Kena Tahan dengan Polis Trafik

 Kena Tahan Polis Trafik

7:37 p.m
apartment
buka puasa

assalamualaikum and hello lads!
http://www.rantcars.com/wp-content/uploads/2015/07/handicap-spot-tumblr.jpg


apa khabar semua? aku keseorangan buka harini. tapi kawan aku nak datang kejap lagi, teman aku. tak dapat balik minggu ni sebab banyak assignment. hmm. anyways, alkisahnya tadi ada kelas pukul 8 pagi. punyalah malas nak pergi tapi gagahkan diri juga, rupa-rupanya kelas tak ada. memang berapi je rasa. hahahaha..

lepas tu dah tak tahu nak buat apa, aku ingat nak pergi cari earphone dekat kedai buku. kawan aku offer untuk hantar naik motor. baik betul dia. haha. aku tak kisah pun jalan kaki even ambil masa 30 minit sebab aku dah biasa berjalan. 

last-last tak ada juga. aduh, macam-macam sungguh. then, kawan aku offer untuk ke Putrajaya. kot-kotlah ada dekat sana. dia suggest Mydin. aku cakap kat dia, hmmph, kalau Mydin ada, memang aku pandang serong lah dekat kedai buku. haha. jahat gila ayat. ish ish. 

tengok-tengok memang ada pun dekat Mydin. laaa. sabar je hati. nasib baik ada. aku cerewet bab earphone. kedai buku tadi ada je. tapi tak ada Philips. aku suka brand Philips. memang bagus suara dia. aku tak suka earphone yang suara ke dalam. macam apa je. baik aku tak payah pakai earphone. 

lepas tu, aku try ajak kawan aku pergi Presint Hijau. sebab memang aku suka gila tempat tu weyh! rugi siapa tak ke sana. lawa nak ambil gambar. aku ingat time graduate nanti nak ambil gambar dekat sana. ikikikiki. 

punyalah excited nak ke sana! sampai tak sedar kami terlanggar lampu merah. paling kelakar, bila polis trafik betul-betul ada dekat belakang kami. hahahahahahhaa. dia pun suruh berhenti dekat tepi.
http://40.media.tumblr.com/0d242393e2d228a34be5e985fdafde86/tumblr_inline_nn3g6cQKRO1se5xrk_500.jpg
credit to asaablog.tumblr.com

sebenarnya kami tak perasan pun ada trafik dekat situ. SERIOUS! aku selalu ingat. tapi maybe sebab ni naik motor, aku jadi oblivious. dia tengok lesen semua, then, nasib baiklah tak kena apa. tapi ayat dia lah tu tajuk aku tu.
Awak tahu kan ni Putrajaya? kalau lampu depan sana hijau, dekat situ pula merah. Ni nak ke mana ni? 

Nak ke taman Presint 9.

Flat hijau ke?

eh, tak. Presint Hijau tu. Taman Hijau. 

oh, tu Presint 11. 

eh, ye ke? *terkulat-kulat kami sekali lagi* 


nampak sangat bukan orang Putrajaya. hahahahaahhahahahaha. agaknya masih pagi, so mood polis tu baik kot. cuba kalau nak buka puasa, aku rasa mahu dia marah kot kan. korang-korang, aku nak tanya. kalau motor kena saman selalu berapa RM eh?


okay tu je nak cerita. akhirnya sampai juga kami ke Presint Hijau. tak ada orang pun, sempatlah snap gambar sikit. haha. then, balik. sebab aku ada kelas pukul 10pagi tu. sampai kelas, zzzzzz~


nak tengok keindahan Presint Hijau? klik sini >> Jogging di Presint Hijau, Putrajaya


adios~

post signature

Share:

7 comments

  1. kenapa laa polis tu x saman ye.. hahah

    ReplyDelete
  2. hehehe..polis tengok muka dua-dua orang innocent je, malas dia nak saman

    ReplyDelete
  3. Owh suka pakai earphones erkk. Boleh cuba beats Sony. Kita guna ipod mini punya earphone

    ReplyDelete
  4. Nasib baik abam polis baik hati...hehehe

    ReplyDelete
  5. bhahahah nasib mood dia tengah baik.. tngk korang innocent gila tu..
    akak penah kena skali kat area setia city mall.. dia tahan kata kami x pakai seatbelt padahal dah pakai..
    mati2 dia ckp kami x pakai =_= rupanya kawan akak pakai n tali yang cross tu dia letak ke belakang..
    nampak la mcm x pakai..

    ReplyDelete
  6. Nasib baik tak kena saman..
    Akak kalau ke Putrajaya mesti sesat.. tiap kali nak pergi satu2 tempat tu mesti sesat.. huhuhu..

    ReplyDelete

hello dear :) x salah pun baca sambil komen kan.