Pengalaman Shopping Online di Zalora Malaysia

Best ke Shopping di Zalora?

11:59 p.m
apartment
mendung

assalamualaikum and hello lads!

apa khabar semua? salam Jumaat. alhamdulillah. setelah beberapa hari asyik panas je, harini dah mula mendung. pagi tadi pun dah hujan.

okay berbalik pada tajuk aku. mengenai Zalora. actually aku dah lama shopping online di Zalora. bagi aku, Zalora memang best, pantas dan efisien. lagi-lagi bila berlaku masalah macam aku ni. kejap lagi aku cerita. bagi yang tidak tahu, Zalora adalah tempat untuk korang shopping pakaian sahaja. produk lain seperti jam tangan, accessories, barang mandi Sephora pun ada.

ada certain pakaian yang murah sebab ada SALES kan. ada yang mahal disebabkan pakaian dibuat khas oleh designer yang biasa kita dengar. macam Rizalman. Dorothy Perkins, Jovian Mandagie dan lain-lain. so, silalah bijak memilih mana satu yang menjadi idaman hati.

memandangkan aku dapat voucher RM100 haritu. aku search habis dekat Zalora sampai aku jumpa barang yang aku puas hati dan boleh selalu pakai. apa dia aku beli tu? ini dia. ada 3 jenis barangan. 1 utas jam tangan, 1 helai baju dan 1 pasang kasut.

1. mula-mula pergi website Zalora.



2. Search barang




3. Puas hati? Click Add to Bag.

 

then, automatically keluar view bags atau checkout now. kalau nak continue shopping, continue sahaja. tak ada masalah. kalau nak checkout terus pun boleh. 

 

mari kita sambung shopping. selain jam, ini yang aku beli. 

 

 

baru je order harini, esok dia dah hantar. bagus betul. punyalah semangat aku pergi admin sebab nak ambil barang aku kan. hahahaa. balik rumah je terus selongkar barang yang aku dapat. 

malangnya, silap aku sendiri bila kasut aku beli ketat. aduh. last-last selepas bertanyakan pada ahli EFG yang aku sayangi, PapaG dan kak Mai aku hantar semula kasut aku ke tempat yang sepatutnya. 

Cara Return/Exchange Barang Zalora


kalau korang perasan, bila dah beli barang Zalora. dia akan kasi satu ermm satu surat pos macam ni. aku tak pasti apa nak panggilnya. maaf. korang WAJIB pakai surat pos dia kasi tu tau! sebab dia dah ada alamatnya. and kalau korang pakai surat pos tu, korang TAK PERLU bayar duit poslaju. ha, bagus kan.

exchange barang zalora



maknanya segala ditanggung beres oleh Zalora. then, isilah reason dekat INVOICE dia kasi tu, kenapa korang nak tukar. kecil sangat ke besar sangat ke defect ke or apa-apa yang berkaitan. 

then, esoknya atau petangnya pergilah pos semula barang tersebut. make sure pulangkan barang tersebut dalam keadaan yang sama dia deliver pada kita. dalam surat ada kata lebih kurang 3-5 minggu barang akan sampai kepada kita. bergantung. tapi aku punya dalam seminggu je dah dapat balik barang baru. hahaha. nilah yang aku maksudkan sebagai efisien. 




exchange product Zalora ni boleh buat dalam masa sebulan. 

so, kalau ada masalah, boleh je emel pada pihak Zalora atau call. tak ada masalah. adakah aku akan membeli belah di Zalora lagi? sudah semestinya.

ha, apalagi tunggu. jom sama-sama membeli belah online di Zalora! :)

okay, selamat hari Raya semua.
 
post signature

Share:

5 comments

  1. hikhik....kak ummul pun dah second time shopping di zalora

    ReplyDelete
  2. Saya jumpa kedai baju laki yang murah dekat www.ellemaristore.com

    ReplyDelete
  3. Post balik pkai smpul zalora or smpul pos laju

    ReplyDelete
  4. Post blik pkai smpul zalora or smpul pos laju

    ReplyDelete

hello dear :) x salah pun baca sambil komen kan.