Kenapa Gadis Lebih Tertarik dengan Lelaki yang Sudah Berkahwin?

Kenapa Gadis Lebih Suka Lelaki yang Sudah Berkahwin?

 
assalamualaikum and hello lads!
aku nak buat kisah di sebalik tajuk entri ini tidaklah bermakna aku sukakan lelaki yang berkahwin. tapi selalunya setiap drama atau dalam majalah yang aku baca, apatah lagi di dunia realiti ni. ini yang aku dengar.

hei perempuan ****** ni, sebanyak-banyak lelaki bujang dekat luar sana tu, lelaki orang juga dia nak! 

mesti korang juga dah biasa dengar ayat macam tu kan. sebenarnya apa penyebab mereka lebih tertarik dengan lelaki yang sudah berkahwin ni? sebab taboo ke? kau cuba dapatkan sesuatu yang mustahil tapi once kau dah dapat, kau adalah manusia paling bertuah sekali? aku pelik juga kenapa boleh jadi kes macam ni.

jadi selepas mencari dan mencari, aku jumpa artikel mengenai masalah ini. okay, mari kita tengok apa puncanya. oh, ini adalah berdasarkan kajian yang dilakukan oleh pakar psikologi dalam dunia perkahwinan.

1. Lelaki Sudah Berkahwin sangat Komited

masa awal-awal lelaki sudah berkahwin dah menunjukkan dia sangat komited. aku ada dengar pasal lelaki susah nak berkomitmen ni. kalau setakat bercouple sahaja, memang ramailah. tapi nak kahwin, memang ambil langkah yang sangat besar. so, daripada perempuan asyik kecewa dengan cinta yang tak pasti mampu membawa ke alam perkahwinan atau tak, jadi mereka memilih lelaki yang sudah berkahwin.

2. Lelaki Berkahwin sudah Dewasa

menurut apa yang dikatakan oleh Scott Stanley, Ph.D, codirector of the Center for Marital and Family Studies di University of Denver, bercakap dari sudut statistiknya, 
"married men are more likely to be educated, more likely to be working, to have an income, to be responsible." 
atau dengan cara lebih mudah, lelaki yang sudah berkahwin lebih berpelajaran, sudah pastinya sudah bekerja, mempunyai pendapatan, dan lebih bertanggungjawab. apatah lagi bila perempuan tu selalu dihadap dengan lelaki yang asyik bermain video games 24 jam dan pakaian dalam pun masih emak yang beli dan susunkan, lebih baik mereka menggoda lelaki yang sudah berkahwin. 

3. Gadis terasa Bagaikan Dihargai


kalau lelaki yang dah berkahwin teks gadis tersebut, telefon, mengorat, pastinya dia mengambil risiko hidup yang sangat tinggi semata-mata untuk berdamping dengan gadis itu. apa yang boleh diperkatakan di sini. maksudnya 
"lelaki ni dah kahwin, dia patutnya layan isteri dia, tapi dia layan aku, so mesti aku ni sangat special"

ataupun

"lelaki ni banyak yang akan dia hilang nanti, tapi dia tetap memilih untuk bersama dengan aku"

sedikit sebanyak gadis-gadis seperti ini akan terasa dihargai. terasa bagaikan dunia ini dia yang punya. 

4. Lebih Dramatik


hanya satu panggilan kepada isteri si lelaki itu sahaja bakal memusnahkan perkahwinan yang sedia ada bagi lelaki itu. atau mungkin akan merosakkan hubungan dengan anak-anak lelaki itu juga. tapi apakan daya, perempuan memang ternyata ada yang sukakan cabaran seperti ini. 

kalau tengok dekat English movie tu pun, sama ada lelaki tu akan bercerai dengan isteri dia atau memohon kemaafan dari isteri dan menyambung semula hubungan yang sudah retak.

kata Sussman, 

"people who are prone to drama, they don't like the mundane relationships"

5. Married Men are the Good Guys


biasanya mesti pernah dengar juga ayat ni kan.

"handsomenya lelaki tu, tapi mesti dia dah kahwin."

"baiknya dia, tak berkira pun, tapi orang baik macam ni mesti dah ada yang punya"

lagi-lagi bila gadis yang asyik bertemu dengan lelaki tak guna, mereka merasakan hidup ini tidak adil, jadi mereka cuba juga merampas lelaki yang sudah berkahwin ni. 

6. Pasangan Serasi


kadang-kadang ada je pasangan yang setia ke akhirnya walaupun ada masalah dari segi kesihatan seperti anak, kanser ataupun lain-lain sebab. Tengok sahajalah Prince Charles dan Camilla, LeAnn Rimes dan Eddie Cibrian, dan sudah pastinya Brad Pitt dan Angelina Jolie, mereka sememangnya pasangan cinta sejati. 

tapi kalau makin lama lelaki sudah berkahwin ni rasa tak ada cinta yang bersemi dalam perkahwinan dia, curang adalah satu idea yang sangat memotivasikan dirinya jika dia dapat lakukannya. tambah Sussman lagi,

"If you’re in a loveless marriage and there’s no sex, no passion, then you may already be considering leaving"

tak bermakna lelaki baik semuanya sudah berkahwin. ada sahaja lelaki bujang yang baik, yang bertanggungjawab, yang sedang mencari jodoh juga. senang cerita macam ni jugalah, andai tidak mahu perkahwinan kita dihancurkan, janganlah kita menghancurkan rumah tangga orang lain pula.

sumber: WomensHealthMag
  
 
post signature

Share:

11 comments

  1. bahaya kalau terjebak dengan suami orang. the grass is always greener on the other side.

    ReplyDelete
  2. guys yg dh married ni tahu la sikit prangai pompuan mcm mne
    tak perlu lama2 nk pham ..
    hehe
    rasanyalah ...

    ReplyDelete
  3. owh..baru tahu..terima kasih atas perkongsian ini. hehehehehehehehe

    ReplyDelete
  4. betui2.. boleh kata fakta 2 betui.. huhuhu tapi xsemua wanita suka laki org kan... huhu

    ReplyDelete
  5. hurmh... ada betulnya..

    tapi, banyak lagi kumbang... kenapa kena pilih kumbang yang itu..?

    ReplyDelete
  6. salah satunya.. yg berkahwin memang sudah berpengalaman berbanding sang teruna...

    ReplyDelete
  7. ada perkataan "dramatik" di situ.. so, is terasa...!! hahahahahaa.. :p
    tak lah.. gurau je.. hihihiii..

    tapi point2 tu ada betulnya Amy.. perempuan suka lelaki2 yg ada sifat2 lelaki matang mcm suami orang.. tapi better cari lelaki yg matang tapi masih bujang la.. ataupun duda.. ehh.. ehhh.. hehehehehe... :)

    ReplyDelete
  8. Tak tahu nak komen apa. hahaha.

    ReplyDelete
  9. apa maksud mundane relationship? hehhee

    btw lelaki yang dah berkahwin mmg betul biasanya baik dan peramah hahah

    ReplyDelete

hello dear :) x salah pun baca sambil komen kan.