Hina Perempuan Kerana Minat KPOP

Hina Perempuan kerana Minat KPOP

6:30p.m
apartment
..

http://data.whicdn.com/images/54090163/large.gif

assalamualaikum and hello lads!


alkisahnya masa aku balik dari berwefie dengan member aku, aku terdengar perbualan di antara housemate aku dua orang ni. diorang sangat berang dengan lelaki yang suka menghina perempuan sebab minat sangat dengan KPOP.

contoh hinaan nya macam ni.

muka lawa dah, baik, tapi minat KPOP. what the .....

ini sindiran menyentap punya. nampak macam KPOP tu sangat low class. okay, first of all, aku bukanlah peminat KPOP. so korang jangan assume mentang-mentang aku minat KPOP, iye lah aku bela diorang. nope. aku cuma nyatakan apa yang aku nampak logik sahaja depan mata aku okay. *oh, aku minat Hindustan, bukan KPOP*

http://27.media.tumblr.com/tumblr_lkrgx9HXDe1qzed83o1_500.jpg
credit to www.buzzquotes.com

first of all, bagi aku tak salah untuk minat KPOP. orang yang duduk kutuk ni sebab tak faham dengan bahasa Korea tu sahaja. yang tak pernah dengar. yang sekali dengar lagu tak best, terus assume semua lagu buruk. aku agak terasa juga aku faham perasaan orang bilamana minat aku terhadap muzik Hindustan dipertikaikan. kalau korang judge orang minat KPOP sebab reason macam ni, korang lah manusia yang paling bodoh sekali dalam dunia.

even orang yang tak minat KPOP macam aku pun boleh nampak perbezaan setiap genre lagu yang dimainkan. even drama. kawan aku kata, drama Korea sekarang dah makin bagus. tak bosan macam dulu. diorang makin pandai buat cerita. ini aku akui, adik aku sangat minat drama. ada certain tu, aku tertengok juga since aku menghadap laptop depan tv.

tanpa sedar, aku boleh terleka juga layan drama dia. aku sangat susah nak hadap drama tv seriously. tambahan lagi drama Melayu. seriously, drama Melayu ada dalam senarai yang paling bawah sekali aku akan tengok. tapi patut ke korang assume cerita Melayu semua sama je? nope. aku bosan, aku mencari juga drama ada Beto ke Ungku Ismail ke. kadang-kadang unik juga ceritanya.

so apa point korang sindir dan kritik gadis-gadis yang minat KPOP ni? setiap orang berlainan taste dia dalam sesuatu. contoh macam kau handsome macam artis hollywood sekalipun, kalau dah kau bukan taste dia, kau tak boleh buat apa. terima sahaja.

obses KPOP? yes. ini aku perasan, memang ada yang obses KPOP. sampai ambil mata pelajaran Korea lagi semata-mata nak pergi Korea nanti boleh kecek sama bahasa dengan mereka. alahai, pakai duit kau ke nak pergi Korea tu? ganggu hidup korang ke dengan keobsesan diorang tu? tak suka cakap je kat diorang tak suka. jangan sampai menghina. 

tengoklah orang yang minat KPOP tu, sampai berpeluk pelukan.. tak ke teruk perangai perempuan yang minat KPOP ni?? 

ni bukan salah KPOP. haha. ni salah nafsu sendiri. tahulah dia handsome, tapi adik-adik oi, janganlah sampai peluk dia. kita ada agama. kita ada adat. kita ada akhlak. nak peluk juga? boleh. ajaklah dia kahwin. lepas tu nak peluk 24 jam pun suka hati. i don't care. tapi ingat batas pergaulan kita.

http://static.tumblr.com/8b9a0a681143f6d6366febb4571e0fdb/lna00dw/JS0nazimk/tumblr_static_86tjcba0egco4gkgwgckckw0c.png
credit to kpoplover436.tumblr.com
 
okay, gambar atas ni tipu. aku pernah minat KPOP dulu kala masa aku foundation. dan setahun lepas tu, aku berjaya keluar. kenapa aku tak suka? aku memang macam ni. makin famous orang tu atau muzik tu, aku terus automatically tak nak suka. pelik? tengoklah header wei. 

orang malaysia ni masalah dia, dia cepat sangat judge orang without knowing why he did what he did. benda ni memang tak akan berubah.
 
adios~
 
post signature

Share:

12 comments

  1. akak peminat KPOP ... walaupon dah tahap ahjuma (wanita yang lebih "dewasa" :-) Sumer sebab tengok kdrama .. nasib baikla akak dah kawen kan.. hubby pon melayan jer :-) . Tak salah nak minat genre ape pon, asalkan pandai jaga diri. Each to their own. Sorry panjang pulak komen.

    ReplyDelete
  2. org yang tengok korean drama tu kira minat kpop jugak ke? ke kpop ni utk muzik dia je? haha.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kpop ni umum. merangkupi drama, muzik, rancangan hiburan hehehe

      Delete
  3. You're right. Setiap orang ada minat masing-masing dan kita perlu hormat selagi ianya tak bertentangan.

    ReplyDelete
  4. Tak salah pun nak minat kan..bukan haram pun. Peluk tu yg haram. Hehe

    ReplyDelete
  5. yeahhhh judging without knowing the reason is big NO NO NO. cuba kalau kita hina pulak minat dia, tengok dia kata apa. what comes around goes around right? so, hormatilah minat dan pandangan masing-masing. kita kan hidup dalam demokrasi #tetibe hahahaha.

    ReplyDelete
  6. Paling tak suka orang judge peminat K-pop sebab saya peminat K-pop. hahaha. For me, saya minat beragak-agak. Tapi, bila orang tahu saya minat K-pop, apa-apa pandangan saya terhadap sesuatu perkara semua tak bernilai.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Fuh, sampai macam tu sekali. T_T Saya setakat ni belum ada pandangan pelik pada orang2 yg minat KPop ni, sebab sepanjang tgk drama, mmg menarik isu2 yang dikupasnya. Macam ketelusan menteri2, kewartawanan, doktor2 nye kes (dramatically hehe).

      Cuma tak faham kenapa orang yang minat artis Hollywood, no problem eh. Taylor Swift etc.

      Delete
  7. well...akak rasa kita tak patut judge minat orang.sangat setuju dengan entry Amy. I'm a girl who's into football, lagi stres! Paling pantang bila orang kata akak minat sebab pemain hensem! I mean, so what. Aku x mintak duit korang pun nak bayar bil Astro aku! Tak menyusahkan korang pun kalau aku gi stadium! Hahaha..sori teremo!

    bab Hindustan tu, sep sikit!!!

    ReplyDelete
  8. Ok setakat ini belum berjaya tengok movie atau drama Korea melainkan ju-on

    ReplyDelete
  9. apa apa hiburan yg ada unsur2 dibawah.maka haram untuk ditonton
    1)unsur cinta
    2)unsur seks(sikit atau byk)
    3)hina agama islam
    4)pergaulan bebas
    5)dedah aurat

    itu sahaja yang saya tahu.kpop 90% haram.sebab kebanyakannya ada unsur2 seperti diatas.lagu pon sme.tgok lah lirik dia.

    ReplyDelete
  10. apa apa hiburan yg ada unsur2 dibawah.maka haram untuk ditonton
    1)unsur cinta
    2)unsur seks(sikit atau byk)
    3)hina agama islam
    4)pergaulan bebas
    5)dedah aurat

    itu sahaja yang saya tahu.kpop 90% haram.sebab kebanyakannya ada unsur2 seperti diatas.lagu pon sme.tgok lah lirik dia.

    ReplyDelete

hello dear :) x salah pun baca sambil komen kan.