nasal drops) atau ubat athma (inhaler), sekiranya jauh dari tertelan bahan-bahan tersebut ke dalam halkum.


2. Tablet Nitroglycerin dan seumpama dengannya yang diletakkan di bawah lidah (Sublingual). Biasanya digunakan bagi merawat Angina Pectoris dan seumpamanya, jikalau jauh daripada tertelan bahan tersebut ke dalam halkum.

3. Semua bentuk rawatan yang melibatkan kemasukan benda atau ubat ke dalam faraj seperti Vaginal Supppository, pencucian (Vaginal Doush), Vaginascope atau tangan doktor yang memeriksa pesakit (Digital Examination) untuk pemeriksaan kesihatan pesakit.

4. Memasukkan TVUS, loop atau IUCD (pencegah kehamilan), dan seumpamanya ke dalam rahim.

5. Semua bentuk tiub ataupun bahan yang dimasukkan ke dalam badan melalui saluran kencing (urethra) lelaki ataupun perempuan, seperti urethroscope, barium, ubat-ubatan, dan pencuci urethra.

6. Tampal gigi, cabut gigi, cuci gigi, berus atau gosok gigi dengan siwak atau berus gigi, sekiranya jauh daripada tertelan bahan tersebut ke dalam halkum.

credit to nikmatnyasehat.wordpress.com

7. Berkumur-kumur, ubat berkumur (mouth-rinsing gargle), ataupun penyembur mulut sekiranya jauh daripada tertelan bahan tersebut ke dalam halkum.

8. Semua jenis suntikan perubatan (ID,IM, IV) kecuali suntikan bersama makanan seperti Total Parental Nutrition (TPN - Fluid Therapy)

9. Bantuan gas oksigen

10. Gas pelali (anesthetic gases) selagi pesakit tidak diberikan TPN

11. Semua jenis ubatan yang menyerap dengan sapuan ke atas kulit seperti minyak (ointment), krim ataupun plaster, walaupun dibekalkan dengan bahan ubatan ataupun kimia yang terserap ke dalam kulit.

12. Semua jenis salur (fine tube) yang dimasukkan ke dalam salur darah untuk tujuan x-ray pada jantung ataupun mana-mana pada anggota badan (catherization)

13. Laparoscope yang dimasukkan ke dalam abdomen untuk pemeriksaan intestine atau tujuan pembedahan.

14. Sampel organ yang diambil dari badan seperti hati atau dari mana-mana anggota badan (Biopsy) selagi tidak dimasukkan bersama bahan ujikaji.

credit to www2.lifewithlungcancer.info

15. Memasukkan Gastric Endoscopy atau Gastroscope ke dalam perut dengan syarat tiada sebarang cecair, bahan ujikaji, ataupun apa-apa bahan rawatan yang disalurkan bersama alat tersebut.

16. Memasukkan alatan ataupun bahan ubatan ke dalam otak ataupun spinal vertebra

17. Muntah yang tidak sengaja

semua maklumat ini aku dapat daripada buku Q&A Figh Perubatan karya Dr. Muhamad Rafiqi Hehsan. memang best! banyak maklumat aku dapat daripada buku ni. berbaloi pakai voucher buku adik. hehe.

credit to bukuislamikdiskaun.blogspot.com
 
 
post signature

Share:

8 comments

  1. banyak yang boleh kan.. apapun nice sharing..

    ReplyDelete
  2. dulu dulu selalu nipu ayah ckp sakit gigi sebab nak buka puasa.. hahahahhaha

    ReplyDelete
  3. great sharing, Amy! ramai tak tau ni..

    ReplyDelete
  4. perkongsian yg meanrik amy... tq .. :D

    ReplyDelete
  5. Perkongsian yg bermanfaat.. sekurang2nya dpt mengurangkan kemusyikilan dikalangan kita yg menjalani rawatan berkaitan..

    ReplyDelete

hello dear :) x salah pun baca sambil komen kan.