5 Hotel Termahal di Malaysia

5 Hotel Termahal di Malaysia

Diskaun Hebat di Savingmart

Hotel Malaysia Expedia

 

assalamualaikum and hello lads!

dekat Malaysia ni mahupun di luar negara, bila tiap kali kita berjalan ke negeri-negeri lain, pasti ada sahaja hotel tersergam indah di bandar kan. ada hotel murah, ada hotel mahal. semua jenis hotel ada. mudah sahaja nak mencari. tetapi mana satu yang betul-betul menarik perhatian kita? pasti harga yang kita cari dahulu. ataupun mungkin berapa banyak bintang yang diberi pada hotel tersebut? ataupun hotel mana yang lebih dekat dengan segala kemudahan? 

semua keistimewaan ini sememangnya ada pada hotel mahal-mahal kan. Gym? ada. Spa? ada. apalagi, semua ada. tapi dalam banyak-banyak hotel mahal di Malaysia ini, mari kita tengok top 5 hotel Termahal yang terdapat di negeri kesayangan kita ini.

1. Grand Hyatt Kuala Lumpur

Grand Hyatt

apa yang menarik mengenai Hotel Grand Hyatt ini? ha, tahukah anda. Grand Hyatt adalah hotel paling mahal sekali korang akan jumpa. kenapa? sebab segala kemudahan disediakan. tak perlu anda bersusah payah mencari ke sana ke sini. segalanya ada di dalam hotel Grand Hyatt. 

antaranya:
- 11 treatment rooms Essa Spa
- Jacuzzi
- Sauna 
- Steam
- Ice Fountain Rooms
- Kolam Renang
- Setiap bilik mempunyai skrin LCD dan juga kemudahan internet.
- Gym yang dibuka 24 jam dengan peralatan lengkap berserta personal trainer.

credit to velvetescape.com
grand hyatt
credit to eatdrinkkl.blogspot.com

apa yang paling menarik bilamana biliknya direka menggunakan tingkap floor-to-ceiling. jadi, senanglah anda mahu merehatkan diri sambil melihat pemandangan Petronas Twin Towers dan juga bandar Kuala Lumpur. 

Lokasi: 

terletak di Golden Triangle. hanya berjalan kaki sahaja jika mahu ke KLCC, KL Tower, KLCC Park, dan juga bersambung dengan Pavillion KL menerusi sky-bridge di luar hotel Grand Hyatt. jadi sudah pastilah tanpa ragu lagi hotel ini bertaraf 5 bintang seperti hotel ternama lain juga yang ada. 

Purata Kadar Harian (Grand Executive Suites): RM4,700
grand hyatt kl
credit to www.sahelabi.com

2. JW Marriott KL

JW Marriott KL
credit to www.booking.com
JW Marriott KL adalah harta bangunan pertama milik Marriott di Malaysia. dan antara salah satu kemegahan antara semua hotel JW Marriott yang ada di dunia ini. Hotel JW Marriott KL ini sangat bersesuaian dengan tetamu elit dan juga usahawan terkenal.
http://static.asiawebdirect.com/m/kl/hotels/kl-hotels-com/jwmarriott/rooms/hotelBanner/rooms.jpg
credit to www.kl-hotels.com
http://static.asiawebdirect.com/m/kl/hotels/kl-hotels-com/jwmarriott/photos/hotelBanner/photos.jpg
credit to www.kl-hotels.com

apa kemudahan pula yang ada di JW Marriott KL
. award-winning Starhill Spa
. state-of-the-art gymnasium 
. lebih dari 18 jenis makanan yang disediakan di dalam bangunan hotel , dan juga di Feast VIllage yang terletak di dalam Galeri Starhill

tetamu yang terpilih dapat menikmati ketenangan di ruang istirehat yang eksklusif yang turut disertakan bersama sarapan pagi, minum petang dan juga makanan dan minuman ringan.

mahu shopping sementara tinggal di JW Marriott KL? boleh sahaja. Hotel ini berhubung terus dengan Starhill Center.

Purata Kadar Harian (VIP Suite) : RM 9, 000

berminat dengan JW Marriott KL? Anda boleh book di laman web ini.

Expedia  : Expedia

Diskaun lebih hebat untuk Hotel ternama : Savingmart

3. Mandarin Oriental KL 


mandarin oriental kl
credit to thetraveller.sg
mandarin oriental kl
credit to www.mandarinoriental.com

Tidak kisahlah sama ada ingin berseronok bersama keluarga ataupun atas dasar kerja, sekiranya anda mempunyai bajet yang mencukupi, Hotel Mandarin Oriental KL adalah tempat yang sesuai sekali. Terletak bersebelahan dengan KLCC, hotel ini memaparkan suasana KLCC Park seluas 50 ekar yang sangat megah dan indah.  Harga yang ditawarkan sangat bersesuaian dengan kemudahannya yang mewah juga termasuklah:

. Urban Escape Style Spa
. Bilik Rawatan dengan suasana santai
. Pengiktirafan restoran dan bar
. Bilik Tetamu dan Bilik Mesyuarat yang Berteknologi Tinggi
. Steam, Sauna
. Whirlpool di Vitality Club
. fitness center

mandarin oriental kl
credit to robbreport.com

Purata Kadar Harian (Club Suites): RM 6, 000

4. Grand Millenium KL


http://www.millenniumhotels.com/content/dam/global/en/grand-millennium-kuala-lumpur/images/gmkl_lobby.jpg

Siapa pernah pergi Bukit Bintang? pastinya banyak juga bangunan tinggi tersergam indah. salah satu daripadanya adalah Grand Millenium Kuala Lumpur.  Antara layanan kelas pertama yang disediakan di sini adalah

. tingkap floor-to-ceiling memaparkan pemandangan bangunan-bangunan yang terdapat di situ.
. Spa dan Fitness Center
. Restoran dan bars
. Kolam renang
. Keistimewaan eksklusif kepada tetamu tertentu termasuklah servis butler


http://www.millenniumhotels.com/content/dam/global/en/grand-millennium-kuala-lumpur/images/TheMill.jpg

http://travel.findbulous.info/upload/18047/roomtype/Grand%20Millennium%20Kuala%20Lumpur%20New%20Club%20Lounge%20and%20Club%20Rooms%207.jpg

apa yang paling membuatkan ramai tertarik untuk tinggal di Grand Millenium KL ini adalah pemandangannya di waktu malam dari bilik tidur anda. Lebih-lebih lagi, hotel ini hanya 500m sahaja dari Bintang Walk, yang mana menawarkan pelbagai jenis makanan, kawasan hiburan, dan juga shopping complex Pavillion yang terletak bersebelahan sahaja dengan hotel ini. Walaupun purata harganya melebihi dari RM10, 000 ke atas. namun, anda boleh mendapat diskaun terbaik di  Kod Diskaun Hotels.com di SavingMart

Purata Harga Harian (Imperial Suite): RM 10, 600

5. Four Seasons Resort Langkawi


http://www.exsus.com/media/25831/Four-Seasons-Langkawi-Pools.jpg

asyik bercerita tentang hotel di Kuala Lumpur sahaja kan. tempat lain tak ada ke? ha, mari kita terbang pula ke Negeri Langkawi. walaupun tempatnya kecil sahaja, tetapi terdapat pelbagai destinasi menarik untuk dikunjungi.

Four Seasons Resort Langkawi ini terletak di dalam 99 gugusan pulau yang terletak di Pulau Andaman. Kalau tadi sudah dihadap dengan bangunan pencakar langit, kali ini kita menikmati pemandangan laut pula. hanya terletak beberapa meter sahaja dari pantai. jadi tidak perlu untuk anda menaiki kereta ataupun apa jua jenis kenderaan untuk beristirehat sambil menyaksikan matahari terbenam.

antara kemudahan yang terdapat di sini adalah:

. Laluan Taman yang cantik
. Reflective Pond
. Kolam Persendirian
. Spa dan Fitness Center
. Kawasan buffet di ruang terbuka

 

Purata Kadar Harian (Beach VIlla) : RM6, 585

Kemudahan yang Berbaloi dengan Harga

walaupun hotel-hotel yang dinyatakan di atas sangatlah melebihi dari bajet yang kita ada. namun setiap kemudahan yang disediakan amat berbaloi dengan apa yang sudah kita bayar. ditambah pula dengan suasana yang santai dan tenang, pasti kita tidak akan terganggu dengan masalah lain. Mahukan kolam sendiri tanpa gangguan sesiapa? Ada. Mahukan tempat romantik di tepi pantai? Ada. Mahukan tempat yang dekat dengan shopping complex? juga ada di hotel di atas. jadi, apa tunggu lagi. cuti-cuti ni, jom kita book Hotel di Expedia, dan juga dapatkan diskaun di SavingMart.
 
 
post signature

Share:

8 comments

  1. Amboi...mahalnye...bayar one day boleh bayar bil letrik umah staun smbil pakai aircond 24 jam...hehehehe

    ReplyDelete
  2. Teringin nak kerja dekat hotel-hotel mahal macam ni. I'm aiming for Four Seasons. hehehe

    ReplyDelete
  3. ada sapa2 nak sponser?hehehe
    Kalau pergi hotel mahal2 kenalah gunakan sepenuhnya kemudahan yang ada...

    ReplyDelete
  4. wow, so expensive, for sure i no $$ go this kind of hotel~

    Regards,
    (A Growing Teenager Diary Malaysia)

    ReplyDelete
  5. Mahallll...kak ros tak mampu nak melihat pun. Hihi

    ReplyDelete
  6. fuyoo best gak hotel langkawi tuu. fuhhh ヽ(´▽`)/

    ReplyDelete

hello dear :) x salah pun baca sambil komen kan.