Rintihan Hatiku si Anak Tiri

Perasaan Jadi Anak Tiri

10:51 am
apartment
layan Hindustan

assalamualaikum and hello lads!

http://41.media.tumblr.com/tumblr_lwo3yuhOqq1ql242qo1_500.jpg

anak tiri? aku? yes, bagi yang masih baru nak mengenali aku. aku adalah seorang anak tiri. rasanya dah masuk berapa tahun aku menjadi anak tiri. apa perasaannya bila jadi anak tiri ni? aku kena dera ke? aku happy ke? malu ke untuk aku mengaku aku ada keluarga tiri? meh aku story di sini.



Sebelum Bergelar Anak Tiri


aku perasan sejak dua menjak dulu ummi aku rajin calling dan sms dengan someone yang aku tak kenal. aku tak berani nak bertanya. aku senyap je. tunggu sampai ummi yang bagitahu segala-galanya dekat aku.

lagipun ummi aku dah dewasa, biarlah nak bercinta pun. aku tak kisah. tapi hati aku kuat cakap ummi aku macam sedang bercinta. dari situ aku dah mula fikir macam-macam.

mampu ke aku terima ahli baru dalam hidup kami? boleh ke orang tu jaga ummi aku dan adik-adik aku?

serious lama. sehinggalah ummi aku suarakan hasrat di hati. aku tak terkejut sebab aku boleh agak. aku ada minta pendapat kawan-kawan juga. kawan yang rapat. aku minta pendapat lelaki dan perempuan, so aku takkan tersalah buat keputusan.

apa-apa sebelum teruskan hubungan lebih serius, ummi nak tahu pendapat aku dulu.

so aku terima ke tak?

http://33.media.tumblr.com/4f4809086e42283fc204ce74c1cd3613/tumblr_nawcmjdYv91ru4tifo1_400.gif
credit to movies-quotes.tumblr.com

salah satu sebab aku terima sebab ada satu hari ummi bagitahu aku tentang kisah adik aku si bongsu, Irfan. ceritanya lebih kurang macam ni lah. aku tak minat kisah silam. so aku tak ingat sangat the exact words. haha.

Irfan: ummi, kita boleh beli apa-apa barang je kan dekat Giant?
ummi: ha'a boleh. Irfan nak apa?
Irfan: kalau kita beli ayah dekat Giant boleh? Irfan nak ayah macam orang lain

okay aku dengar memang aku tersentap. alahai adik bongsu aku. aku tahu, setahun je dia dapat bersama dengan arwah abah. dia tak tahu kasih sayang seorang ayah macam mana. yes, pakcik-pakcik aku semua ada. semua membantu. tapi dia tetap rasa kekurangan tu sebab tak ada ayah dalam rumah kami sendiri.

http://41.media.tumblr.com/77da316cd4b57820833d19d5135caccd/tumblr_nqea9kYHZJ1tdx919o1_500.jpg
credit to modernongfilipina.tumblr.com

adalah lagi macam-macam sebab munasabah aku dah fikirkan. siapa nak jaga ummi aku bila kami semua dah berkahwin. siapa nak tolong ummi aku besarkan kami 5 beradik ni. siapa nak tenangkan hati ummi aku sewaktu dia bersedih di malam hari.

semua aku saksikan depan mata aku sendiri. berat jadi anak sulung ni. macam-macam benda aku kena consider. aku tak boleh fikirkan ego aku sendiri. yes.

mestilah aku rasa sedih. rasa macam arwah abah aku di betrayed. takut aku akan lupa dekat arwah abah. takut ummi aku akan lupa pada arwah abah. pandai ummi aku pujuk. ibu kita kan. tahu apa yang bergolak di hati kita. arwah abah akan sentiasa diingati tapi kami kena move on. tak boleh selalu dibayangi dengan kisah silam.

yang paling susah nak terima adik aku ketiga. sebab dia paling rapat dengan arwah abah. dia paling manja. memang aku nampak. aku rasa dia merajuk masa awal-awal tu. tak cakap apa pun. tapi body language tells you everything.

and akhirnya ummi dan ayah berkahwin atas dasar satu syarat. tak perlulah aku bagitahu di sini. ini permintaan aku dekat ummi. satu benda ni je aku tak mampu nak terima. maaf, terlalu peribadi.

PERASAAN SELEPAS BERGELAR ANAK TIRI


apa perasaan aku masa awal-awal? awkward. selama ni tak ada lelaki dewasa dalam rumah. sekarang dah ada. selama 8-9 tahun tak ada ayah, sekarang dah ada. aku pun dah dewasa. lagi rasa awkward.

lama-lama kami semua boleh terima. ayah aku jaga ummi aku dan adik-adik. ummi aku dah tak sedih sangat macam dulu. ummi aku dah ada pembantu dan peneman. alhamdulillah. memang aku bersyukur ALLAH beri kami nikmat macam ni.

and yes. aku ada 2 lagi adik tiri. tapi mereka masih kecil. so, senang nak get along. kalau dah besar susah sikit aku rasa nak sesuaikan diri.

keluarga tiri? diorang pun okay. baik semuanya. alhamdulillah. mula-mula agak pelik. hehe. lama-lama dah tak rasa canggung. boleh bersembang sama. bergambar sama. bergurau sama.

so apa perasaan aku kini? alhamdulillah. aku gembira. sebab ummi aku pun gembira. walau kadang-kadang ummi ke utara, ayah ke selatan. biasalah, bila orang tua baru bercinta. teehee. sorang merajuk. sorang minta dipujuk.  pasangan mana tak ada bergaduh macam ni kan.


aku tahu, tak semua ada kisah hidup sama macam aku. aku minta maaf kalau ada mana-mana anak tiri yang tak sama kisah dia macam aku. mungkin didera atau hidup lebih derita. aku minta maaf. dugaan kita berbeza.

aku cuma nak tunjuk, tak semua mak tiri bapa tiri jahat. selalu kita ditadahkan dengan kisah tiri yang jahat. jangan selalu sangat kasi anak-anak tengok cerita yang banyak unsur negatif. sebab tu kita banyak kali jadi pesimis. selalu fikir bukan-bukan.

biarlah orang nak kata apa. kalau asyik sangat dengar komen buruk manusia, kita memang takkan ke mana. asal bila kita dah bahagia, kita teruskan sahaja.

adios~



 
post signature

Share:

40 comments

  1. Singgah sini...
    Kalau bab perasaan nie..susah kita nak ckp..sbb walaupun masalah itu sama..tapi perasaan tetap tak sama..
    Mcm sis ada mak tiri n adik beradik tiri pun ada...:)
    apa yang penting kita kena selalu berfikiran positif..fikir apa yang terbaik untuk semua orang...
    Yang lain tu,kita berserah pada Allah..=)
    selamat hari raya =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. ye betul. kita kena selalu berfikiran postitif :) terima kasih sebab berkongsi. hehe.

      selamat hari raya!

      Delete
  2. setiap orang jalan cerita hidupnya tak sama kan. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul. kita yang berhak menentukan sama ada kita nak gembira atau sedih dalam hidup kita :)

      Delete
  3. Betul tu dear...x semua mak tiri @bapa titi tu jahat...akak ada kawan yg ada mak tiri...dia ckp sgt baik...ikhlas syg dia & adik2 lain :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. ye betul. setiap orang berlainan perangai dia kan :)

      Delete
  4. Tak dapat akak bayangkan kalau akak kat tempat amy, boleh atau tak untuk akak terima macam ni... tapi amy memang seorang yg sangat tabah... semoga Allah beri kegembiraan hingga akhirat buat amy sekeluarga.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan. takpe kak Azie. setiap orang ada dugaan masing-masing. kita kena pandai pilih sama ada nak jalan tu or jalan ni.

      tq kak Azie. muah ciked. hehe

      Delete
  5. hm...lain org lain dugaan nya..insyallah moga bahagia sekeluarga

    ReplyDelete
  6. alhamdulillah. Baik penerimaan kita, baiklah yang kita dapat..

    ReplyDelete
    Replies
    1. alhamdulilllah mudah mudahan cikT

      Delete
  7. alhamdulillah...moga terus diberi kebahagiaan utk amy sekeluarga.

    ReplyDelete
  8. ayah tiri nampak muda lah hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. ye ke kak Mila? hehehe. sebaya mak kita tu

      Delete
  9. Alhamdulillah, semuanya baik2 aja. Amy berpeluang rasa kasih sayang drpd dua orang ayah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. alhamdulillah. betul tu kak Farrah. :)

      Delete
  10. tergoda iols tengok Coach tuu hehehe..
    dalam family akak pun adik mak kawen dengan duda ada anak 3 dah..
    at first mmg krik2 la tapi semuanya okay.. kami mesra dan rapat je macam spupu betol..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe amboi. nampak Coach aje ye kak CT :P

      hehehe. awal2 mmg macam tu la kan. lama2 okay la ^^

      Delete
  11. will always pray for happy family :)

    ReplyDelete
  12. seronok kak wana baca kisah amy ni..boleh bagi kesedaran pada orang lain bahawa jadi anak tiri tidak semestinya tak bahagia macam orang lain.

    Kak wana pun melihat situasi hampir sama pada tunang akak yang punya ayah tiri sejak kematian ayah..walaupun pada mulanya mereka adik beradik susah nak terima tapi akhirnya mereka menjadi keluarga yang sangat bahagia dan gembira apatah lagi punya adik2 tiri yang makin membesar..meriah suasana..seronok!! :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehehe. alhamdulillah. bagusla kalau dah boleh terima kan. :)

      Delete
  13. Amy!!!! aaa rindu nye nak bace omelan amy. ingat kite lg tak? hihi

    Kalau dulu waktu kecik mmg rase ibu tiri or ayah tiri mesti jaat. haha ape lah sgt budak2 kan. Tambah lagi dengan pengaruh movie, dah besar ni mmg akan paham sendiri.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nur!!! ehehehe. rindu dengan Nur. apa khabar? mestilah ingat! hehe. selalu ushar blog tp xde lak update eh.

      tu lah pasal. dulu rasa scary je. sekang x rasa pape dah. bole fikir

      Delete
  14. tak semua kisah hidupnya sama.. semoga kehidupan amy sekeluarga bahagia selamanya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu kak Eyda. aamiin in shaa allah thank you kak :)

      Delete
  15. akak pun ada keluarga tiri, pengalaman lebih kurang macam Amy.the hardest part adalah nak 'bagi keizinan' tu..bayangkan umur baru 9-10 tahun, dah kena buat keputusan besar

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan. nak bagi keizinan tu macam lahai... nak kasi ke x. kalau kasi, apa jadi. kalau x kasi, apa jadi... akak lagi muda kiranya.

      Delete
  16. Pengalaman setiap orang memang berbeza Amy... kaksha punya cousin pun dapat ayah tiri yang baik... sekarang diorang pun berjaya and nampak happy sangat.... :) semoga sentiasa diberkati ya cayang....

    ReplyDelete
  17. betul tu amy tak semua mak bapa tiri jahat...sememangnya jalan cerita hidup orang berbeza..walaupun ada yang sama tapi ada juga perbezaannya sedikit

    ReplyDelete
  18. Semua orang ada kisah hidup yang berbeza. Moga Amy sentiasa bahagia selalu :)

    ReplyDelete
  19. hai Amy. lama tak dapat singgah. berat dugaan Amy. tapi tu lah kan, setiap org, lain kisahnya. lain dugaannya. inshaAllah smoga yang baik2 aje utk Amy sekeluarga :)


    salam aidilfitri. maaf zahir & batin Amy :)

    ReplyDelete
  20. dear Amy, best baca kisah u dear.. betul, kita selalu disajikan dengan cerita-cerita kata mak/ayah tiri jahat, garang, tak mesra alam.. huhu.. moga kasih sayang Amy sekeluarga bertambah erat :))

    ReplyDelete
  21. Lain orang lain dugaannya..
    Moga kita semua kuat dalam berhadapan apa jua dugaan dariNYA..

    ReplyDelete
  22. Zumal dibesarkan oleh tok wan dan tok tapi tok adalah tok tiri. Kisahnya tok lebih terseksa menjadi ibu diri pada awal perkahwinan tok wan kerana anak-anak tok wan sukar terima tok. Disebabkan Zumal membesar dalam jagaan tok, Zumal tahu apa perasan dia. Jadi kita nie kongsilah kasih sayang tu kerana dia dah jadi ahli keluarga kita...

    ReplyDelete

hello dear :) x salah pun baca sambil komen kan.