#Cabaran20Hari | Kenangan Terawih Duit Kena Curi

Kenangan Terawih


3:11 p.m
apartment
bosan
assalamualaikum and hello lads!

apa khabar semua? minggu ni aku tak aktif blog sebab busy yang amat. nak blogwalking pun malas sangat-sangat. since ada masa ni, jom teruskan #Cabaran20Hari okay.
 
Kenangan Terawih aku apa? duit kena curi. hahahaha sabar je hidup. masa tu aku baru berumur belasan tahun. aku tak ingatlah. tapi aku naif dulu kan. pergi letak duit dalam beg. lepastu beg letak kat belakang sekali. aku pergi solat dekat saf depan.
habis je terawih, terus cek beg. tengok-tengok duit dah tak ada! ish sabar je hidup. ni mesti budak-budak yang duk mengorek beg orang ni. memang aku haramkan duit tu ye budak-budak. ceh, padahal masa tu aku budak juga. 
benda ni memang aku tak ceritakan dekat nenek aku lah. mau kang aku yang kena ceramah balik dengan nenek aku. hahaha. sejak tu, ke mana sahaja, beg aku akan sentiasa di sisi. even dalam beg hanya ada RM1. zaman gawat ekonomi ni RM1 dah cukup berharga juga tau.

http://pakarcinta.com/blog/wp-content/uploads/2011/08/299594_196583227077596_104059876329932_461915_753836719_n_large.jpg
credit to pakarcinta.com
2nd pengalaman terawih masa aku dekat MRSM dulu. kalau nak tahu, surau dekat mrsm kami tu memang panas yang amat. lagilah kami yang pakai telekung. lepas tu ramai-ramai duk kejar saf depan sebab saf depan je dapat kena kipas. hahaha. sabar je. susah kalau tempat tak selesa, orang jadi tak khusyuk weyh. 

ha itu je lah pengalaman terawih aku. tak ada benda menarik pun kan.

adios~
 
 
post signature

Share:

6 comments

  1. hehehehee... bab berebut saf depan sebab ada kipas tu memang best...!!
    kak ain dulu AJK Surau kat asrama, so memang tak payah rebut2.. diberi keutamaan.. kehh kehh kehh.. :p

    ReplyDelete
  2. hesh . raya2 pon buat kerja jahat . apa la . kesian kat orang

    ReplyDelete
  3. Kat masjid lah bnyk budak2 nak curi hhmm.. tak taulah kan..

    ReplyDelete
  4. hahahah biasalah kalau berebut nak saf dekat kipas ni.. nasib saf depan.. cuba kalau saf belakang yg kena kipas.. x ke pelik saf depan kosong hahahahah

    ReplyDelete
  5. eemm.. masih ada yang panjang tangan.. di surau/masjid pulak tu..

    ReplyDelete

hello dear :) x salah pun baca sambil komen kan.