Senarai Barang Penting yang Perlu Dibawa ke Universiti

11:06 a.m
apartment
layan Hindustan sambil buat slide untuk presentation FYP

assalamualaikum and hello lads!

http://www.instylebuzz.com/wp-content/uploads/2015/03/tumblr_lrpkabl4o51qzlicjo1_500_large.png
apa khabar semua? moga sihat hendaknya in shaa ALLAH. :)


alahai. dah nak final year baru nak cerita pasal senarai barang yang perlu dibawa ke universiti kan. haha. tak apa. budak final year lagi banyak pengalaman tau. macam-macam harta benda dah aku bawa. sampaikan ummi aku kata macam ni:

ni macam nak pindah rumah terus je. 

hahahaha. aku tak pernah balik ke apartment tanpa tangan kosong. eh, banyak sangat ke barang tu? muat ke nak sumbat dalam kereta. mari kita tengok senarai barang mana yang penting untuk di bawa ke universiti. 

1. Beg Laptop 


kalau di awal orientasi, aku tak galakkan korang bawa ye adik-adik. takut berlaku kecurian. selalu sangat aku dengar pasal ni. iye lah, kita sibuk orientasi dari pagi sampai ke tengah malam, tanpa sedar ada orang dah pecah masuk rumah. so better lepas seminggu dua, ataupun masa assignment dah bermula, baru bawa.

http://40.media.tumblr.com/ee15c250b720f855bfe98a93114fb024/tumblr_nfvn08bVNO1u155g9o1_1280.jpg
credit to studydud.tumblr.com

2. Dokumen penting


ini tolonglah cek betul-betul. lagi-lagi yang duduk jauh. alahai, bayangkan kalau tak bawa. menangis sendiri dekat situ. kita dah besar, tak boleh harapkan family cekkan semua list dalam borang tu. masa ni lah kena berdikari

- surat tawaran
- dokumen peribadi
- duit untuk bayaran yuran pengajian
- surat scholar kalau ada

3. Bantal dan seangkatan dengannya


ini bukan asrama masa dekat sekolah dah. cadar pun jangan lupa bawa. kalau sekolah dulu kan warna kena sama. dan pakai sekolah punya logo. bantal nak bawa 10 pun boleh. asalkan tak mengganggu roommate yang lain. 

http://25.media.tumblr.com/52e8ba46916a26d83e21957fe30b9a1a/tumblr_mhh2m2ZFtW1s0l7eto1_400.gif
credit to wifflegif.com

apa seangkatan dengannya:

- selimut
- cadar
- bantal peluk
- sarung bantal 


4. Toiletries


penting tau. kalau tak, macam mana nak mandi. tuala pun jangan lupa. jangan lupa beli bakul sekali untuk isi barang-barang mandi tu. selalunya IPTA duduk asrama kongsi bilik air ramai-ramai satu aras. kalau macam aku duduk IPTS, duduk apartment. tapi still aku pakai bakul kecil. senang nak angkut semua.

http://media.tumblr.com/tumblr_lv1heufTQe1qzp23k.jpg
credit to kinikunormal.blogspot.com

- sabun mandi
- syampu
- ubat gigi/berus gigi
- conditioner
- pencuci muka
- sponge
- baldi
- bakul isi pakaian kotor

5. Pakaian


ini paling merunsingkan fikiran anak gadis macam aku juga. selalu tak tahu berapa banyak baju nak kena bawa. baju tidur, baju kuliah, baju siang, baju sukan. alamak, kalau boleh bawalah pakaian untuk seminggu punya. kadang-kadang baju sama juga kita pakai dekat asrama. kalau rumah senanglah nak pakai beza tiap-tiap hari. dekat asrama kena basuh sendiri. kalau rajin tak apa.

credit to ffffound.com
tapi baju kuliah pilihlah baju kurung, baju kemeja, blouse dan lain-lain. kita dah masuk dunia universiti. nak pakai jeans pun tak apa. tak ada masalah. asalkan menutup aurat. 

6. Al-Quran dan Mathurat


ha, ini pun penting. jangan lupa bawa. kita duduk dekat tempat orang. dan kita tak tahu berapa lama bilik tu ditinggalkan. so, first day masuk bilik, lepas solat, jangan lupa baca ye surah yang patut. telekung pun jangan lupa bawa

credit to hq-images.com

7. Dompet


ini nak kena sangat kalau tak bawa. selalu ada je terlupa. jangan pandang remeh tau. duk fikir benda lain, dompet tak bawa. dah la ada kad bank, ic bagai kan. ini wajib cek dulu. !! 

eh kalau malas nak membasuh, bawa duit syiling mencukupi. boleh basuh baju di dobi.

8. Pinggan Mangkuk


kot-kot lah nak balik makan dekat asrama. aku selalu buat macam tu sebab dekat kafe confirm ramai orang. kadang-kadang nak juga masak dekat apartment sendiri kan. so, macam mana nak makan kalau tak ada pinggan mangkuk kuali??? ini IPTS je tau. IPTA aku rasa tak boleh bawa periuk kuali semua.

9. Stok makanan Sebulan


ha. ini wajib ada untuk student. malam-malam buat assignment kadang-kadnag boleh jadi kebulur. masa tu lah nak makan ni, nak makan tu. nak keluar, kereta tak ada lagi. member semua dah tidur. so, solution dia? sediakan stok selama sebulan atau setahun. ikutlah korang.

credit to imgur.com
AIR MINERAL jangan lupa bawa. ini penting sangat. kadang-kadang susah nak dapat. lagipun water killer (cooler) bukan elok sangat. aku sakit tekak je tiap kali minum air dari situ. kalau sensitif macam aku, jangan lupa bawa eh.

10. Beg Kuliah


beg apa sesuai? ha, ala dah masuk universiti dik. ada siap pakai beg tangan lagi pergi kuliah. ada yang tak bawa buku pun. kalau nerd macam aku ni, bawalah beg macam sekolah dulu-dulu. siap ada notepad, pencil box, dan sebagainya. 

11. Ubat-Ubatan


ha, ini aku confirm letak paling atas sekali dalam list. kita ni manusia berbeza sakit dik. so, tak semua ada bekalan ubat yang sama. kalau rajin, bawa je apa yang berkaitan. ubat gamat, minyak cap kapak, pil chikiteon (alamak, tak reti eja), bonjela dan lain-lain lagi.

okay, aku rasa itu sahaja kot yang penting. lain-lain ikutlah nak bawa ke tak. good luck aku ucapkan untuk adik-adik semua yang akan masuk ke alam universiti. tak kisah lah bila-bila masuknya.

adios~

https://pumsa.files.wordpress.com/2013/10/college_life_960x356.gif
credit to www.buzzquotes.com
 
 
 
 
 
post signature

Share:

11 comments

  1. kalau jenis dengar info, tapi susah nak ingat. boleh bawak buku nota :D

    ReplyDelete
  2. jangan ada yang tertinggal dah la ye dik...

    ReplyDelete
  3. suka tengok list ni, teringat pulak masa mula2 nak masuk ipg dulu, selalu baca entri macam ni, hehe :3

    ReplyDelete
  4. Bila baca ni teringat pulak zaman dulu-dulu...hehehe

    ReplyDelete
  5. Stok makanan sebulan! Wow. Muat ke lemari nak letak tu? =D

    ReplyDelete
  6. stock makanan tu paling kena ada kikiki

    ReplyDelete
  7. inilah diaaa.. amanat seorang senior kepada juniornya =)

    ReplyDelete
  8. stok makanan sebulan tu kelakar.....!! hahaahhaa.. mak-mak la selalu sibuk pasal bab ni.. takut sangat anak dia x makan duk kat asrama tu... kikikikiiii...

    nice sharing Amy... :)

    ReplyDelete

hello dear :) x salah pun baca sambil komen kan.