Hukum orang Berpuasa Menghadiri Rumah Terbuka

Hukum Orang Berpuasa Menghadiri Rumah Terbuka

3:51 p.m
rumah
raya kedua

assalamualaikum and hello lads!

http://3-s.my/wp-content/uploads/2014/08/enam-hari-bulan-syawal.jpg

alhamdulillah. dah masuk raya kedua pun kan. ini masih schedule post. ada ke yang sudah start berpuasa enam? ada? alhamdulillah. nenek aku suka puasa enam ni. tapi masa kita duduk berpuasa tu, tahu ke apa segala hukum yang patut kita pelajari?


contohnya, apa hukum orang puasa kalau dapat jemputan pergi rumah terbuka? kena pergi ke tak? tapi kalau tak pergi, tak manis pula kan? tapi sayang pula nak tinggalkan puasa enam. alamak, macam mana ni?? !!

Kita kena ingat, puasa bukanlah tiket untuk serta alasan untuk kita tak pergi jemputan rumah terbuka orang lain. Ibnu Umar Radhiallahu ‘anhuma contohnya, masih juga pergi ke majlis tu walaupun sedang berpuasa.

"Jika dijemput seseorang daripada kamu ke (majlis) jamuan maka hendaklah dia memenuhinya. Jika dia sedang berpuasa maka doakanlah tuan rumah itu, dan jika dia tidak berpuasa maka hendaklah dia makan.” 

- Hadith riwayat Imam Muslim

http://38.media.tumblr.com/tumblr_llr5tbzp9F1qafsat.gif

So maksudnya, walaupun korang berpuasa, korang kenalah pergi juga rumah orang tu. tapi tak diwajibkan untuk makanan yang dia hidangkan. unless puasa yang sedang dikerjakan itu adalah puasa fardhu seperti puasa Qadha Ramadhan atau puasa nazar, maka haram untuknya berbuka. Cukuplah sekadar hadirkan diri ke majlis dan mendoakan kebahagiaan, keberkatan serta keampunan kepada tuan rumah dan tetamu yang ada di situ.

Tapi kalau itu adalah puasa sunat, maka dia dibolehkan untuk berbuka. lagi-lagi kalau tuan rumah tersinggung sebab kita tak makan. Sunat tau berbuka. Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam pernah menyuruh orang yang sedang berpuasa sunat supaya berbuka dalam majlis jamuan makan, Baginda bersabda:

"Saudara kamu menjemput kamu dan bersusah payah untuk kamu." Kemudian Baginda bersabda lagi kepadanya: "Berbukalah dan berpuasalah pada hari lain sebagai gantinya jika kamu mahu.”

- Hadits Riwayat Imam al-Baihaqi

Tapi kalau tuan rumah tak terasa sebab kita sedang berpuasa, maka seeloknya kita teruskan sahaja puasa kita sampai tiba waktu berbuka. Kalau dia nak berbuka juga, dia takkan dapat pahala tadi. tapi kalau dia berbuka kerana keuzururan, contohnya macam tuan rumah ajak berbuka, maka dia dapat pahala walaupun amalan puasanya tidak sempurna.

sumber: Mufti Brunei
 
 
 
 
post signature

Share:

14 comments

  1. alhamdulillah, informasi bermanfaat kepada semua yang mungkin terlupa :)

    ReplyDelete
  2. baru dapat puasa ganti sehari..sebolehnya akak elakkan puasa di hujung minggu..buat ganti dulu, so orang tak boleh suruh berbuka.

    ReplyDelete
  3. as salam. sebaiknya plan hari2 yg kita nk posa enam tu. jgn bertindih dgn hari2 org buat umah terbuka iaitu sabtu n ahad...mcm abe kie esok x posa sbb ada sambutan hari raya peringkat sekolah. Alah, 3 minggu lg la boleh posa...ada byk masa gitu!

    ReplyDelete
  4. perkongsian yang bagus.. tq... :D

    ReplyDelete
  5. menghadiri jemputan tu wajib jika mampu kan.. klu puasa sunat, kita seeloknya berbuka..

    ReplyDelete
  6. terima kasih atas perkongsian.. :)

    ReplyDelete
  7. akak kalo tahu lebih awal ada open house insyallah xkan puasa lah..
    kalo dah puasa ttb dijemput nak buat cem mano kan.. hehe..

    ReplyDelete
  8. wahhh baru akk tahu...thanx amy for sharing :D

    ReplyDelete
  9. Okey baiklah Amy...bagus perkongsian ni

    ReplyDelete

hello dear :) x salah pun baca sambil komen kan.