Gathering 1 EFG KBBA 2015 di Dataran Shah Alam

Gathering EFG KBBA 

Dataran Shah Alam

9:10 p.m
apartment
baru lepas makan burger

assalamualaikum and hello lads!

dataran shah alam


first of all. aku nak minta maaf sebab aku dah lama tak blogwalking. disebabkan bulan ni dan bulan depan aku akan jadi sangat busy dengan FYP and final exam final year aku. doakan aku ye. nanti aku dah grad, aku akan blogwalking habis-habisan. in shaa ALLAH.



okay, kita teruskan dengan apa yang aku nak cerita sebenarnya. bagi korang yang masih tak tahu, aku adalah salah seorang ahli EFG (Excange Feed Group). EFG ni ditubuhkan oleh kak Irrayyan. kenal tak? aku dah lama kenal dengan kak Irra tapi melalui blog sahaja. lepas tu senyap balik. then, masuk dalam group EFG, baru start berkenalan semula.

alkisahya 1 Ogos 2015, kak Irra ada cadang nak buat gathering di Dataran Shah Alam. aku macam seronok jugalah sebab aku tak pernah lagi melepak dekat Dataran tu even aku orang Shah Alam. muahahaha. tapi banyak sangat event hari Sabtu tu sampai aku berbelah bahagi nak pilih mana satu.

then, akhirnya korang tahulah aku pilih apa kan. aku bergerak dari UNITEN pada pukul 9 pagi. sebab nanti nak berjumpa dengan Ainaa dekat KL Sentral. barulah kami gerak bersama menaiki bas.

gathering efg 2015

gathering efg 2015


first time dapat berjumpa dengan Ainaa, manis je orangnya. hehe. cakap pun slow je. bukan macam aku. loud. pakai pun sopan.

masa dah sampai tu. oh semua orang dah ada. tak ramai pun tapi nampak meriah juga. sebab ada kak Irra and satu familynya, ada abang Fendi Rocka, ada AIna dan kawan-kawannya, dan juga ada Mieza atau maybe lagi ramai kenal dia dengan nama Kecik.



dataran shah alam

dataran shah alam

dataran shah alam


banyak juga yang kak Irra sediakan untuk kami. ada KFC, ada kek Coklat sempena birthday kak Irra, Suami kak Irra dan juga Adam Rayyan. ha, sekaligus. best juga. hehehe. kuih raya aku dapat bawa cornflakes madu je. sebab aku bukan dari rumah. heee.

dataran shah alam

dataran shah alam



sambil makan tu, kami bersembang pasal EFG. pasal benda-benda lain juga. macam-macamlah. mula-mula a bit awkward hehe. sebab selalu bersembang dekat dunia maya je. tapi sekarang berjumpa depan mata.

paling best dapat jumpa Amal. Amal comellll. anak ketiga kak Irra. yang lain-lain pun comel. sambil aku makan, suap sekali Adam. hahaha. lagipun banyak ayam, so tak ada masalah.

lepas dah makan-makan kami bergambar pula. malu jugalah nak bergambar. sebab aku tak reti nak buat pose macam-macam. sedih kan. dah google tapi tak jumpa pose menarik untuk ramai-ramai. ada cadangan?

dataran shah alam

dataran shah alam dataran shah alam


dataran shah alam

dataran shah alam dataran shah alam

dataran shah alam

dataran shah alam dataran shah alam


in shaa ALLAH kak Irra kata akan buat gathering lagi sekali di indoor pula. kesian dekat anak-anak kak Irra, makin panas agaknya. lepastu pakai baju kurung kan. hehe. mengantuk lagi pula tu.

and kami bersurai ikut haluan masing-masing. aku? aku balik rumah sendiri. sebab malam tu ada Kenduri tahlil dan Open House di rumah makcik aku. kenalah menolong apa yang patut.

terima kasih banyak-banyak kak Irra sebab buat gathering macam ni. ada ramai ahli EFG, tapi disebabkan masing-masing ada hal tak dapat nak elak, tak ramai pun hadir. tak apalah. harap lepas ni ramai yang akan datang. in shaa ALLAH.

dataran shah alam

dataran shah alam

dataran shah alam



dataran shah alam

dataran shah alam


aku seronok dapat berkenalan dengan adik beradik EFG ni. masing-masing tak sombong. banyak mengajar aku jadi blogger lebih berjaya dan professional. in shaa ALLAH aku doakan satu hari nanti kami semua akan jadi blogger disegani oleh semua orang. aamiin.

adios~
 
 
 
 
 
post signature

Share:

7 comments

  1. huwaaaa..sedih tak dapat join...jumpa amy..irra..aina..kecik..fr..hm...mybe next time..

    ReplyDelete
  2. Best nyeeeee. Rugi duduk jauh jauh ni. Baru perasan FR dudur wchair

    ReplyDelete
  3. Comel je gathering macam ni :D

    ReplyDelete
  4. meriahnya picnic macam ni..akak pun doa u olls semua jadi blogger yang berjaya.amin..

    ReplyDelete
  5. Bestnya dapat bersua muka dengan rakan2 blogger ^-^

    ReplyDelete

hello dear :) x salah pun baca sambil komen kan.