7 Jenis Roommate di Universiti

Jenis Roommate di Universiti

10:03 a.m
apartment
menyampah

assalamualaikum and hello lads!


haish. harini menguji kesabaran sungguh la. rasaya tak perlu lah bagitahu dekat sini kan. aku dah habis mengadu dekat akak-akak dan kawan-kawan EFG aku. haha. dah redha sikit rasa marah. point aku nak bercerita pasal jenis roommate ni bukan nak mengaibkan sesiapa. tapi aku nak tunjuk dekat korang, masa nilah kesabaran korang akan teruji. serious aku kata. hidup kita dekat asrama dulu beza dengan hidup sebagai roommate/housemate dekat universiti.


apa antara jenis roommate yang annoying ni? meh kita tengok.

http://38.media.tumblr.com/tumblr_m7lj6dq3vU1qfabvg.gif
credit to college-probs.tumblr.com

1. Roommate Tak Reti Buat Kerja


credit to www.rent.com

mesti akan ada yang manja. manja ni tak apa. sebab biasanya ni anak bongsu. tapi ada je anak sulung manja. tapi kalau manja tak reti buat kerja, ini menahan kesabaran namanya! bila disuruh buat kerja sikit, dia mula mengelat. kadang-kadang benda simple pun dia tak akan buat. macam apa? baju dia biar letak merata-rata. sampah dia tak buang. lampu tak tutup bila dah pakai.

kadang-kadang diorang memang suka biarkan je. sebab apa? sebab dia rasa benda tu tak mengganggu orang lain. padahal kita yang memang neat freak ni sangat terasa. sangat tersentap. hahaha. yes, akan ada roommate macam ni.

2. Roommate Pelupa


ni pun parah juga. kadang-kadang dia lupa ada exam. kadang-kadang dia tertinggal handphone dekat rumah. kadang-kadang nak minum air pun sampai kena pasang alarm. wujud ke? ye , wujud. kalau tak wujud, aku tak buat entri ni.

hidup universiti

kalau melibatkan diri sahaja, tak apa. cuba kalau ada assignment kena buat sama. kita punya dah habis nak hantar dah, dia boleh lupa nak siapkan. sebab dia duduk sibuk buat benda lain yang tak berfaedah.

3. Roommate Menyendiri


kalau ada roommate macam ni, dalam hati aku satu benda je.

"ni kalau dia mati dalam bilik pun aku tak tahu."

nampak kejam kan. tapi itu hakikatnya. bayangkan kalau selalu menyendiri. kita tak tahu dia ada dekat bilik ke, dia dah keluar pergi kelas, dia tak pernah masuk bilik langsung ke sebenarnya. sekali kalau dia sakit pengsan semua, kita tak tahu. ha kan dah susah. siapa nak tolong??

hidup universiti
credit to mrloy.tumblr.com

at least berkenalan lah dengan housemate lain. kalau nak balik kampung pun, inform la. at least kalau jadi apa-apa, kami tahu. kalau berlaku kes, polis cari housemate juga tau. apa kami nak jawab? bukan kami yang salah.

4. Roommate Tak Ada Common Sense


apa maksud tak ada common sense tu? macam ni.

kalau tahu tengah masak tu, bukalah tingkap.

kalau tahu dah lepas guna iron tu, tutuplah suis. kau nak satu bangunan terbakar ke?

kalau dah tahu lepas mandi tu, tutuplah lampu

kalau dah tahu rumah pernah kena kecurian, simpanlah laptop tu. jangan duk tayang depan pintu utama.

kalau dah tahu baju dah lama pakai, basuhlah. perempuan kot.

kalau dah nampak ada sepah dekat mana-mana, sapulah.

hidup universiti
credit to spoilednyc.com

tapi ada juga orang tak ada common sense ni. tak tahulah apa dalam fikiran dia sebenarnya. aku tak boleh nak faham orang fiil macam ni. pelik. dia rasa macam semua benda akan ada orang buat tau. kata rumah sama-sama, kenalah tolerate. kami bukan M.A.I.D kau.

5. Roommate Obses


ha. ni paling best. hahahaha. akan ada sorang roommate yang obses dengan something. contohnya dia sangat minat korea. sampaikan dia boleh berbahasa Korea. akan ada minat Hindustan macam aku. wakaka. akan ada minat stripe. akan ada minat kasut sampai berderet kasut dia dalam almari tu.

6. Roommate Sekepala


yes. ini kadang-kadang jarang berlaku. tapi kalau dah dapat sekepala. memang ke mana korang berdua je la. hahahaa. kadang-kadang terpakai baju sama warna. kadang-kadang fikiran sama nak keluar makan burger. kadang-kadang rasa nak gosip pasal orang sama. ini memang best.

hidup universiti

7. Roommate Neat Freak


aku boleh jadi neat freak sometimes. segala benda aku nak bersihkan. tapi kalau sampai tahap pemalas tu datang, memang rumah bersepah pun aku buat donno je. hahaha. tapi ada jenis neat freak yang segala benda dia tak boleh tengok kotor. bagus ada roommate macam ni. tapi janganlah ambil kesempatan dekat dia pula.

hidup universiti

ada banyak lagi jenis sebenarnya. kuat gosip, bercakap tak berhenti, itu korang akan alami sendiri masa dah masuk universiti. bukan nak kata scary. tapi hidup memang macam ni. kalau dari kecil tak reti berdikari, memang susah nak terima. itu lah orang kata culture shock. haha. ye ye je kau ni Amy.

yang penting benda macam ni banyak mengajar kau erti kesabaran dan kematangan. mungkin ada hikmahnya. memang ada hikmah untuk aku. aku dulu sangat panas baran. pantang salah sikit, tangan aku sangat cepat naik. tapi bila dah masuk universiti, aku mula tabahkan diri. kawan-kawan rapat je jadi tempat mengadu.

tapi kita pun ada perangai pelik sendiri. kita ni neat freak ke, kita ni perfectionist ke, kita ni pemalas tahap dewa ke. selagi dia boleh terima perangai kita, kita terima perangai dia. tu prinsip aku dulu. tapi kalau rasa benda tu patut ditegur, tegurlah. jangan sampai makan diri.

okay tu je.

prank kawan
credit to thegoodlifeoncampus.tumblr.com

adios~
 
post signature

Share:

9 comments

  1. akak roommate yang nombor 7..hahaha.serius, roomate tak basuh baju, akak yang rimas..tapi so far,alhamdulillah bekas roommate semuanya OK.gaduh sikit-sikit tu biasalah

    ReplyDelete
  2. Hampir 4 tahun tinggalkan dunia universiti. Masa belajar dl, roomate berganti-ganti. Rasanya semua yg diatas kot dah jumpe.

    ReplyDelete
  3. memang la roommate yg dtg tu [elbagai mcm. semasa 4 thn dok di kolej kediaman 3 dan 7, Universiti Malaya memang mcm2 perangai roommate abe kie. Mujurlah dpt sabar..Cuma roommate masa 1st year di Kolej 7 tu je yg abe kie masih keep in touch. Maklumlah dia tu sepupu Norman Hakim!

    ReplyDelete
  4. ni akk pun ada pengalaman..time nih la kita jmpe mcm2 org...sabor jela kn...macam2 perangainya

    ReplyDelete
  5. roomate xde common sense paling biasa akk rasa.... org semua akn ada roomate camnie...masa akk dulu, roomate akk punyala xde common sense, mak akk dtg, tumpang solat... rumate akk tgh tgok movie ke apentah, kuat giler, dia xslow kan pon, walaupun org tgh solat... common sense tertinggal kt manentah xtaulah...hahahahah

    ReplyDelete
  6. Memang macam macam perangai roommate. Cuma belum bertemu roommate yang kena hentak sebab malas

    ReplyDelete
  7. Cik Mimie dulu dapat roomate sekepala..memang best giler...heheh..

    ReplyDelete
  8. hahaha dalam banyak2 ni akak x penah dapat roomate yg neat freak n menyendiri.. yg lain semua pernah..
    since dlam rumah hostel tu akak paling tua jadi adik2 x brapa brani nak lawan.. so kalo buat jadual cuci toilet mmg akan ikut..
    masak usually akak yg masak.. budak2 tu semua xleh caya hahaha.. even goreng telur pun kang jerit nama akak..
    so kami tong2 beli barang then akak je masak..

    ReplyDelete
  9. Instead of judging my roommate, saya nak nilai diri saya sendiri. Saya ni macam gabungan beberapa jenis roommate di atas. hehehe

    ReplyDelete

hello dear :) x salah pun baca sambil komen kan.