Lelaki Rasa Perempuan Comel Bila ....

Lelaki Rasa Perempuan Comel Bila

9:41 a.m
apartment
..
http://24.media.tumblr.com/tumblr_m2jl398piO1rt9oheo1_400.png
assalamualaikum and hello lads!

haritu ada buat mengenai tanda lelaki tak suka kita. bila duduk bersembang dengan kawan-kawan aku, diorang minta aku buat entri pasal tanda lelaki suka kita pula. in shaa ALLAH lepas aku dah habis buat research mengenai lelaki, aku akan buat entri tu. 

tapi buat masa ni, meh aku tunjuk apa fiil perempuan yang membuatkan lelaki rasa sangat comel di matanya. ataupun rasa attractive la kiranya. kadang-kadang apa korang buat tu nampak simple and buruk tapi dia rasa comel. 

ni based on my research on youtube dan website okay. dan diyakini datangnya dari mulut lelaki sendiri. 

1. Messy Bun


- kadang-kadang kita suka ikat rambut supaya kemas semua tu kan. kadang-kadang braid macam Elsa lah. haha. tapi lelaki sebenarnya sangat suka tengok perempuan yang buat messy bun sambil pakai pijama biasa sahaja. macam kita duduk rumah lah rasanya. kan main pusing pusing je rambut. asalkan terikat. kalau tak, rasa panas. kira macam i-dont-care-look. 
credit to skinrich.info

yes, perempuan nampak sangat manis kalau dia bergaya. pakai blaus ke maxi ke, tapi gaya macam dekat atas pun buat lelaki rasa perempuan nampak sangat comel.

2. Gelak tiba-tiba berdengkur


- alamak, macam mana eh. dia gelak terlalu kuat dan tiba-tiba belakang tu macam ada snore sikit. and tanpa dia sedar, dia malu dengan gelak dia sendiri. bagi lelaki, gelak macam tu dia terasa comel. 

3. Oversize Sweater


- kalau pakai ketat tu maybe nampak seksi, tapi kalau pakai oversize punya baju sampai tangan perempuan nampak sikit je, lelaki rasa perempuan tu comel sangat. lagi-lagi kalau pakai sweater dia. tapi janganlah main rembat sweater kawan lelaki pula. mahu kena lepuk kang. 
http://40.media.tumblr.com/tumblr_lw9mhdgWRh1qgq505o1_500.png
credit to mycuppycake-.tumblr.com

4. Concentrate dengan Something 


- selalunya bila kita concentrate dengan sesuatu, kita akan buat muka sangat serious. tapi ada certain lelaki rasa perempuan nampak sangat comel bila dia terlalu fokus dengan sesuatu sampai dia tak perasan alam sekeliling. 

5. Gigit Bibir


- gigit bibir ni aku perasan memang ramai perempuan buat bila diorang nervous atau excited. 
credit to www.wisegeekhealth.com

6. Malu-malu sambil tundukkan pandangan


7. Suka Mencuba Sesuatu yang Baru


- maybe korang jenis yang suka adventurous activities, macam hiking ke, ataupun water rafting, sky diving, ada sesetengah lelaki sangat suka perempuan macam ni. korang suka mencuba sesuatu yang baru. well, maybe bukan something adventurous, tapi apa sahaja yang menarik perhatian korang. 

8. Passionate dengan Sesuatu

- kita perempuan confirm ada satu passion yang kita tak boleh nak tinggal. ada antara kita yang minat anime, ada antara kita minat melukis. ada juga yang minat sangat dengan lagu lama. tanpa kita sedar, bila kita buat or cerita something pasal passion kita, muka kita jadi bercahaya and berseri sebab kita terlalu bersemangat untuk explain dekat orang lain kenapa kita minat sangat dengan benda tu. guys find that attractive you know. 
http://38.media.tumblr.com/tumblr_m5u02u4xLO1r9vi6po1_r2_250.gif
credit to picslist.com

9. Sama Taste Music dengan Lelaki

- ini bukanlah merujuk pada top 50 or top 10 music yang sibuk berkumandang di udara tu. tapi jenis muzik yang kita biasa dengar dekat Youtube je. lelaki suka bila dia pasang satu lagu yang tak semua orang biasa dengar, tapi kita tahu lagu tu and korang boleh jamming sama-sama, dia akan rasa suka.  kiranya korang punya minat yang samalah kan. 

10. Natural Mekap


- lelaki suka bila perempuan tak pakai mekap. diorang rasa perempuan lebih nampak real and appealing. but not to worry, lelaki suka juga perempuan pakai mekap masa pergi function or saje berjalan-jalan dengan kawan-kawan. tapi bila kita tak pakai mekap or sekadar natural mekap macam lip balm, diorang tetap rasa perempuan nampak comel. 

11. Senyum


- mengikut kajian psikologi yang aku baca. lelaki akan nampak lebih menarik kalau dia tak senyum, tapi berlainan pula bagi kita yang perempuan ni. lelaki rasa perempuan akan nampak lebih comel 10 kali ganda kalau dia tersenyum. so, kalau korang ada gigi, senyum sahaja. :)
http://38.media.tumblr.com/tumblr_lvcyt2jcwE1qa3g9o.gif
credit to gifhunterress.tumblr.com

12. Giggles 


- berbeza dengan ketawa mengilai, lelaki lebih rasa perempuan comel bila dia ketawa kecil. 

13. Act Smart


- please. kalau korang pandai, just be that way. jangan berlagak bodoh. itu cuma akan buat korang nampak sangat bodoh. lelaki suka perempuan pandai. ada certain lelaki fikir perempuan pandai tu seksi, ada pula yang rasa perempuan pandai tu comel. 

14. Cermin Mata 


- lelaki rasa perempuan nampak comel bila perempuan pakai cermin mata. nampak macam librarian. aku rasa perempuan yang pakai cermin mata, apatah lagi yang besar-besar tu, memang perempuan nampak comel. compare dengan yang pakai lens. 

 
 
okay itu sahaja antara persamaan yang aku jumpa dalam semua proses pencarian aku untuk kita si kaum Hawa ini. tapi apa yang paling terbaik, jadilah diri sendiri. jangan sampai berpura-pura jadi orang lain untuk tarik perhatian lelaki. lelaki senang notice kalau kita buat something yang bukan diri kita. well, maybe lelaki yang kenal kita sahaja or strangers.
adios~
 
post signature

Share:

7 comments

  1. bagus tips-tips ni untuk maintain comel depan hubby :-)

    ReplyDelete
  2. ok.. nak amalkan ni depan husband :P

    ReplyDelete
  3. Tak payah cakap lelaki, bila saya tengok perempuan yang ada few ciri-ciri macam ni pu, saya suka :D

    ReplyDelete
  4. ada mamat akak kenal, pernah kata akak comel bila 'cakap sorang-sorang'. pelik-pelik je kan/..haha

    ReplyDelete
  5. Betul tu macam spupu saya lelaki dia suka perempuann pakai spekmata dan tak Palau tudung

    ReplyDelete

hello dear :) x salah pun baca sambil komen kan.