Talaash .:REVIEW FILEM:.

Review Filem Talaash 

9:44 p.m
apartment
sedapnya udara di ruang tamu

assalamualaikum and hello lads!
http://jilaaga.com/wp-content/uploads/2015/05/Talaash-.jpg
IMDb Rating: 7.7/10
Rotten Tomatoes: 77%

ha, kalini aku nak sambung review satu lagi filem Hindustan. apa dia? filem ini bernama Talaash. aku tahu. filem ni dah lama ditayangkan. tapi tak sangka ramai juga tak tahu pasal movie ni. meh aku cerita apa yang menarik dengan filem Talaash ni okay. 

filem Talaash ditayangkan pada tahun 2012. siapa pelakon dia? tak lain tak bukan adalah producer nya sendiri, Aamir Khan. heroin dalam cerita ni, bagi aku ada dua. Rani Mukherjee dan juga Kareena Kapoor. 

awal mula cerita, ada satu kereta ni accident tau. pelik juga orang lain yang jadi saksi. sebab apa? sebab tempat tu sangat sunyi. tak ada halangan apa, tiba-tiba je terpesong bawa and dushhh... masuk dalam laut. habis mati orangnya. 
masa ni lah Aamir Khan (Surjan) muncul. Surjan adalah polis. dia yang jadi ketua siasat kes ni. satu fiil dia, dia sangat tak percaya dengan spirit spirit ni. sampaikan ada salah seorang anak buah dia (polis) cakap tempat tu keras sebab dah 3 kali accident berlaku, dia tetap tak percaya dengan benda tu. 

Surjan dah berkahwin dengan seorang cikgu Sains yang bernama Roshni (Rani Mukherjee). dari jauh, orang nampak diorang macam tak sehaluan. kenapa? sebab satu peristiwa pahit ni buat diorang jadi macam tu. mula-mula diorang hidup bahagia je. diorang ada anak lelaki nama Karan.
http://cdn.koimoi.com/wp-content/new-galleries/2012/12/Talaash-BO-Draft-New-01.jpg
credit to www.koimoi.com

malangnya Karan meninggal di usia muda. kenapa boleh jadi macam tu? ha, tu tengok sendiri tau. hehe. tapi gara-gara kejadian pahit tu, Surjan rasa sedih. Surjan rasa serba salah. dia rasa semua tu salah dia. kalau lah dia tak ni... kalaulah dia buat macam tu. macam-macam kalau dia terbayang dalam fikiran dia. sebab tu dia jadi tak rapat dengan bini dia. sampaikan dia suruh Roshni yang pergi jumpa dengan psychiatrist. padahal dia tak sedar dia yang ada masalah dalaman.
masa duduk siasat kes accident tadi, oh sebelum aku sambung. accident ni melibatkan artis terkenal. so sebab tu lah kes ni jadi famous. ha, masa ni dia terjumpa dengan seorang perempuan a.k.a prostitute a.k.a Kareena Kapoor. Kareena dalam cerita ni namanya Rosie.
http://cdn.koimoi.com/wp-content/new-galleries/2012/12/Talaash-Movie-Bo-1st-Thursday.jpg
credit to www.koimoi.com

Rosie sebenarnya tanpa sedar banyak membantu Surjan dalam kes ni. terlalu banyak dia keluar malam bersama dengan Rosie sampaikan isterinya rasa sedih dan terjadi satu pergaduhan antara mereka berdua. dah la hubungan memang goyah.
oh Roshni ni pula ada satu sikap. ada jiran dia kononnya boleh nampak spirit ni. and one day, dia cakap dia ada satu message dari Karan. Roshni percayalah sebab dia tahu dia tak pernah bagitahu sesiapa pasal Karan. Surjan mengamuk lah, apa lagi. dia rasa benda tu merepek dan dia marah isteri dia. kata cikgu Sains, tapi percaya dengan benda karut.
nanti masa dah hampir selesai kes accident ni, baru dia tahu apa yang terjadi dekat jalan misteri tu sebenarnya sampai orang yang mati tu berkait rapat sebenarnya. semua gara-gara kematian seorang gadis 3 tahun lalu. siapakah gadis itu? ha, tu semua tengok sendiri okay.
bagi aku, cerita dia menariklah. nampak lain sikit. and tak pening dengan plot cerita dia. lagu dia aku suka. memang saspens. and oh, ini bukan cerita hantu. cuma adalah pasal spirit spirit tu. and tengoklah pelakon dia siapa. Aamir tak pilihlah cerita bosan kan. hahaha.
aku recommend lah tengok filem Talaash kalau bosan. semuanya connected dalam cerita ni dan membuatkan perspektif dia berubah. adakah dia akan terima spirit tu wujud? adakah dia dapat berjumpa dengan Karan semula? apa jadi dengan hubungan dia dan Roshni? apa jadi dengan dia and Rosie pula? ha, tu semua akan terjawab dalam filem ni.
http://www.hindustantimes.com/images/2012/10/27f996be-72eb-4376-a211-20cef8ab1629wallpaper1.jpg
credit to www.hindustantimes.com
okay itu sahaja.
adios~
 
 
 
 
post signature

5 comments :

  1. Salam Khamis..
    singgah sini pagi ini..

    ReplyDelete
  2. wahhhh gaya penceritaan yg hebat! dan pernah rasanya tengok cerita ni sikit2 dulu heheheh. sakit hati la bila tengok cerita macam ni kan hahaha

    ReplyDelete
  3. rasanya kalu cite ada Amir Khan mesti best n gempak!

    ReplyDelete
  4. ingatkan tajuk citer Tamil.. hindustan rupanya =D hehe.. lawa la kareena ni.. ngee..

    ReplyDelete

hello dear ! thanks for dropping by. i'll make sure to reply asap !

My Instagram

Copyright © The Minimalist Traveler. Made with by OddThemes