Fakta Anda Tidak Tahu Mengenai Kuch Kuch Hota Hai

Fakta Mengenai Kuch Kuch Hota Hai

12:45 a.m
apartment
layan lagu KKHH

assalamualaikum and hello lads!


ha, best tak layan filem Kuch Kuch Hota Hai dekat TV tu? aku tak dapat layan since aku duduk di apartment uniten lagi ni. tapi tak apa. dengar dia bercerita pun aku dah ingat part mana. well, aku obses Hindustan sejak dari umur 3 tahun. hahaha.


okay, tapi duduk sibuk layan filem Kuch Kuch Hota Hai tu, tahu tak antara fakta-fakta yang aku akan ceritakan ni? meh kita tengok.

1. Shah Rukh Khan dan Kajol memang menjadi pilihan Karan Johar memandangkan KJ pernah bekerjasama dengan mereka di dalam Filem Dilwale Dulhania Le Jayenge bersama Aditya Chopra. so dia tahu rentak kerja mereka berdua.

https://38.media.tumblr.com/a2eca1dc807ec17b730ac1f406b61e9d/tumblr_inline_n3d8qo2ERb1rrjnto.gif

2. Kajol dan Karan Johar sudah saling kenal mengenali sejak kecil memandangkan mereka berdua lahir dari keluarga artis

3. Rani Mukherjee dipilih pada saat akhir disebabkan Twinkle Khanna menolak tawaran untuk berlakon dalam filem KKHH. Twinkle juga merupakan kawan KJ sejak dari kecil.

http://newseastwest.com/desktop/newssite_images/happy-birthday-rani-mukherji/rani-in-kuch-kuch-hota-hai.jpg
credit to newseastwest.com

4. semasa dalam scene naik basikal di dalam lagu 'Yeh Ladki Hai Deewana', Kajol hilang kawalan, tersadung di muka sehingga tidak sedarkan diri dan terluka di bahagian lutut.

5. Rani Mukherjee, tanpa dipinta, membaca skrip buat kali pertama dan terus bersetuju untuk menjadi watak Tina dalam filem KKHH. Filem ini berjaya menaikkan sekaligus nama Rani.

6. Filem ini dihasilkan selama 9 bulan setengah. ada setengah scene dimainkan di Mauritius. antara lagu-lagu dalam filem tersebut pula dimainkan di Scotland.

http://imovies4you.com/wp-content/uploads/2008/10/kuch-kuch-hota-hai.jpg
credit to imovies4you.com

7. Karan Johar mahu menukar (dubbed) suara Rani Mukherjee tanpa dia sedar suara Rani Mukherjee yang serak basah itu bakal menjadi trademark sehingga kini.

8. Pada mulanya, Karan Johar ingin membuat cerita mengenai cinta tiga segi di antara seorang tomboi, perempuan cantik dan lelaki yang tak ada perasaan. tapi dia simpan hasrat itu. dan menukar pula ke idea mengenai seorang duda anak satu. idea itu juga turut diketepikan sehinggalah akhirnya KJ menggabungkan kedua-dua plot tersebut menjadi satu cerita.

http://images4.fanpop.com/image/photos/23800000/Kuch-Kuch-Hota-Hai-shahrukh-khan-23845175-800-340.jpg
credit to www.ibnlive.com

9. Watak Aman pada mulanya ditawarkan kepada Saif Ali Khan

10. Walaupun Aman dan Anjali nampak serasi di dalam filem KKHH ini, hakikatnya mereka berdua tidak mempunyai minat dan pandangan yang sama di luar set. 

credit to www.pinterest.com
 
 
 
post signature

Share:

16 comments

  1. Baru th..kisah ini..sila lah dtg ke blog sy..http://ajax85.blogspot.com

    ReplyDelete
  2. 2 kali dah tengok lately.. bebaru ni kat Astro...

    ReplyDelete
  3. wow banyaknya fakta mengenai filem nih..

    ReplyDelete
  4. Setiap kali tengok filem ni, akak tak pernah suka watak Aman huhu!

    ReplyDelete
  5. suka sangat cter ni.. layan je kan..

    ReplyDelete
  6. tengok byk kali pu tak jemu.semlm tgk lagi.hehe :)

    ReplyDelete
  7. hehe..rugilah Twinkle Khanna! tapi gandingan dia ngan SRK kureng sikit. tengok jelah Badshaah..hambar!Kuch Kuch ni tak tahulah berapa juta kali akak tengok..

    ReplyDelete
  8. dulu zaman skolah rendah, tiap2 hari pasang video tape KKHH masa sarapan. hahaa :D

    ReplyDelete
  9. kisahnyeeeee.... tapi dulu menggile dgn cerite kuch2 hota hai .....mase tu sape xlyn hindi memang xkawan la...punye minat

    ReplyDelete
  10. Tak tau pulak kisah disebalik kkhh nie, nice sharing ^-^

    ReplyDelete
  11. sekarang ni kan, backpackers ramai yang tgh survey2 set penggambaran KKHH ni. lagi-lagi dalam lagu utama dia :)

    ReplyDelete
  12. no.4 . finn pnh nampak masa Kajol jatuh basikal, mmg parah tgk.

    ReplyDelete

hello dear :) x salah pun baca sambil komen kan.