Resepi Banana Chips Chocolate Cake
assalamualaikum and hello lads!
Bahan:
- 2 cawan tepung gandum
- 2 sb serbuk koko
- 1 sudu teh baking soda
- 1/4 st garam
- 1/2 cawan mentega - suhu bilik
- 3/4 cawan gula perang
- 2 biji telur gred A - dipukul perlahan
- 2 cawan pisang masak - dilecek kasar
- 1 sudu teh esen pisang
- sedikit chocolate chips
Cara:
- Panaskan oven pada suhu 175 degree celcius. Gris loyan loaf pan ukuran 9"x5" dan lapik dasar loyang dengan kertas minyak
- dalam mangkuk besar, ayakkan tepung, baking soda, garam dan serbuk koko. Kacau rata dengan whisk dan ketepikan.
- dalam mangkuk yang berasingan, pukul mentega bersama gula perang sehingga berkrim (anggaran 2 minit) kemudian masukkan telur yang telah dipukul bersama pisang lecek, kacau rata.
- masukkan adunan telur dan pisang ke dalam campuran tepung dan kacau rata (setakat untuk sebati sahaja, tidak perlu lama)
- tuang adunan ke dalam loyang, kemudian taburkan choc chips diatasnya. Kemudian angkat loyang sedikit dan hentaknya jatuh sebanyak dua kali. Tujuannya supaya gelombang udara dapat dikeluarkan.
- bakar selama 60 minit atau sehingga masak (uji dengan mencucukkan lidi)
- setelah kek masak, keluarkan kek dari oven dan biar di dalam loyang selama 10 minit sebelum dikeluarkan
![]() |
credit to www.starbucks.com |

Nakkkk :-)
ReplyDeleteresepi mudah, boleh akak try masak..thx adik ;)
ReplyDeletemacam menarik je... uhuhh
ReplyDeletetentang baked akak surrender..akak memang tak pandai
ReplyDeleteNak jugaaakk
ReplyDeleteErm..Nampak Sedap tu Amy..nyum2..;)
ReplyDeletesedapnya nmpak... da malam2 gini..mcm trase nk buat..tp bahan xcukup..hhiih...
ReplyDeletemcm senang jekkk kan...
ceria2 ke blog kak elly ;)
KEPERLUAN PROTEIN DALAM TUBUH
nice resepi..rasa cam nak try la nnt :)
ReplyDeleteThanks for sharing the recipe! tak sabar nak try. Sy pun selalu kongsi recipe cake kt blog. Jemput singah! hehe
ReplyDeleteieyra h. | blog
sedapnyaaa.. pisang je xder.. kalo tak boleh buat esok..
ReplyDelete