Semakin Ramai Blogger Tak Berguna?

Tujuan kita jadi Blogger

10:26 p.m
apartment
layan lagu
 
assalamualaikum and hello lads!
 
http://picture-cdn.wheretoget.it/iasv8d-l-610x610-jewels-blogger-gold-tumblr-armcandy-bracelet-lovely-jewelry.jpg
 
apa khabar semua? harini dapat lagi aku meng-update blog. asyik sangat dengan Supernatural. biasalah, bila kita dah stuck dengan satu drama series, ya ALLAH, nak berhenti tu susah sangat weyh. 
 
okay, balik kepada tajuk. apa tujuan kita berblogging sebenarnya?  aku rasa most of us, start buat blog sebab nak luahkan perasaan kan. aku memang termasuk dalam kategori tu. tapi lama-lama baru official kan blog amy syeera ni. 
 
seperti yang kita tahu, masing-masing ada niche blog dia. ada lifestyle, parenting, food, travel dan lain-lain. tapi tahu tak, apa yang paling buat aku sedih? 
 
bila ada certain blogger yang memburukkan nama blogger lain. contohnya macam blogger gossip. okay, fine. dia nak naikkan pageviews dia biar sampai beribu riban dapat. tapi ya ALLAH, setiap kali aku teringin nak buat pasal gosip, aku fikir banyak kali. bayangkan kalau benda ni tak betul, aku dah jadi salah seorang pembawa fitnah dajjal laknatullah. 
 
kita senang je bawa cerita. baru tengok sikit dekat Facebook, dah mula terkejar nak populariti juga, kononnya kita yang bawa cerita tu sampai jadi viral. at the end, apa kita dapat? kita dapat hancurkan hidup orang lain. sounds fun? 
 
http://static.tumblr.com/8d1604486f4bef778b43e3354e218384/5ifoojc/gPOnk00y1/tumblr_static_9gjl00mkaqsk44og800cggkwc.gif
credit to feathered-quills.tumblr.com
 
aku tak cakap blogger gosip salah. cuma ada certain things yang tak betul tu, hmm... kecewa. last-last orang membenci semua blogger. aku pernah tengok dekat drama TV CSI.  Justin Bieber kot berlakon masa tu. aku tak ingat. katanya dekat wartawan (kiranya merujuk pada orang yang membawa cerita macam-macam ni)
 
korang dapat duit dengan menyibuk hal orang lain dan mereka-reka cerita. suka korang ye support family sendiri dengan usaha macam tu?

ha, lebih kurang gitulah. 

oh, satu lagi pula. COPY PASTE. 

aduhai. ni lagi satu. aku selalu baca dekat blog blogger Khir Khalid. ada satu tu abg KK pernah luahkan rasa kecewa dekat certain people yang suka-suka je copy tanpa kebenaran. tahu tak betapa susahnya kita nak garap idea macam tu and orang boleh ambil seolah-olah ayat tu dia punya?

come on lah. you can do better than this. kalau ye pun nak copy, minta izin lah. credit kan. kau suka ke kau masak untuk mertua, tapi menantu lain yang sibuk cakap dia masak then dia dapat pujian, tapi kau tak dapat apa??? SUKA??? eh eh macam marah pula. hehe. 

personal blog? mampu ke berjaya? mampu. jangan rasa sebab kita buat cerita pasal diri sendiri je, tak ada orang nak baca. ada caranya kalau nak berjaya. aku dulu pun personal blogger tau. sekarang dah tak sangat. 

kadang-kadang kita rasa benda tu simple je. macam contoh aku buat kisah kehidupan aku dekat MRSM, dekat UNITEN, tapi ada je baca. ada sampai mencecah 1k views dah. itu caranya kita nak tarik orang. 

cerita pasal politik? fuh, ni aku tak boleh sentuh. aku tak berapa ambil tahu sangat. ini biar orang lain kasi komen. 

aku risau bila aku jadi famous sebab benda lain tau. 
 
oh kau punya blog yang .... eh? yang suka burukkan nama orang tu? 

apa kau nak jawab? 
 
ha'a, aku lah tu. hidup sendiri tak terurus. dah sibuk hal orang lain.

nak jadi blogger ni pun bukan mudah kan. tahu. kadang-kadang ada surut naik dia juga. tapi jangan sebab nak kejar populariti, kita hilang pedoman. sanggup buat benda tak senonoh daripada cerita benda yang boleh bawa kebaikan pada orang lain.

okay tu je aku nak cakap. aku minta maaf kalau ada yang terasa. aku pun banyak kelemahan. aku pernah buat entri memburukkan nama kawan sendiri. i know, people makes mistakes. tapi selagi ada peluang untuk berubah, berubahlah.

http://38.media.tumblr.com/tumblr_ljo9wjMUcy1qiblwbo1_500.gif
credit to iamdawnweiner.tumblr.com

jangan sampai dekat akhirat nanti, ALLAH tanya apa yang kau dapat selama jadi blogger, kau tak mampu nak jawab apa? itu nasib kau sendiri. contoh sahaja.

adios~
 
 
post signature

16 comments :

  1. kann. tak suke noooo dengan yg jenis burukkan name blogger.

    ReplyDelete
  2. totally agree with this. BV pun sangat nak elakkan buat entry tentang gosip n benda yg negatif. harap kekal la sampai bila2 share2 benda baik dan pasal life, hahahha. :D

    ReplyDelete
  3. terima kasih atas panduan di atas...

    ReplyDelete
  4. setuju dengan amy....berblog biar ikhlas

    ReplyDelete
  5. akak baru tau wujudnya blogger yg gosip pasal blogger lain....huhu memang tak patut dan terang2 benda tu menambah dosa...jgn jadikan nikmat blogging ni sebagai punca dosa pulak kan...

    ReplyDelete
  6. tu la kan.. zaman skrg ni mcm2 hal yg berkaitan dgn blogger.
    masa pertengahan tgh masing² blogger jd famous amous dulu terpengaruh juga diri nak merasa jadi famous..
    tp terus slow down kan balik diri ini agar idok terlebih² dibuai arus..
    syukur dah rs lebih selesa skrg, kembali berblog psl diri sendiri & kehidupan seharian.. lagi rs enjoy & tak terikat. =)

    ReplyDelete
  7. Singgah pagi...
    Takut nak sentuh² bab yg boleh mendatangkan meningkatkan saham tak baik dlm poket akhirat..
    lebih baik buat sesuatu dgn ikhlas =)

    ReplyDelete
  8. Tak penah tau ada manusia cenggini... sadis sungguh idop die...

    ReplyDelete
  9. hai amy, lama xsinggah..
    blog gossip ni bnyak, dah tu cepat plak femes.. masyarakat jugak, suka sangat baca gossip..

    ReplyDelete
  10. setuju sangat Amy! biarlah rating blog kita biasa-biasa je, tapi tulisan kita tak menyakitkan hati orang lain

    ReplyDelete
  11. akak xleh terima lah yang copy paste !! nehi nehi..
    unless dia state amek dari kita.. huurm..

    kalau bleh akak nak avoid yg tulis macam kontroversi.. nak yg elok2 je..

    ReplyDelete
  12. setuju amy :) bila jadi blogger and nak sebarkan sesuatu tuu, kena tengok dulu mana sahihnya, mana salahnya. nanti tersebar benda tak betul, jadi fitnah pulak. kita pun rasa tak best dgn diri sendiri apatah lagi org yang baca. :)

    ReplyDelete
  13. bukan semua blogger mcm tu...kengkadang yg bukan blogger pun hebat viralkan sesuatu yg tak sahih...

    ReplyDelete
  14. Setuju tu Amy. Takut sangat kalau apa-apa yang kitta tulis tu tak betul ke apa ke. That's why I only write about my personal life. Kisah diri sendiri je. Kisah yang kita memang tahu. Ada orang baca, baca. Takde orang baca, sudah.

    ReplyDelete
  15. Sebab nila setitik rosak susu sebelanga..

    ReplyDelete
  16. Entri ni dapat berapa pageviews...? Hehe

    ReplyDelete

hello dear ! thanks for dropping by. i'll make sure to reply asap !

My Instagram

Copyright © The Minimalist Traveler. Made with by OddThemes