1:42 p.m
apartment
dah solat Jumaat belum?
assalamualaikum and hello lads!

dah lama aku tak update dekat sini. sampai dah jadi ayat cliche dah. alahai. in shaa ALLAH lepas aku habis semester ini, aku akan fokus pada blog dan kerja pula. moga-moga dapat bahagikan masa antara dua-dua.
okay, mari kita sambung. alkisahnya Sabtu Ahad ni ada convocation Day di UNITEN Putrajaya. jadi member lama aku datang, Syikin dan Azra. disebabkan susah nak berjumpa, masing-masing dah bekerja kecuali aku, so kami decide untuk keluar lepak dekat IOI Mall. kenapa? sebab masa diorang grad, IOI Mall baru sahaja launch. so, masa ni lah diorang nak jalan dekat situ.
sebelum tengok wayang filem Mission Impossible buat kali kedua untuk aku, kami singgah makan petang di Wondermilk. kawan aku nak sangat, kami pergi je lah. cousin aku pernah sebut juga pasal Wondermilk ni. tapi aku tak tahulah apa kelebihan dia.
location dia agak impossible nak cari kecuali korang masuk dari tempat parkir. kalau korang duduk berjalan mencari, korang cuba cari kedai Guess. Wondermilk tu seriously belakang Guess. memang agak tersorok. tapi dia sangat dekat dengan tempat main parkir.
environment dalam kedai tu agak comel. serba putih. serba simple. aku suka kedai simple macam ni. tak sakitkan kepala. tapi untuk ambil gambar sangat tak lawa sebab cahaya dia terlalu cerah dan kedai pun sama.
and oh. DEKAT SINI SELF SERVICE TAU!!
masa dah sampai tu, terus pergi kaunter. then, ada menu dekat cashier. pilihlah apa yang korang nak, order, then terus bayar. adalah dalam beberapa belas minit kami tunggu. kami dah gelabah since kami punya wayang start pukul 4:40 petang. masa tu dah pukul 4 petang.
AIR PUN AMBIL SENDIRI DI KAUNTER
kecuali makanan. dia akan bawa kepada kita. oh, masa dekat cashier tadi, masa dah bayar, dia ada bagi satu tin bertampal nombor di hadapan. so, senang untuk waiter mencari siapa yang order tadi.
Menu Wondermilk
![]() |
menu utama. sila tarik gambar ke new tab untuk tumbesaran |
so far, makanan dia memang VOILA! sedap sangat. memang kena portion dengan harga. serious aku cakap harga buat aku menangis dekat situ juga (not literally). mahal sangat. nasib baiklah berbaloi. kenyang. isi daging dia sangat banyak.
aku pilih Zombie Burger dan juga Bottle Butterscotch Wmilk. ini recommendation dari pekerja dekat situ juga. Syikin order Ultimate Super Burger dan Ice Cappucino. Azra pula Mr Alfredo dan Ice Chocolate
Mr Alfredo Wondermilk
![]() |
RM18.90 |
Ultimate Super Burger Wondermilk
![]() |
RM19.90 |
Zombie Burger Wondermilk
![]() |
RM19.90 |
semua sedap. Mr Alfredo pun sedap. Ice Cappucino tak ada rasa. ikutlah nak tambah gula ke creamer ke
Ice Chocolate Wondermilk
![]() |
RM9.00 |
Ice Cappucino Wondermilk
![]() |
RM9.00 |

Bottle Butterscotch Wmilk
![]() |
RM10.00 |
tapi yang recommended tu memang aku recommend sekali. WMilk dia sangat sedap! sampai aku bawa balik botol dia. teehee. dia ada 3 jenis. Vanilla, Butterscotch dan juga Caramel.
alhamdulillah. sempat habiskan makanan sebelum wayang bermula. kelam kabut habiskan makanan sampai semput aku dengan member.
service dia? hmm. aku agak kecewa sebab air aku lambat sampai. dia tak perasan air aku tak ada. sedih weyh. itu je aku kecewa. lain-lain tak ada masalah. cashier mesra. dia tolong recommend apa bagus.
Location:
G-77 Ground Floor, IOI City Mall, Putrajaya (betul-betul belakang kedai Guess)
Contact No.
Tel: 03-8957 7645
Fax: 03-8959 7645
Duration Hour: 10AM – 10PM
website: I Love Wondermilk
Contact No.
Tel: 03-8957 7645
Fax: 03-8959 7645
Duration Hour: 10AM – 10PM
website: I Love Wondermilk

Portion dia macam kecil je. Ke, saya yang dah terbiasa makan portion besar?
ReplyDeletetak pernah pergi sini..tapi biskut dia sedap..pnh dpt givepack raya dr wondermilk..
ReplyDeletealahai..temptingnya...nanti nak pi Wondermilk yang area KL la...IOI tu macam jauh plak nak pi
ReplyDeletesaya pun suka makan kat wondermilk ioi city mall ni... sebab ade tepat mainan untuk budak.. so mummy dapatla makan dengan tenang.. hehe
ReplyDeletesaya pun suka makan kat wondermilk ioi city mall ni... sebab ade tepat mainan untuk budak.. so mummy dapatla makan dengan tenang.. hehe
ReplyDeletesedapnyaaa...datang sana boleh cuba nanti
ReplyDeleteerm jamu mata je lah nampaknya cik amy, nice entri detail dan pic pun cun2 sangat :)
ReplyDeleteBest..best..esok boleh bawak family pegi..Anak2 akak mesti suka.
ReplyDeleteburger dia nampak sedap! Tak pernah lagi dengar nama kedai ni.
ReplyDeletewahhh, nampak sedap sangat. harga pun berpatutan. :D
ReplyDeleteNanti kita ajak kc dating dekat sini lah. Hahaha
ReplyDeletememang harga yang agak menangis tengok...hehe.kalau takat lepak minum boleh lah kot, tapi kalau nak kenyang, akak cari kedai lain..hihihi.sebab akak tak habis kalau portion besar.rugi.
ReplyDeletefuhh. sdapnyaa makanan dy . huwarghh lapaq dibuatnyaa ⊙︿⊙
ReplyDeletecomel sangat dalam ni.. pegi mesti x mampu tahan diri hahaha..
ReplyDeleteyes butterscotch tu very the yummeh !!