Sistem Pembayaran Self Service di Tesco

1:08 p.m
apartment
lapar
self service checkout tesco
assalamualaikum and hello lads!

apa khabar semua? harapnya sihat sahaja hendaknya. aamiin. 
alkisahnya haritu aku keluar dengan member-member pergi tengok wayang dekat IOI mall di Putrajaya memandangkan tu je paling dekat dengan Uniten. 
lepas dah tengok wayang, dah solat semua, kami gerak ke bawah untuk beli barang dapur sikit di pasaraya Tesco. disebabkan duit tak banyak, aku beli dua tin jagung manis je which is my favorite hahaha dan roti sandwich. 
masa tengah mencari kaunter untuk bayar barang, kawan aku Mek tarik aku ke kaunter self service. dia kata dia pernah nampak kaunter self service ni dekat oversea. aku agak teruja untuk mencuba sebab tak pernah lagi bayar dengan cara macam ni. 
ini mesin dia. kita cuma buat macam apa cashier lain buat juga. scan barang. then, dah habis klik pay. dan masukkan duit kertas ataupun syiling mengikut harga yang sudah tertera dekat mesin tersebut. kalau nak bayar pakai kad pun boleh. ada je disediakan. 
so far, memang simple sangat. ada banyak mesin dia sediakan. aku rasa ramai teruja nak mencuba, sebab ramai betul ada dekat situ. 




maaf. gambar agak kabur sebab ambil dalam keadaan tergesa. inilah tempat masukkan duit korang.
 
post signature

2 comments :

  1. Walaupun benda ni ada dekat Canada, saya tak pernah cuba lagi. hahahah.

    ReplyDelete
  2. wahhh maju dah yeay! kat ipoh macam takde lagi :D i love self service counter, lagi2 kalau nak pecah duit tanpa perlu risau cashier taknak bagi T_T

    ReplyDelete

hello dear ! thanks for dropping by. i'll make sure to reply asap !

My Instagram

Copyright © The Minimalist Traveler. Made with by OddThemes