1:42 a.m
apartment
layan telegram EFG
assalamualaikum and hello lads!

ha alkisahnya petang semalam terjadilah satu peristiwa paling aku tak duga sekali. serious aku terkejut. eh apa yang berlaku ni?
sebenarnya tepat pada pukul 2 petang, aku bakal menduduki peperiksaan PCI di kelas. tapi tiba-tiba housemate aku duk menjerit panggil sorang lagi housemate aku. aku peliklah kenapa dia tutup mata lepastu tangan macam duk mencari-cari orang kan.
rupanya dia kata lepas bangun dia tak nampak apa. aku cuak sangat dah. alahai, macam mana aku nak tolong ni? aku ada exam. tapi kesian tengok dia. duk mencari sana sini tak nampak. iye la, kita elok-elok nampak, bangun terus gelap gelita. apa perasaan kau?
sampaikan agaknya dia panik, dia jadi lupa dengan segala benda. no IC dia lupa, no telefon dia lupa. aduhai. aku dah la tak rapat sangat dengan dia.
katanya macam mana semua boleh terjadi, macam ni..
dia demam dah masuk dua hari. lepastu tiba-tiba semalam dia sakit kepala yang teruk. dia minta ubat dekat housemate aku lain. housemate tu kasilah dua biji pil paracetamol dekat dia ni. lepas makan, elok dah tak sakit kepala. then dia baring balik. masa bangun terus dia kata tak nampak.
terkejut mak bapanya. dah lah duduk Kelantan. kalau aku jadi mak, tak terbayang rasanya. nauzubillahiminzalik. tadi pun lama juga aku menunggu dekat hospital dengan housemate aku. sampai makcik-makcik dia dah sampai, baru aku minta izin undur diri. aku rasa janggal pula berdiri dekat kalangan yang hanya keluarga sahaja boleh berada di situ.
masa dekat hospital, muntah pula. aduhai. dia nak buka mata dah tak boleh. macam ada saraf yang menekan agaknya.
doktor masih tak ada jawapan apakah yang terjadi di sebalik simptom yang berlaku dekat housemate aku. tapi aku harap sakit 'tak nampak' nya tu sementara sahaja. doakanlah sama-sama ye.
maybe harini aku akan singgah melawat dia. in shaa ALLAH.
adios~

UBAT tu expired ke apa??? adoi
ReplyDeleteSalam..
ReplyDeleteSinggah petang...
Selamat berhujung minggu..
Ya Allah...semoga kawan tu dipermudahkan segala urusan..
dan Allah sembuhkan nyer..Amin....
omaimai...
ReplyDeletedah baca mengenai kisah ini. semoga dia kembali sihat..
ReplyDeleteadakah elergik panadol..macam kSu; ...
ReplyDeletekalau ambil panadol memang tak boleh buka mata..terus merah pedih yang sangat sangat sangat berair semua,
doktor pun dah tak bagi ambil, tiada jaminan.
sekali kena dulu terus anti panadol.
semoga dia kembali pulih seperti sedia kala..insyaallah.. :)
ReplyDeletenanti update taw cerita pasal kawan awak ni. nak tahu. sebab ada juga makan paracetamol bila sakit kepala. moga dia tak ada pape.
ReplyDeleteuish.. nauzubillah.. moga2 dia baik2 saja.. seramnya gitu..
ReplyDeleteke sebab dia sngt sakit kepala..
Logik juga kan,...harap doktor dapat kesanlah sebab-musababnya
DeleteKasihannya. Moga tiada apa yg serius pada housemate Amy tu. Harap hanya allergik/komplikasi ubat jela
ReplyDeletesemoga beliau cpt sembuh amin
ReplyDeletesemoga cepat sembuh..
ReplyDeleteJOM FOLLOW SAYA
Moga cepat sembuh kawan Amy ni.
ReplyDeleteya Allah . now apa jadi ? kesiannya dia. moga baik sahaja hendak-Nya
ReplyDelete