Viet-Thai Canteen Cyberjaya
10:43 a.mapartment
layan lagu Pitch Perfect 2
assalamualaikum and hello lads!

Jumaat lepas aku dengan member aku, Izyan pergi buat food review di Viet-Thai Canteen Cyberjaya. kesian kawan aku. terpaksa ambil aku di Uniten dulu lepas tu ulang semula ke Cyberjaya. rupanya pejabat dia dekat je dengan Viet-Thai Canteen Cyberjaya tu. haha.
ini tempat dia. dia macam tersorok sikit. tapi bab parking memang banyak. tak ada masalah pun. parking lah dekat mana-mana area Viet-Thai Canteen Cyberjaya tu. kami sampai sana lebih kurang pukul 8:10 malam.
sampai sana tak ramai orang pun. aku rasa pasangan tu macam aku juga. blogger. haha. kami disambut dengan waiter yang malu-malu kucing dan mesra. maybe sebab kami perempuan kot..
Vietnamese Rice Paper Roll.
tahu tak apa yang bestnya Vietnamese Rice Paper Roll ni? ha, kita buat 'popia' sendiri weyh! syok gila. hahahahaha. ini pun di guide oleh waiter di sana. kalau aku buat sendiri tanpa bantuan, confirm lah fail!


CARA PENYEDIAAN
mula-mula dia akan kasi Vietnamese Rice Paper Roll . then, kita basahkan Vietnamese Rice Paper Roll tu. jangan basah sangat. sebab nanti dia jadi lembik, langsung melekat terus dekat daun pandan tu. asal lembap lembap sudahlah. lepas tu isilah ingredients apa yang korang nak. ada ayam, ada udang, ada sayur-sayuran macam lobak merah, timun dan macam-macam lagi.

![]() |
khusyuk member aku buat. hahaha |


cicah dengan sos dia. pergh, sedap sangat! rasa masam, manis, masin. semua ada.
kenapa dia suruh kita yang buat? sebab masing-masing ada taste dia sendiri. ada yang tak suka sayur banyak-banyak. ada yang suka banyak melimpah ruah. ada suka ayam je. ada tak boleh makan udang. betul tak? ha, kan senang buat sendiri.
Green Papaya Salad
okay. hidangan Green Papaya Salad ni sebiji macam kerabu. apa kelebihan dia? dia ada serai. memang ada rasa serai. tapi tak kuat sangatlah. so boleh makan. aku bukan penggemar serai. rasa dia pedas-pedas sikit.

FACT : waiter tu cakap orang Vietnam tak berapa minat makan pedas. tapi di Viet-Thai Canteen Cyberjaya, dia tambah sedikit cili api so biar kena dengan tekak Melayu. Thorbaik.
Pandan Chicken Parcel, Hatyai Fried Chicken Wing dan Thai Fish Cake
ini paling sedap!! okay, semua makanan dia hidang sangat sedap. yang Pandan Chicken Parcel tu sangat-sangat menggoda hati!! dia pakai dada ayam sebab cepat sikit masak. ambil masa 2 jam tu. uuu..

Hatyai Fried Chicken Wing ni rasa macam ayam goreng kita selalu makan tu. Thai Fish Cake dia dicampurkan dengan herba. sedap sangat sangat!! tapi ada satu ketul je. tak puas pula makan. hahahaha.
Vietnam Beef Noodle Soup, Vietnam Chicken Noodle Soup dan Siamese Laksa




Siamese Laksa dia bukan pakai ikan kembung atau ikan tongkol. tapi dia pakai ikan Tuna. ha, jangan main-main. ikan Tuna tu. tapi rasa dia macam tak kena dengan tekak aku. aku lebih suka laksam. hehe.
Vietnamese Grilled Lemongrass Lambchop dan Vietnamese Grilled Lemongrass Chicken Leg.
kalau nak kenyang, ambillah Vietnamese Grilled Lemongrass Lambchop atau Vietnamese Grilled Lemongrass Chicken Leg. sebab ada nasi. not bad juga rasa dia. ada rasa serai-serai juga. basic Vietnam memang serai.

![]() |
maaf. hp aku tak lawa ambil gambar gelap. so, terpaksa pakai effect |
asyik makan je, air tak ada ke? of course lah dia hidang air juga. mau tercekik aku sumbat semua makanan dekat situ. hahahahahahahaha.
Iced Lemongrass Pandan Tea
alamak, air dia memang rasa serai sejati. aku tak mampu nak habiskan. siapa suka serai, boleh lah try Iced Lemongrass Pandan Tea dari Viet-Thai Canteen Cyberjaya ni.
Vietnamese Hot Coffee with Milk dan Vietnamese Hot Black Coffee
pergh. air kopi dia terbaiklah! aku tak berapa suka manis-manis sangat. aku suka Vietnamese Hot Black Coffee tu. memang kaw. umpph. kalau nak mild, boleh ambil Vietnamese Hot Coffee with Milk tu. sedap juga. tu aku kasi kawan aku habiskan.





Thai Iced Milk Tea
rasa macam teh ais lah. rasa apa lagi. sedap!! semua aku kata sedap. hahaha. ada tau aku cakap tak kena dengan tekak. cuba baca betul-betul.habis je makan, memang buncit peruk mak. hahahahaha. sedap semua makanan dia. memang aku puas hati sangat-sangat.

suasana dia sangat santai. meja panjang. kalau makan dengan family syok la. boleh makan rama-ramai. disebabkan dia berada di kawasan kedai di belakang, so tempat dia sangat senyap. or maybe aku pergi waktu malam masa tu.










KHAS UNTUK STUDENT
untuk para pelajar yang nak makan di sana, rajin-rajinkan diri bawa ID korang ye. ada diskaun untuk pelajar. murah sikit lah. kita student ni mana mampu makan mahal-mahal.
BULAN RAMADHAN
bulan Ramadhan ada set-set tertentu yang akan disediakan.


dekat mana nak pergi Viet-Thai Canteen Cyberjaya ni? cuba tengok maps aku kasi.
untuk makluman lanjut, boleh layari:Facebook Page : Viet-Thai Canteen CyberjayaNo telefon: 03-8322 6986Alamat: No. 6, Block E, Jalan GC 4 Glomac Cyberjaya, Cyber 12Cyberjaya
siapa teringin nak ke sana, and nak dapat diskaun. sila email aku. aku ada voucher banyak ni!
adios~
adios~

akak suka dengan popia vietnam..memang sedap...
ReplyDeletewahhhh , tak pernah rasa lagi . Tapi penakut nak rasa ...
ReplyDeletenampak sedap sangat ni...adoi...sampai ke cyberjaya tu! ni yg lemah lutut nak g ni..hihihi...
ReplyDeletenak voucher tu! *muka comel*
sallysamsaiman@yahoo.com
Pandan chicken parcel tuh nampak sedap kot..hehe..
ReplyDeleteheee.. ada feeling2 cam kat Vietnam tak..??
ReplyDeletealaaaa...amy nak nak voucher tu!!! kita memang teringin sangat nak pekena vietnamese rice paper roll nihhh... heheh.. plisssss (:
ReplyDeletebtw, banyakkknyaaa makan.... hahahaha, lapar pulak tengah memalam ni. hoho
ReplyDeleteBanyaknya makanan yang dicuba! Semua pun nampak sedap :D
ReplyDeletewah ! bestnyer
ReplyDeleteWah, makanan dia mcm best je...ayam pandan..sedapnya :)
ReplyDeletesedapnyaaaaaaaaaa!! kak eny pun suka viet food!
ReplyDelete