Sehari di Melaka .:Kota A Famosa:.

Berjalan-jalan di A Famosa Melaka

2:55 p.m
rumah makcik
buat thesis

assalamualaikum and hello lads!





aduhai. stress buat thesis ni hahaha. sem lepas duduk tengok kawan-kawan buat thesis diorang. sem ni aku pula memecahkan kepala dengan buat thesis projek aku. bukan pening nak pun kalau diikutkan. tapi tak tahu nak buat ayat apa. takut tak menepati apa yang Uniten perlukan. apa aku merepek ni.

so, memandangkan final exam aku akhirnya sudah habis! kami berempat (aku, Mek, Ana dengan Hidayah) memutuskan untuk berjimba di Melaka. mulanya plan nak buat banyak hari tapi aku dengan Ana ada thesis yang perlu disiapkan, so satu hari je kami punya cerita travel ini.

bergerak pada pukul 10pagi, dengan keadaan yang berjerebu, akhirnya kami sampai di kota A Famosa pada pukul 11 pagi. sampai je kena beli kupon tau. aku rasa tak semua tempat ada. so, korang pergilah beli dulu kupon letak kereta. lepas dah beli, barulah bergerak masuk ke dalam kawasan A Famosa.

credit to missnurulrahimah.blogspot.com
parking dia agak susahlah nak cari. alang-alang kalau malas nak cari kat luar, masuk je parking dalam mall. ada banyak mall dekat area A Famosa tu. situ pun ada kawasan sekolah. agaknya sebab tu banyak kereta.

ada tempat yang menarik perhatian aku. tapi kawan-kawan aku kata takut tak berbaloi, so tak apalah. aku pendam je dulu hahahaha.






jenuh juga rupanya nak naik A Famosa ni. dah lama tak jogging. so stamina berkurangan sedikit. ada juga budak-budak sekolah datang melawat even keadaan jerebu macam ni. nak masuk ke A Famosa free sahaja. tertarik tengok beca. tapi segan. sebab colorful sangat becanya. tak ada kaitan 









lepas dah bergambar puas-puas dekat atas tu, kami singgah ke muzium pula. hahaha. kami ni geng sejarah. so, alang-alang dah sampai sana, kami belilah tiket nak masuk muzium. dari apa aku tengok dekat bahagian kaunter muzium tu, ada 6 jenis muzium yang berbeza. tiket nya cuma bayar sedikit sahaja. dan boleh terus masuk semua muzium.



kemain member aku ni bersembang hahahaah




sakan kawan aku, Ana bersembang dengan pakcik tu sampai pakcik tu kasi murah tiketnya. muahhahahaa. muzium yang pertam kami masuk memang dah ada depan mata.

Muzim Seri Melaka


sebenarnya ini dah terbalik. patutnya masuk dulu Muzium yang menceritakan pasal Tanah Melayu, tapi kami dah terus masuk ke zaman sekarang punya era. so, tak apalah. alang-alang dah masuk, layankan sahaja.

tak ramai pun orang. hari Isninlah katakan.




Muzium Sastera Melaka


kemudian kami bergerak pula ke Muzium Kesusasteraan. dekat sini menarik juga. kita dapat tengok buku first edition sasterawan negara. ada A Samad Said. ada Mushi Abdullah. dan lain-lain.






aku rasa sepanjang bergerak ke muzium tu, kami je yang paling bising. hahahahhaaha. eh, ke muzium boleh bising eh? sakan bercerita pasal sejarah. pasal sastera semua.

kemudian bergerak pula ke Galeri Laksamana Cheng Ho.




tahu tak ini duit zaman dulu





Muzium Sejarah dan Etnografi

 
ni pun menarik juga. tengok zaman dulu punya adat perkahwinan. lepas tu ada baba nyonya punya. ada untuk mertua lah. ada rumah zaman dulu. memang unik. seronok juga kalau dapat belajar kan. 
 
meh sambut tangan aku. main hoon na

cuba tengok betul-betul apa yang unik dengan hantaran ni

 
seterusnya muzium pendidikan. agak scary patung-patung dia. takut nak tunjuk. hahaha. okay, nanti aku sambung lagi cerita kami di Melaka.
 
adios~
 
 
post signature

9 comments :

  1. lama dh bertandang ke Melaka... last zaman sekolah dulu ja...

    ReplyDelete
  2. wah amy, ni betul2 lawatan sambil belajar ni :) kak ana hujung bulan ni in shaa allah ada family day ke melaka :)

    ReplyDelete
  3. Saya kalau pergi Melaka mesti turun Bandar Hilir. Tapi, sampai sekarang tak pernah lagi masuk any museums dekat sana.

    ReplyDelete
  4. cunnye ladies2. lame dh lela tak jejak melaka

    ReplyDelete
  5. hahahaha lawak gilaaa hantaran terung dengan ciliiii

    ReplyDelete
  6. Bukan main lagi buat muzium tours ye :)

    ReplyDelete
  7. Dah lama tak pergi Melaka, bila la nak sampai Melaka nie ^-^

    ReplyDelete

hello dear ! thanks for dropping by. i'll make sure to reply asap !

My Instagram

Copyright © The Minimalist Traveler. Made with by OddThemes