Gabbar is Back | Movie Review

Gabbar is Back Movie Review

10:48 a.m
apartment
bosan

assalamualaikum and hello lads!

 

Sebelum aku bercerita lebih lanjut mengenai filem Gabbar is Back ini, aku nak bertanyakan satu soalan. sila jawab dengan jujur. Dalam banyak-banyak negara di dunia, negara manakah yang tak ada corruption? haaa...

aku tak pastilah sebenarnya sebab aku tak search thoroughly pasal tu. satu cara nak tahu negara tu ada berlaku corruption atau tak, tengok filem yang diorang buat. US banyak, Malaysia of course ada dan apa yang bakal aku ceritakan di sini ialah corruption yang berlaku di India. Kadang-kadang sampai takut nak travel ke India. hahahahaha.

Ha, di sinilah Gabbar is Back punya cerita bermula.

credit to www.ibtimes.co.in

OMG! cerita pasal CORRUPTION? best ke? ada tak yang fikir macam ni? macam tak best je kan? that was my first thought bila aku tengok filem dia. Tapi aku takkan suka-suka share kalau filem tu tak menarik perhatian aku. So, try layan dulu review aku ye baru korang menilai sama ada best atau tak.

Filem Gabbar is Back dilakonkan oleh Akshay Kumar dan Shruti Hassan. AKsyah adalah Gabbar. Tapi tak semua orang tahu siapa Gabbar ni. diorang pernah nampak tapi tak ada maklumat mengenai dia. Gabbar sangat ditakuti oleh semua pihak yang corrupted.

Kenapa diorang takut sangat ni? sebab gabbar akan culik sorang-sorang corrupted people yang ada di kawasan itu seperti politician dan collector. aku tak pasti collector tu apa. anyone can elaborate? Dan apa dia buat? Dia akan gantungkan mamat tu dekat mana-mana je dia nak. Tugu negara ke jambatan tinggi ke, wherever he wants! asalkan mayat tergantung tu disaksikan oleh semua orang.

Lama-lama corrupted people ni rasa gerun dan bagitahu everything apa yang diorang dah lakukan kepada pihak polis, sebab apa? sebab diorang tak nak kena bunuh macam tu and at the same time dapat protection daripada pihak polis.

Korang rasa polis mampu ke protect orang macam ni? itu jawab dalam hati sahajalah eh. unless polis pun corrupted, memang nasib kaulah jah. Ada satu masa memang Gabbar culik polis-polis kotor ni. Padan muka!

credit to movies.ndtv.com

Tapi apa punca Gabbar buat semua tu? Nama sebenarnya adalah Adi. Dia dulu tak macam ni. Dia orang biasa sahaja dan jatuh cinta pada seorang gadis (Kareena Kappor, special appearance). Tapi satu tragedi merubah segala-galanya. Membuatkan dia tekad untuk membunuh seorang lelaki berkuasa bernama Vijaypatil. Aku pun menyampah dengan lelaki tu. Nanti korang tahulah kenapa.

Filem Hindustan tak best kalau tak ada heroin kan? hahahaha. Tapi scene romantik tak banyak mana pun dalam filem Gabbar is Back ni. Shruti pernah berlakon dalam filem Yevadu dan Ramaiyya Vastavaiyya. aku ada buat review dua-dua pasal filem ni.

http://www.moviesdhamal.com/wp-content/uploads/2015/05/gabbar-is-back-first-day-collection.jpg
credit to www.moviesdhamal.com

Then, apa jadi? Berjaya tak Gabbar bunuh Patil? Berjaya tak dia escape lepas dia dah buat kesalahan macam ni dari pihak polis? Itu semua tengok sendiri okay!

Bagi aku, filem Gabbar is Back ini memang not bad lah. aku boleh layan dari awal sampai habis. Filem ni membuatkan aku berharap ada lelaki dekat Malaysia ni perangai macam Gabbar. hahahahaha. Nyahkan semua politician atau siapa-siapa yang corrupted. Buat semak je. Cuma CGI dia very very bad. nampak sangat fake. kalau nak dicomparekan dengan US lah.

okay tu je. jangan lupa layan filem ni okay! :) ada subtitle dalam trailer ni.



adios~
 
You see..karma cannot be bribed
 
 
 
post signature

Share:

7 comments

  1. buat akak teringat filem Tamil ' Shivaji the Boss'.

    frankly speaking, takde negara dalam dunia yang tak corrupt.bohong sangatlah tu..haha

    ReplyDelete
  2. fuhh..!! fuhhh...!!
    menarik review Amy ni.. rasa mcm nak tgk sekarang juga... hehehehehe..
    Akshay K nampak lain la.. rambut baru.. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. pergh geng hampa no..minat hindustan

      Delete
  3. I am wishing that someone will be here soon. Nak patahkan corruption secara terang-terangan, memang senang je kena halang. Kena buat secara halus la nampaknya - tak dikenali tiba-tiba dah terexposed corruption seseorang sampai orang tu tak dapat nak cover balik. Tapi tak sampai membunuh lah :D

    ReplyDelete
  4. Eh, macam best je cerita ni.. kena tgk nanti..

    corruption rasanya semua negara ada kot..

    ReplyDelete
  5. klu daddyG donlod boleh le titew tengok

    ReplyDelete

hello dear :) x salah pun baca sambil komen kan.