Sambut Birthday Sepupu di Johnny Rockets, IOI Mall Putrajaya

Johnny Rockets, IOI Mall Putrajaya

10:02 a.m
apartment
sarapan salad

assalamualaikum and hello lads!


alkisahnya hari Jumaat lepas aku terlalu sibuk menguruskan hal-ehwal yang berkaitan dengan diri aku sampai aku terasa nak tengok wayang. macam tahu-tahu pula sepupu aku ni yang aku nak tengok wayang. katanya ada tiket free memandangkan sepupu aku bekerja di GSC Alamanda. pergh, aku apalagi. bagai pucuk dicita ulam mendatang lah. eh, betul ke?


credit to istand.tv

lepas dah tengok filem Ant Man, ayah saudara aku call merangkap bapa sepupu aku. katanya malam tu ada nak sambut birthday Boboy dekat IOI mall. aku pun join je lah. alang-alang dapat makan sekali. sungguh aku terlupa haritu birthday cousin aku. muahhaha. kaklong minta maap. tak ada hadiah nak bagi.

malam tu bergerak. senang je nak cari Johnny Rockets ni. actually, ini first time aku dengar pasal Johnny Rockets. kesian kan. ish ish ish. kalau korang biasa pergi Magnum, Johnny Rockets dekat je dengan Magnum tu. cuma Magnum kedainya di dalam, Johnny Rockets pula di luar. betul-betul bersebelahan dengan The Symphony.



air kolam bukan sekadar air kolam biasa

Johnny Rockets dari pandangan hadapan


tempat duduk dia ada di luar dan di dalam. cousin aku pilih tempat memang strategik. menghadap kolam dan membelakangkan brand Johnny Rockets. cantik! masa buka menu tu, perghhhh.. mahalnya weyh. nak menangis aku tengok harga dia.

maaf ye. disebabkan waktu malam masa tu, menu tak berapa nampak.

Menu Johnny Rockets IOI Mall Putrajaya


menu Johnny Rockets Malaysia


Menu Johnny Rockets Malaysia

Menu Johnny Rockets Malaysia

Menu Johnny Rockets Malaysia

Menu Johnny Rockets Malaysia


aku decide untuk pilih paling murah. itupun harga dah berapa. hahaha. aku pilih Chicken Rocket Single.  air pula under kategori Chilled Juice, Pink Guava.

Harga Makanan Johnny Rockets IOI Mall Putrajaya


Fruit Punch: RM9.90 ; Rootbeer: RM7.90 ; Pink Guava: RM9.90

Harga makanan Johnny Rockets
The Houston: RM27.90

Harga makanan Johnny Rockets
Rocket SIngle: RM24.90
 

tapi aku agak kecewa sebab lambat sangat nak dapat makanan. maybe sebab ramai ke, aku tak pastilah. mana nak nampak kan orang-orang yang ada di dalam. serious lama tunggu. nasib baik air dah dapat. and nasib baik kami boleh menghadap air kolam yang bermain-main mengikut rentak muzik yang dimainkan. serious cool!!!






aku dah tangkap pakai instagram. tapi tak terupload. ala, nak menangis rasa. korang kalau pergi IOI, korang kena singgah sini. sebab tulah agaknya nama dia Symphony.

akhirnya dapat pun makanan. first time tengok, perghh. banyak juga kena habiskan ni. aku kira berbaloi jugalah makanan dengan harga dia. memang sedaplah. weyh, nak kena kalau tak sedapkan. haha. habis makan memang serious kenyang. itupun tak habis kentang aku.





surrounding dia memang aku puas hati. memang rasa tenang je. lagi-lagi waktu malam kan. dekat dalam kedai dia pula nampak sangat ekslusif. dengan ada lagu klasik boleh pasang ikut citarasa kita kan. waiter dia pula aku rasa semua berbahasa Inggeris.







kalau teringin nak rasa burger atau pasta dari restoran lain, boleh lah try Johnny Rockets. :)


Alamat: GE16, Ground Floor, Lebuh IRC, IOI Resort City, Putrajaya Sepang, Selangor, Malaysia
Contact No. : 03-8938 9108 
 
post signature

Share:

8 comments

  1. suka milkshake dia..hihihi...xde waiter menari ke? selalunya ada...kalau kat Avenue K kerap jugak laa

    ReplyDelete
    Replies
    1. kat avenue K almost every 1 jam kan?

      Delete
    2. menu single dia tu, portion besar jugak.tak padan dengan nama..akak suka gak gi Johnny ni..tapi since harga gitu, jarang la

      Delete
  2. amboi, seronoknya sambut birthday ya, terliur kak wana tengok banyak makanan sedap2 di sana..adei, lapar perut dibuatnya..huhu

    ReplyDelete
  3. kak ana pernah sekali ke sini, not bad lah kan amy :)

    ReplyDelete
  4. Tersedak sekejap tengok harga dia. Kalau nak cuba sekali, bolehlah pergi.

    ReplyDelete
  5. Terkejut dengan harga makanan kat situ...

    ReplyDelete

hello dear :) x salah pun baca sambil komen kan.