Gathering Ifthor 2nd Batch MRSMKB .:Flaming Steamboat Buffet:.

Flaming Steamboat Buffet Ramadhan

4:37 p.m
apartment
baru bangun tidur. pagi tadi tidur pukul 2 pagi.

assalamualaikum and hello lads!

http://29.media.tumblr.com/tumblr_m1drelPVOA1qhsj2do1_500.png

kalau perasan, aku punya blog asyik bertukar rupa je kan? tak perasan? tak apa. tak ada masalah. siapa dah biasa kenal aku, memang tahu sangat perangai aku ni.



okay, sambung pada entri mengenai Gathering Ifthor, pada mulanya cadangan ni diutarakan oleh sahabat kami merangkap Ex BWP dekat MRSMKB dulu. katanya nak buat gathering. aku dengar ada reunion macam ni, lagi-lagi budak MRSM, memang confirm aku nak pergi! cuma tinggal cari member nak pergi sama je.

lepas dah bincang punya bincang, aku akan pergi ke sana bersama Senah dan Ekin. kami bertiga naik kereta Ekin dari KTM Rawang. nasib baik family pakcik aku duduk dekat Rawang, so senang minta sepupu aku hantarkan ke KTM Rawang.

sampai sana lebih kurang 4 petang. rupanya Remy pun nak follow sama cuma dia naik motor. aku tak pasti maksud follow dia sebab last-last kami ke mana, dia pun ke mana. hahahaha.

TIKET PARKING


akhirnya lebih kurang 30 minit kemudian, kami sampai ke Danau Kota. dekat sangat deretan kedainya dengan KL Festival City. nak masuk parkir macam nasib je weyh dalam tu. dia kena ambil tiket parkir dulu, dah nak balik baru bayar.

kalau atas 6pm, RM1 sekali entri. kalau bawah pukul 6pm, kena bayar ikut jam rasanya.

bayar dekat mana? naik je kereta, dah nak sampai dekat kaunter nak keluar tu, akan ada orang berdiri suruh bayar tiket.

lepas dah mencari punya mencari, dapat tempat. alhamdulillah. tapi alahai, baru pukul berapa. takkan nak melongo dekat kedai makan. mahu kebulur tengok. baiklah kami berjalan dekat Mall sementara.

akhirnya dah nak dekat berbuka, kami gerak semula ke Flaming Steamboat Buffet. besar tempat dia. dia ambil tiga kedai terus. kami makan dekat luar. sebab kami ramai kan. lebih kurang 30 orang rasanya masa tu.




sampai je, jumpalah member-member yang dah lama tak jumpa. syoknyaaaa!! memang masa tu aku sentiasa tersenyum atau ketawa je. hahahaha. bukan senang nak jumpa. ada yang study jauh. ada yang dah kerja. sambil-sambil sembang, ulang-alik ambil makanan dekat dalam kedai.

betterlah ambil awal sebab takut tak sempat and dah habis. ada je stok dia cuma kena tunggulah. ramai lah juga dekat kedai tu. beratur panjang. sebab nak pilih makanan mentah apa yang kita suka kan.

ada air bandung, air laici, air kosong dan air bikarbonat


memang ada macam-macam jenis makanan dekat situ. kalau rasa tak nak ambil seafood ke dulu, boleh ambil makanan yang dah bergoreng. macam fishball, nasi goreng, kentang goreng dan seangkatan dengannya.


SOLAT di Flaming Steamboat Buffet


kalau nak solat Maghrib dekat situ kan memang susah. sebab kena gilir-gilir lelaki dah perempuan. surau bukan main kecik ha. 3 lelaki dulu, lepas tu 3 perempuan. memang taklah aku menunggu.

MAKANAN di Flaming Steamboat Buffet


makanan dia not bad lah. dah nama steamboat. buat sendiri lah kan. ada macam-macam jenis sambal disediakan. pilih je mana korang nak. biasalah. memang akan buat macam ni. sebab masing-masing taste berbeza.


sambil merebus tu, jangan lupa tutup api. kalau tak hangit macam kami punya. hahahahhahahahaha~


makanan dia sangat variety. so, tak ada masalah nak pilih. cuma ambil masa, tamak punya pasal. so, sebab tu beratur panjang. wakakaka.

HARGA di Flaming Steamboat Buffet


harga dia boleh tahan lah affordable untuk student macam aku ni. sempena Ramadhan Buffet, dia kasi promosi RM32.50. kalau nak SAHUR dekat situ pun boleh sahaja. tak ada masalah. harga sama ke? mestilah tak. siapa suka makan banyak time pagi-pagi buta. hahaha. kalau untuk sahur dalam RM18.50 sahaja.



lepas dah puas ber round demi round makan. akhirnya kami terlantar dekat situ. hahaha. sambil bersembang-sembang. oh, ada member dah kahwin rupanya. tak tahu pun. haha. ada yang bakal kahwin hujung tahun ni in shaa ALLAH katanya. 

then, bergambar! rasa sayu nak tinggalkan. tapi nak buat macam mana. aku kena balik awal. member aku pun ada kena balik awal sebab esok dia kerja. akhirnya, masing-masing berundur diri dan in shaa ALLAH semoga kita berjumpa lagi :)






geng 506. dari kiri Nani, Ekin, Nash, Aku, Senah, Put dan Remy. belakang tak ada kaitan
 
dekat mana tempat dia. meh sini tengok
 
 
 
post signature

Share:

5 comments

  1. ok..ok..ok..sedap...sedapp...sedap..sedapp.

    ReplyDelete
  2. bestkan dpt reunion dgn kwn2 sek dulu? abe kie last buat reunion 5 thn lps...

    ReplyDelete
  3. best nya dapat jumpa kawan2..mesti meriah masa sembang kan..makanan..i likeeee
    rajinnya amy tukar wajah blog..keep it up

    ReplyDelete
  4. terliur weyh..huhuhu.nanti lepas raya nak gi.tak best plak kat part nak solat susah tu..huhu

    ReplyDelete
  5. best best makan sini.. kalo datang kena time perut kosong.. xleh makan baru bleh enjoy kat sini..
    jap korang apsal nampak matured sngt2 ni ? hahaha.. nampak cem semua da dewasa benar.. hehe..

    ReplyDelete

hello dear :) x salah pun baca sambil komen kan.