Tips Belajar untuk Anak yang Menduduki Peperiksaan

Tips Belajar untuk Anak UPSR

http://38.media.tumblr.com/d79f2e4294fc7a9fc778ce9052614c68/tumblr_inline_ngn8pwqzPK1ssc13d.gif
assalamualaikum and hello lads!




ha, memandangkan UPSR sudah pun tiba, aku nak share sikit tips macam mana nak kasi anak-anak atau adik-adik ni menjawab peperiksaan UPSR dengan mudah. lama sangat dah tinggalkan UPSR, minta maaf kalau ada yang macam tak logik dek akal tu. hehe

1. Exercise


ini memang sangat penting. kita masa budak-budak ni, nak buat kerja sekolah paling susah. cewah macam dah besar tak susah pula. tapi ye, masa kecil ni memang kita kena selalu ingatkan. buat buat dan buat. budak-budak masa ni ingatan dia sangat kuat. bila dia selalu buat, nampak je soalan macam sama, terus dia boleh fikir macam mana nak jawab. 

http://3.bp.blogspot.com/-MQO1uzQIJKQ/ThDGg-z3pbI/AAAAAAAAA7c/nSDMDiI-_fA/s640/tumblr_lly4oceLWe1qb7r6fo1_500_large.png
credit to healthandbeautybyroshni.blogspot.com

ini jadi masa aku nak ambil periksa. ummi suruh aku buat. aku menangis air mata darah sekalipun masa tu, ummi suruh juga. dalam duduk monyok, memang aku buat. and akhirnya dapat juga aku jawab periksa. 

masa dah hampir ke penghujung, jangan baca nota. nota sangat banyak dan ini akan buat diorang jadi depressed. sebab tu latihan sangat membantu. bila dia nak explanation, barulah suruh dia baca.

2. Lagu


jangan halang anak untuk dengar lagu English. dari sini dia banyak dapat belajar ayat-ayat baru. tapi make sure kita pun faham lagu yang dia dengar tu. takut lain pula jenis lagu dia pilih. tak ke parah. 

masa aku takut nak jawab kertas English, tahu tak, lagu yang banyak membantu aku. sebab lagu memang mengikut segala format dia kan. unless lagu ada rappers, tu memang suka hati dia je ' i no like you ' lah, 'we was here' lah. sebab tu lah kena cek lagunya. 

3. Competition


aku tak maksudkan compare kan anak dengan orang lain. PLEASE. janganlah buat macam ni. ada certain budak-budak, lagi kita compare, lagi dia malas nak belajar. tapi sebaliknya, kalau ada anak-anak atau adik beradik ramai, buat satu chart board. 

siapa berjaya habiskan exercise ni, dapat satu bintang. siapa tak buat, tak dapat. ini kita boleh buat untuk kerja rumah lain juga. aku perasan tips ni sangat berkesan untuk kebanyakan ibu bapa di oversea.  masa ni diorang akan rasa semangat untuk buat kerja masing-masing yang diberikan oleh ibu bapa. 

lepas dah banyak bintang, kasilah ganjaran apa-apa kan. pergi Kidzania ke, makan ais krim Magnum ke, dan apa sahaja yang korang rasa bagus untuk anak-anak atau adik-adik sendiri

4. Be There for Her/Him


ini sangat sangat sangat penting. masa anak-anak atau adik-adik tengah buat exercise, tolonglah hadap dia sekali. jangan sibuk main handphone atau laptop. kita lagi pandai, so bila dia tak reti jawab certain questions, dia akan bertanyakan kita. 

tapi kalau kita dah sibuk dengan benda lain, sampai jawab ala kadar je, agak-agak dia rasa semangat tak nak buat? nope. dia tak reti jawab, kita pun malas nak jawab, buat apa dia nak buat exercise kan???

5. Sarapan


kasi anak-anak atau adik-adik sarapan terlebih dahulu. kita tak boleh jawab periksa dengan elok kalau perut kosong. aku biasa kena. hahahahaha. aku malas nak makan. paksa juga makan even sikit. nanti karang sibuk fikir perut dari kertas yang ada depan mata. budak-budak kan macam-macam perangai.

http://media.tumblr.com/tumblr_mbsmwr0UCX1ro2d43.gif
credit to ineedthisforreactions.tumblr.com

6. Tersangkut!


pesan pada diorang, kalau dah tersangkut dengan satu soalan, bulatkan besar-besar dulu. sambung buat soalan lain. jangan terlalu fokus pada soalan tu sampai tak ingat ada 40 lagi soalan tak berjawab. ha, tak ke naya. 

https://venusandmarsonadate.files.wordpress.com/2013/07/tumblr_m3fln7rmod1rv4pd3o1_500.gif

bila dah habis, recheck! bila nampak bulatan besar dekat nombor, baru kita teringat ada lagi soalan belum berjawab. 

7. Tidur


jangan kasi anak stay up. kalau umur dia dah masuk 16 tahun ke atas, tak apa. tapi kalau masih UPSR, pastikan tidurnya mencukupi. jangan sampai kita pula terlalu taksub nak suruh dia buat exercise sampai tak sedar dah pukul berapa. hehe. 

tapi masa aku duduk mrsm pun, aku tak pernah stay up. stay up akan buat kita lebih penat dan letih. pagi lepas bangun sangat bagus untuk refresh balik apa yang kita dah belajar tadi. 

8. Ulang


okay. ini berkesan untuk adik aku. okay, maybe tak sama macam periksa, tapi dia ada join satu pertandingan public speaking and tinggal 2 hari je lagi! untuk dia bersiap sedia. ummi aku dah bising dah. haha. so, dia ada empat paper perlu dihafal. 

aku suruh di baca satu page dahulu. and lepas dia dah hafal, aku suruh dia baca balik. dalam paper dia ada banyak juga surah. kadang-kadang bila dah masuk page lain, aku saja ulang surah lain di page pertama supaya dia ingat tu surah apa berserta maksudnya sekali. 

http://media.tumblr.com/99ed54d238112d46ee094981ccef6bd6/tumblr_inline_mom3kqNzZU1qz4rgp.jpg
credit to tutorblog.tumblr.com

kiranya dia bukan hafal saje-saje je. dia memang ingat flow cerita tersebut. mungkin ini akan berkesan untuk anak-anak atau adik-adik yang mengambil ujian Sains ke atau Sejarah (ada ke sejarah masa UPSR??). kita main tukar-tukar soalan ke chapter yang dia dah baca. so benda tu akan selalu berulang dalam kepala dia. 

and oh, dia berjaya dapat no 1 dalam pertandingan public speaking dan pertandingan ini terdiri dari semua tahap :)

bila kita dah terlalu fokus dengan chapter ke belakang dan belakang, kita lupa balik apa yang kita dah hafal di awal subjek. 

aku rasa itu sahaja aku boleh fikir. maaf kalau rasa macam pelik atau tak berkesan, abaikan sahaja okay. aku doakan anak-anak Malaysia ni berjaya. siapa lagi nak mengharumkan nama Malaysia melainkan anak-anak dan adik-adik kita sendiri.

paling penting sekali doa. doa ibu sangat makbul. in shaa ALLAH anak-anak akan berjaya :) 

credit to muslimagnet.tumblr.com

adios~
 
 
 
 
post signature

4 comments :

  1. baiklah cikgu amy.... wahhh banyak tipsss

    ReplyDelete
  2. kc memang suka stay up time sekolah menengah haha. tapi kalau budak2 tak elok kan stay up. atibodi tak kuat lagi mungkin.

    btw, lagu memang merangsang minda kita! :D

    fightingg!

    ReplyDelete
  3. kite dulu nak upsr, bagai nak rak belajar . fuhhh

    ReplyDelete

hello dear ! thanks for dropping by. i'll make sure to reply asap !

My Instagram

Copyright © The Minimalist Traveler. Made with by OddThemes