Ustaz Tak Merestui Hubungan Cinta Kami

Cinta Tak Direstui

https://s-media-cache-ak0.pinimg.com/736x/21/79/35/21793502812c84d93ad9624268564a3e.jpg

10:42 a.m
apartment
letih angkut peti ais


assalamualaikum and hello lads!

sedih bila cinta tak direstui ni kan. lagi-lagi bila ahli keluarga yang tak merestui hubungan cinta tu. tapi ini apa kes pula dengan ustaz? kenapa ustaz yang tak merestui?

ini bukan entri untuk mengaibkan sesiapa. aku cuma nak tahu dari perspektif korang pula, kenapa ada certain manusia berfikiran macam ni. okay. jangan cepat judge ye. meh kita dengar kisah yang akan aku ceritakan.

ada seorang akak senior ni. dia nak berkahwin dengan seorang lelaki. student juga. tapi memandangkan dua-dua masih student, aku rasa kena minta surat pengesahan dari masjid kot. kot lah, aku tak arif bab kahwin masa belajar ni.

masa nak minta kebenaran, tiba-tiba ustaz tu cakap:

"korang ni kenapa nak kahwin awal? ni mesti dah terlanjur ni. saya tak nak lah sign. awak suruh siapa-siapa yang lain sign kan. saya tak nak bersubahat."

masha-ALLAH, aku dengar pun aku boleh terkelu. rasa nak marah pun ada. kenapa mesti fikir macam tu? orang nak kahwin kot. nak BINA MASJID. bukannya minta kebenaran nak buat sumbang mahram. istighfar je kalau aku jadi akak senior tu.

andai kata diorang dah terlanjur (which they are not), apa salahnya kita restu je. diorang nak kahwin. tak nak terus lakukan perbuatan dosa macam tu.

credit to rachelwithdoodles.tumblr.com

ke tanggapan aku salah? andai korang berada dalam situasi tu, korang tak kasi juga ke diorang kahwin?  akak tu bukannya muda pun. dah umur 25 tahun ke atas tak silap aku. hmm.. ni aku kadang-kadang boleh terjudge dengan orang kuat agama ni. don't worry. aku tahu tak semua bersikap macam tu. cuma apa yang biasa aku nampak, memang macam tu lah gayanya.

sebab bila akak senior dengan alhamdulillah, kini lelaki tu sudah sah menjadi suaminya, pergi ke masjid lain untuk minta pengesahan. apa pula ustaz lain ni cakap?

"nak kahwin? alhamdulillah. satu-satu anak Adam nak jauhkan diri dari zina dengan berkahwin."

ha, faham semula apa aku cuba sampaikan. tak semua bersikap macam tu ye.

adios~
 
 
post signature

Share:

35 comments

  1. alahai...xbaik buruk sangka ustaz. ...

    ReplyDelete
  2. ishhh, ustaz tu pun, janganlah berburuk sangka...tak baik tau.... hurmm... eloklah dikahwinkan dari tak terlanjur jadi terlanjur...

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu la. bayangkan kalau diorang lepas tu terlanjur, x pasal2 ustaz tu pun dapat dosa. ish3

      Delete
  3. pemikiran orang lain2... Jangan judge orang. Yang pasti niat murni akak tu di permudahkan bila memohon dari masjid lain dan orang lain.

    Bukan apa, cousin akak student kawin ngan student gak.. family sokong dan di permudahkan urusan perkahwinan tersebut.
    Takde kena minta pengesahan pun. Maybe lain uni lain tatacaranya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hmm tu la. dia nak buat something yang baik. keluarga pun dah restu, tiba-tiba ustaz cakap macam tu. x semena mena rasa down sikit pun ada kan

      Delete
  4. Ntah apa2 lah ustaz tu.. tak baik betul berburuk sangka mcm tu.. mana perginya tinggi nilai ilmu agama seorang ustaz.. wallahualam...

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak tahu apa yang berlaku. agaknya dia trauma ke kot kan. tapi x baik buat macam tu.

      Delete
  5. Ustaz yang pertama tu macam errrrr sikit

    ReplyDelete
  6. alahaii...sian pulak dengan yg nk kawen tuh...nk buat bnda halal pon di salahertikan....kita doakan yg baik2 jer laa utk mereka....

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan. buat salah, kena, buat baik kena, xtau dah nak buat apa.

      Delete
  7. ustaz apa lah tu kan... kalau dia tak kasi.. bg sebabnya elok elok.. tapi betul lah.. buat apa nak halang diorang berkahwin, kahwin je lah walaupun x habis belajar. Bukan belajar kat skolah rendah heheheh

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahaha. kalau sekolah rendah tu lain la kan. sape2 pun xnak. dua-dua dah besar. janganlah buat macam tu. sabar je

      Delete
  8. susah ni main judge dlu.. ustaz pun bukannya ma'sum..

    ReplyDelete
    Replies
    1. sabar je la kan. xtau la apa dia fikir teruk sangat sampai x kasi orang nak kawen

      Delete
  9. heshh . kawen susah tak kawen susah . kawen awal ckp terlanjur. kawen lewat cakap tak laku . yg pelik nye ustaz sndiri mulut laser mcm tu . ustaz ustaz .

    ReplyDelete
    Replies
    1. sabar je la kan. kalau nak melawan, dia orang tua. ish xtahu la kalau dekat tempat akak tu, nak buat apa.

      Delete
  10. kalau diberi peluang nak jugak berjumpa dengan ustaz tersebut.

    ReplyDelete
    Replies
    1. datang je sini lepastu jumpa. kita tahu siapa ustaz tu

      Delete
  11. hummm ada macam macam jenis manusia...dan tak semuanya fikiran baik sangka huu

    ReplyDelete
    Replies
    1. tapi tercemar sikit lah juga kan taraf seorang ustaz tu. x baik tnjuk contoh macam tu

      Delete
  12. la macam tu pun ada,, ujian utk pasangan tu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. macam-macam perangai. hhahaha. adoi, sabar je la

      Delete
  13. first.. nape nak kena minta izin ustaz tu pulak...?

    second.. nape ustaz tu bajet bagussss sangat.....??!!

    haiihhh..emosi plak akak membaca kisah ni..
    kita (walau bukan ustaz ustazah) kena lah bagi tauladan yang baik.. ustaz ustazah apatah lagi.. berhati-hati lah menuturkan kata-kata tu jangan sampai menyinggung perasaan orang dan memburukkan imej muslimin dan muslimah..

    *ewaahhh... nak nasihat kan orang plak.. akak pun tak betul lagi nihh... hehehehee...*

    ReplyDelete
    Replies
    1. hmmm xtau la kak ain. diorang kata mmg kena mnx pengesahan. saya x pasti untuk apa..


      entah la ustaz tu. haish. sabar je la..

      Delete
  14. mungkin ustaz tue sedang beremosi,sebab tue dia cakap macam tue..hehehehe..alhamdulillah dah selamat kahwin

    ReplyDelete
    Replies
    1. heheheheheh mungkin la. anak dia pun nak kawen awal juga kot kan..

      Delete
  15. Ustaz yg pertama telah melepaskan peluang (pahala?) membantu anak Adam mendirikan masjid di sisi Allah..
    Dia seharusnya bersangka baik..

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul. kita membantu orang lain buat apa yang baik, sia2 x dapat pahala. hmm

      Delete
  16. Adoyai ustaz oi..xsemestinya kawin muda2 dah terlanjur bagai..haish, ke situ pulak dia pk..

    apepun, alhamdulillah semuanya dah selamat :)

    ReplyDelete
  17. belum taw apa2 dah buat andaian.. uihhh, tak patot2x

    ReplyDelete
  18. hmm..mmg tak patut, benda baik buat apa dilarang kan

    ReplyDelete

hello dear :) x salah pun baca sambil komen kan.