Tetamu Raya yang Ditunggu
11:23 p.m
apartment
dengar lagu Raya sambil buat FYP
assalamualaikum and hello lads!


Tetamu Raya Paling diTunggu-tunggu
okay. ini macam susah. hahahahaha. tapi aku rasa aku tahu siapa aku nantikan. saudara aku dari Klang dan saudara belah arwah abah aku. mereka memang aku nantikan. sebab lebih meriah.
selalunya raya ketiga, kalau tak family besar kami ke Klang ataupun orang dari Klang yang datang ke sini. kami ni macam hidup satu kampung, semua bersaudara. faham tak maksud aku? macam rumah aku ni, satu kawasan family aku. satu lorong tu ada makcik (sepupu ummi), ada nenek saudara. lorong sebelah nenek saudara juga. lorong lagi satu pun nenek saudara.
kira kes sama dengan kat Klang. kelompok situ juga. senang parkir satu tempat. lepas tu jalan kaki je berjalan raya. tapi honestly, even rasa teruja menunggu kedatangan mereka, aku malu juga nak bersembang dengan dua pupu aku. maybe sebab diorang ramai lelaki kot. hahaha.
kalau saudara belah arwah abah memang aku rapat. mula-mula je awkward, lepas tu dah kamcing balik dah. aku paling tua, so kenalah start juga kenal-kenal balik.
![]() |
credit to family-quotes.tumblr.com |
kawan-kawan? maybe kawan MRSM datang konvoi, mereka juga antara tetamu yang aku tunggu-tunggu semasa Raya nanti. kawan-kawan yang aku sayang. even dah lama tak jumpa pun, sekali dah bersua, terus pot pet pot pet bersembang tak ingat dunia. haha. teringat reunion semalam. okay tu je.
![]() |
credit to gallifreyan.tumblr.com |
adios~

Pasti meriah dengan kehadiran saudara mara yg dah lama x berjumpa....serta rakan seangkatan yang baik2
ReplyDeleteSekali sekala berkumpul ramai ramai memang best :D
ReplyDeletealaaaa tak nak ajak kekny dtg beraya umah ke hehehehehhe
ReplyDeleteJadi happening bila rumah mak ayah kita jadi tempat pertemuan keluarga besar adik beradik sepupu sepapat.. ;)
ReplyDelete