Sikap Pengguna Pengangkutan Awam
4:40 p.mrumah
baru lepas layan Hindustan
assalamualaikum and hello lads!

aku nak tanya, antara korang yang membaca blog aku ni, siapa pernah menaiki pengangkutan awam? tak kisahlah bas ke teksi ke kapal terbang ke atau train. kalau korang pembaca setia blog kak Sal, kak Sal juga ada ceritakan benda yang sama.
pelik semua perangai manusia ni. kalau penulis novel, ada bagus juga merantau menaiki pengangkutan awam sebab kat sini boleh dapat macam-macam inspirasi. hahaha. ada masa rasa tenang je, adakalanya pula sangat-sangatlah irritating sampai rasa macam nak amrah dekat situ je. hahaha. aku ni cepat marah orangnya.
apakah antara perangai manusia dekat dalam pengangkutan awam ni?
1. Bersembang tak ingat dunia
aku tahu, semua perempuan suka bersembang. lagi-lagi kalau ada kawan or clique masing-masingkan. tapi agak-agaklah kalau nak bersembang pun. macam nak kasitahu semua orang pula gosip korang tu.
kalau aku sorang tu, seronok juga dengar. bergaduh dengan boyfriend la. tak dapat balik rumahlah, terbeli banyak baranglah. ada yang paling buat aku banyak istighfar bila aku dengar satu cerita menarik ni.
wei, kau dah berapa kali tidur dengan pakwe kau? aku malam ni nak rasmi doe. pergh, tak sabar aku! dia siap ajak member dia sekali datang rumah sewa aku. haritu bla bla bla...
![]() |
credit to www.hercampus.com |
korang bayangkan aku yang berdiri dekat belakang diorang tu!! mahu ternganga aku. ya ALLAH, budak-budak zaman sekarang. pakwe dah macam suami dah. buat maksiat pun nak cerita kuat-kuat. macam bangga pula. hmmm
2. DJ in the house!
apa maksud aku dengan DJ in the house ni? well, kalau diikutkan DJ in the train lah. dia pergi pasang lagu dia kuat-kuat. kalau memang sedap lagunya tak apa. ini entah lagu apa dia dengar. kadang-kadang pening kepala aku yang memang dah berserabut. aku tak suka bunyi bising. aku senang annoyed dengan something or someone buat bising tanpa sebab. kalau memang dekat konsert tak apalah. nama pun konsert.
3. Ignorant
ha, ni paling menyakitkan hati dan sanubari para pengguna yang lain. first masa tengah sesak. lagi-lagi time orang nak balik kerja, pergi kerja, balik asrama dan sebagainya.
dah tahu sesak, yang dah memang sedia ada dekat dalam, apa salahnya menyelit lebih dalam. bukan susah pun sebenarnya. jalan pakai kaki je. berundur dan berundur beberapa tapak sampai tak boleh dah.
bayangkan kalau korang berada di tempat tu? mesti sakit hati. habis tu kenapa buat orang lain macam tu?
kedua pula tak nampak ke orang lebih kurang tenaga dia tengah berdiri tu???? aku tengok ada manusia macam ni, aku tak tegur. tapi aku pandang je dia. sampai dia tutup mata buat-buat tidur. wakakaka.
![]() |
credit to peoplesleepingonpublictransport.tumblr.com |
weyh, bayangkan kalau tu mak korang ke? sedara korang ke? mesti tak sampai hati. habis yang tengah berdiri dalam keadaan mengandung, orang tua yang dah tak larat kakinya, bukan mak orang ke?? bukan bapa orang ke?
dah terang-terang ada sign kata khas untuk orang lebih memerlukan. tenaga kita orang muda ni banyak lagi. tak susah pun nak berdiri even dalam 30 minit. itu mesti tak biasa hidup susah. kerja dia tahu nak senang sendiri je. hmmm.
4. Tiang tu bapa kau yang punya
![]() |
credit to tosh.cc.com |
ha, adik-adik akak-akak abang-abang, bas atau train tu bukan korang punya. tak bermakna satu tiang tu untuk sorang je. beragaklah sikit nak bersandarnya. mana orang lain nak pegang. kang kalau tergerak laju train/bas tu, terpegang badan korang. dikata meraba pula.
habis tu salah siapa betul tak? kesian orang lain. x pasal je bergantung harap pada kaki yang bila-bila masa boleh tergelincir. sabar je lah.
5. Dua Kerusi, Satu Orang
ni merujuk pada lelaki. tahulah besar. tapi kerusi tu dah memang didesign khas untuk muat lelaki dan perempuan. janganlah bongkak sangat pergi letak barang kome dekat sebelah lagi tempat duduk tu. kalau ramai berdiri, alihkan lah barang kome. kalau tak ada orang, ambillah sepuluh kerusi pun. tak ada orang peduli.
![]() |
credit to www.mamamia.com.au |
6. Tak Menyabar
jangan risau. kalau korang dah beratur tu, maknanya sempatlah nak masuk dalam train. unless korang sejauh batu dari train. itu yelah nak tergesa-gesa berlari masuk dalam train.
TAPI KALAU YE PUN. kasilah orang lain keluar dulu oi. macam mana korang nak masuk kalau orang lain tak boleh keluar? fikiran kolotnya lahai. tak boleh ke nampak common sense dekat situ?? itupun nak kena ajar ke?
![]() |
credit to www.tumblr.com |
kalau aku bad mood, memang aku tengking je dekat situ. hahahaha. aku cakap je
KAU NAK MASUK MACAM MANA KALAU KAU DAH TAK KASI DIA KELUAR?
![]() |
credit to www.buzzfeed.com |
ada masa bila fiil Queen B aku datang, aku tak ambil peduli langsung apa orang fikir pasal aku. hahahahaha. asalkan aku cakap apa yang terbuku di hati. daripada tension sorang-sorang. kang aku sorang je meletus. biar orang lain meletus sama. hahahaha. kejam.
okay tu je nak cakap. mesti at least, ada salah satu antara ini korang pernah alami kan? bukan nak kata tak best nai pengangkutan awam. best je sebab murah dan tak perlu deal dengan kesesakan lalu lintas. cuma certain sikap manusia ni menguji kesabaran kita yang memang sedikit.
so, silalah jadi pengguna lebih berhemah ye.
adios~

hahahaa...macam2 perangai !
ReplyDeletetu lah..
DeleteSemua tu SR
ReplyDeleteeh ye ke ni :P
DeleteKeenam-enam tu SR pernah lalui waktu dalam tren. Semua point tu betul sangat..
ReplyDeleteyeap betul tu.pernah jugak alamai semua tu ehhee
Deletekan. kita pun pernah kena.. sabar je nasib hahahaha
DeleteSETUJUUUUUUUUUUUUUUUUUU
ReplyDeletethank you ^^,
Deletepernah jugak alami 2 kerusi 3 orang. haha. nak jugak menyempit tu.
ReplyDeleteperghh jimat ruang hahaa
Deletehahahahaha. amboi, ni berjimat namanya :P
DeleteAkak pengguna komuter tegar...
ReplyDeletememang betul sangat lah semua statement tuh.
hhehehhe. kan kak Fidah.. mmg semua ni mesti ada
Deletemacam2 perangai orang kita boleh tengok kalau naik pengangkutan awam nih..
ReplyDeletebetul tu kak Eyda...
Deletejarang alami sebab jarang naik public transport tapi pernah alami masa naik.. part paling geram bila org buat bising dan tolak2.. ni semua pasal mentaliti.. selagi tak diubah, sampai bila2 macam tu..
ReplyDeletekan! sabar je manusia macam ni. rasa nak lempang2 pun ada. ish
Deletemcm2 ragam org dlm public transport ni. dan kebanyakkannya selfishhhhhhh dan part ignorant tu memang level apa entah. hmmmm.
ReplyDeletesetuju. xtaulah apa fikiran diorang masa tu. macam x reti nk jaga perasaan orang len.
Deleteish2.. ade ea macam yang first tu...
ReplyDeleteada je hahaha
Deleteada sangat snagat. hehehhe.
DeleteKadang tak faham dengan orang macam ni.. jenis pentingkan diri sendiri, tak pedulikan pengguna yang lain.
ReplyDeleteyeap betul tu. mereka kurang sikit kot pemikiran tu
Deletediorang fikir nak keselesaan diorang je tu. dia x tau orang len nak selesa juga
Deleteamy, dulu memanglah semua2 tu kak ana dah pernah alami ketika naik bas mini, cuma situasinya berbezalah dari zaman lrt sekarang jauh lebih selesa dah.tapi sikap masih sama :(
ReplyDeletemanusia macam2 ragam kan kak ana
Deletemakin canggih kemudahan yang disediakan, makin divaaaaaa semua orang... haiiihh...!! :(
Deleteye ke kak Ana? oooo. tapi tu lah... teknologi mmg dah berubah, manusia tetap sama mundur. hmmm
Deletehahahahha mcm mcm peel lah.. yg tiang tu hahahahahah
ReplyDeletetiang tu #kauhado hahahhaa
Deletekaaaaann...!! lain kali cakap kat dia "awak cabut lah tiang ni masuk beg, bawa balik umah...!!"
Delete*flip handbag laju-laju sambil bagi jelingan tajam*
hahahahhaa.. kak Eny nak ke macam tiang tu :P
Deleteamboi kak Ain. nak tgk sikit kak Ain wat macma tu >.<
Tak suka orang yang berperangai seperti di atas kalau naik public transport. Rasa nak cubit-cubit je.
ReplyDeletekan. cubit dan sepak hahaha
Deletecubit je? heheheheh... :P
Deleteno.6 paling kc tak sukaa.ceyt
ReplyDeletehahahaha. ke kc tu? eh
Deletehaha, part tiang tu akak tak terfikir nak mention hari tu. memang annoying giler, kita ni tak tau nak pegang mana, pegang jelah sipi-sipi.bak kata Amy, terpegang karang dituduh meraba
ReplyDeletehehehhe.. annoying sangat kan!!! tapi dia sendiri buat salah. nasiblah kalau terkena.
DeleteErmm.. dah bertahun-tahun dah Malaysia merdeka.. metaliti rakyat masih sama..
ReplyDeleteYang pelik nya manusia2 yang berperangai macam ni jenis yang hari-hari naik train juga.. apa ke jakun sannnnggggaaaaatttt.....!! eeee... geram pulak ahkak... :p
hahahahaha.. kan. selalu naik tu paling x boleh belah. kena benda macam tu xley fikir.. taulah penat. abes orang kurang upaya lagilah letih...
Deleteerrr.. okey.. selain Dayah, Amy juga GARANG rupanya..... ehemm..
ReplyDeleteok baiii... :)
hehehehe. kita memang garang. baru tau eh :P
DeleteHee, jarang guna pengangkutan awam sekarang ni..
ReplyDeleteye ke? hehehe.. incik kesayangan dah ada. boleh la naik kete selalu :P
DeleteHari2 akak hadap situasi yg sama..beza ngan oversea..diorang utamakan yg kurang upaya termasuk orang2 tua
ReplyDeleteoh yeah? bagus nya orang oversea. malu kita ni kalo dorang datang malaysia kan
Delete