Kelebihan Puasa Enam
assalamualaikum and hello lads!
memandangkan Ramadhan sudah berlalu, rugi siapa yang tak penuhkan bulan mulia dengan amalan ibadah kan. tapi sekarang dah masuk bulan Syawal pula, ada tak amal ibadah yang boleh kita teruskan? masa ni lah nak ukur sejauh mana bulan Ramadhan memberi kesan pada jiwa kita. adakah kita buat baik pada bulan baik sahaja? atau kita memang berniat untuk berubah terus.
kalau bulan Ramadhan ada solat terawikh, ada malam lailatul Qadr. bulan Syawal ada apa? ha, bulan Syawal ada puasa enam. mesti kita semua pernah dengar pasal ni kan.
Erti Puasa Enam
puasa enam bermaksud puasa enam yang kita lakukan secara berturut-turut sebanyak enam kali di bulan Syawal.sunat dilakukan secara berturut-turut. bermula dari 2 Syawal. ye lah, 1 Syawal kan macam-macam kita nak makan. hahahaha. kalau tak dapat buat masa 2 Syawal pun, boleh dibuat berselang-seli dan hanya dibuat pada bulan Syawal.
jangan tak tahu, walaupun puasa enam ni hanya makan sebanyak enam hari sahaja, tapi ganjaran dia sangat besar tau!
"Sesiapa yang berpuasa pada bulan Ramadhan, kemudian diikuti dengan puasa enam hari pada bulan Syawal, adalah (puasanya itu) seperti puasa sepanjang tahun"
- Hadits Riwayat Imam Muslim
dia diibaratkan seperti berpuasa sepanjang tahun! ha, tak ke best tu. masha ALLAH banyak pahala dapat.
“Berpuasa sebulan (di bulan Ramadhan itu disamakan) dengan sepuluh bulan berpuasa dan berpuasa enam hari selepasnya (di bulan Syawal disamakan) dengan dua bulan berpuasa, maka yang sedemikian itu (jika dicampurkan menjadi) genap setahun.”
- Hadith Riwayat Imam Al-Darimi
sumber: Mufti Pejabat Mufti Negeri, Brunei Darussalam

singgah sini yerrr . selamat hari raya aidilfitri . jom singgah blog shahril plk ...
ReplyDeletehehehe da boleh mula puasa enam hehee.. slamat berpuasa hehe..
ReplyDeleteenam hari tu nampak sikit, tapi kalau tak kuat iman, rasa susah banget
ReplyDeletemashaAllah, besar ganjaran Nya kepada kita :)
ReplyDeleteselamat berpuasa enam, Amy..
ReplyDeleteselamat berpuasa 6 yer :D
ReplyDelete