She's Dating the Gangster
10:20 p.mapartment
..
assalamualaikum and hello lads!

apa khabar semua? seharian aku tak update entri. sebab apa? sebab sibuk buat assignment. lepas tu pening pula. memang tidur lah tadi. and disebabkan bosan memandangkan housemate aku semua tak ada, i decided to watch a movie. duk ushar sana, ushar sini, aku terjumpa satu movie.
tengok tajuk dia macam erm, well not bad. She's dating the gangster. hahahaha. macam klise pula bunyi tajuk dia. aku mula-mula ingatkan filem English. rupanya filem Filipina. oh, honestly, aku tak pernah layan movie Filipina. selalu layan drama dia je. itupun dah berkurun. ini based on a book tau.
okay, asyik membebel je, aku cerita sedikit plot filem ni eh.
cerita ini dimulakan dengan seorang lelaki dewasa bernama Kenji de Los Reyes yang sudah bergelar bapa sedang memberi ucapan (toast) kepada kawannya yang baru sahaja mendirikan rumah tangga. masa sibuk berucap, anak lelaki dia (Kenneth) buat hal.
sampailah diorang bergaduh. biasalah bila si anak macam ada sedikit dendam dengan bapanya, dia cakaplah bukan-bukan. dia berharap bapa dia mati instead of mak dialah. macam-macam.
tanpa dia sedar, ayat dia tu memakan diri sendiri. malam tu, ayah dia nak berangkat ke Gelazpi kot nama tempat dia. maaf kalau salah. sebab ada urusan peribadi. tiba-tiba plane yang dinaiki berlaku kemalangan dan terpaksa landing di tempat lain.
si Kenneth yang nampak nama bapa dia di TV terkejutlah. that's when he decided to go to the airport dan bertanyakan berita perkembangan. masa di airport, dia terserempak dengan seorang perempuan ni, Kelay.
kalau korang tengok, perempuan ni memang kecoh sangat. gila-gila. sampai dia boleh terjerit dekat airport tu kata Kenji bapa dia. terkejutlah Kenneth. bila masa pula bapa dia ada anak lain? bergaduh pula dekat situ. lol. part ni kelakar. kena tengok sendiri.
then, lepas peristiwa demi peristiwa berlaku, akhirnya perempuan tu bagitahu apa yang terjadi. dia ceritakan kisah di antara Kenji dan Athena. ha, siapa Athena ni? Athena ni adalah cinta terakhir ayah si Kenneth.
so kita rewind semula kisah pada zaman dahulu.
![]() |
credit to www.scoopboy.com |
si Kenji ni rupanya gangster paling digeruni di sekolah. serious tak handsome bila dia rambut panjang bagai, lepas tu muka bengkek je. Kenji ni suka dekat Athena yang lain. Dia dulu bercinta dengan Athena I. tapi for some reasons, Athena I break up dengan dia.
so, Kenji buat keputusan apa? dia paksa Athena II couple dengan dia. sebab dia nak kasi Athena I jealous. kalau korang, korang nak tak kapel dengan gangster? aku? of course lah tak nak. ish, memang kalau tak ada lelaki dalam dunia ni pun, aku tak mahu.

lama-lama, sejak satu kejadian terjadi, Athena II terpaksa couple dengan Kenji. masa sibuk berpura-pura kapel, adalah yang tak puas hati dengan Athena II. ye lah, Athena II ni dah lah skema, rambut tak terurus. takkanlah boleh setaraf dengan Kenji yang handsome bagi diorang tu kan. last-last, Kenji yang dah mula suka dengan Athena II pun tolonglah. dia nak awek dia buat makeover semua.
time ni, sampai ternganga dia tengok kecomelan Athena II. hahaha. lama-lama sampai dia lupa dekat Athena I. bila selalu keluar dengan Athena II, dia mula jatuh hati dekat awek dia sendiri. diorang putuskan hubungan lama dan mulakan hubungan baru yang sebenarnya.

tapi tanpa pengetahun dia, awek dia si Athena II ada masalah hati. dia menghidap penyakit dilated cardiomyopathy. kesiannya. Athena II tak boleh aktif sangat. kalau dia aktif lebih sikit, mulalah tak boleh bernafas. sampaikan doktor marah bapa dia sebab kasi anaknya belajar dekat kolej macam budak-budak lain.
ayat Athena masa ayah dia marah dia, memang sangat terkesan dekat hati aku juga. pandai dia pujuk hati ayah dia balik.
Dad: Those feelings you have for him will kill you
Athena: Im sorry dad.
Dad: We love you child. I don't want to lose you
Athena: I love you too. I know you're afraid to lose me. I'm afraid too. But what I've learned from all these is that it is truly fear that will kill me. And not love. Because if there's one thing I am sure of, your love is the biggest reason of why I am still alive....
malangnya, cinta diorang ..... alamak, macam tak thrill je bagitahu. hahahahahaha.
malangnya, Athena I juga menghidap penyakit lain. dan hidupnya tak lama. Mak si Athena I minta sangat-sangat Kenji bersatu dengan anaknya semula sebab tak nak anak dia menderita. dia nak anak dia hidup lama. memandangkan anak dia masih mencintai Kenji.

kesian Kenji. berbelah bahagi dia. dia dah mula cintakan Athena II. dalam masa yang sama, AThena II dapat tahu pasal benda ni. kesian dia. last-last apa diorang buat? ha, tu kena layan sendiri. hahahahahahahaha.
lama-lama, Kenneth mula sedar kenapa bapa dia tak boleh mencintai Athena I iaitu maknya sendiri macam suami lain mencintai isteri masing-masing. dan dia semakin serba salah sebab dah cakap bukan-bukan dekat ayah dia. dan sampaikan ayah dia buat keputusan untuk lupakan terus kisah lama.
at the end, apa yang berlaku? mampu ke Kenneth minta maaf pada ayah dia? sampaikah hasrat si perempuan tadi untuk temukan Athena II dan Kenji? apa akan jadi last sekali? ha, tengok sendiri okay. menangis aku layan movie ni. hati aku lembut nak buat macam mana. im a hopeless romantic. hahaha.
![]() |
Athena II |
![]() |
Kenji |
i never lose hope that i will see you again
in a conclusion. kisah lama tu dilakonkan oleh Kenneth dan Kelay. orang sama cuma berlakon jadi Kenji dan Athena II zaman dululah. diorang memang jadi a completely different person. perangai pun lain. ye la, konon-konon zaman muda Kenji mestilah sama muka macam Kenneth kan. sebab tu Kenneth handsome macam bapa dia.
aku tak pernah minat sangat nak layan filem pasal high school ni. tapi filem ni not bad lah. cerita zaman kolej tapi buat aku tertarik nak layan tanpa skip apa-apa.
kesian pada orang yang cinta tak kesampaian sebab bad timing ni. susahnya bila kena sacrifice dalam keadaan sebegitu. hebatnya kuasa cinta.
berhati-hati dalam kata-kata sendiri. jangan sampai makan diri sendiri.
adalah certain part She's dating the gangster aku tak faham. asal tiba-tiba jadi macam tu pula? ha, gitulah. tapi lama-lama aku abaikan je. hahaha. dah tu, nak buat apa kan??
![]() |
credit to writedge.com |
okay tu je. adios~

Wahh.. mcm best je citer ni.. layan2 santai pun syok ni.. :)
ReplyDeleteAkak tak pernah layan filem dr sana. Kalau drama bersiri tu adalah sekali-sekala.
ReplyDeleteermm..xfhm.,hihihi
ReplyDeleteamy, nmpk best jalan ceritanya.. tq share kt sini..
ReplyDeleteAssalamualaikum Amy., lamanya kak
ReplyDeleteRos tak datang sini.. Selamat berpuasa yer ;)
Amy, memang nama perempuan tu Athena 1, Athena 2 ke? hehe, maybe kita terlepas baca kalau2 Amy ada explain. :D
ReplyDeletemcm menarik je cter ni :)
ReplyDelete