Jus Orlin : Kecantikan Dalaman Bermula di Sini

 Jus Orlin : Kecantikan Dalaman Bermula di Sini

9:39 a.m
office
..
www.amysyeera.com

assalamualaikum and hello lads!

 
Nama Produk: Orlin Botanical Drink
Jenama: Alludra International
Kuantiti: 250ml 
Harga: RM 99.90 ( WM) / RM104.90(EM)


aduhai. dah lama tak update blog. kesian blog. sunyi je. tapi masih ada yang sudi datang ke rumah aku ni. terima kasih banyak-banyak ye. nanti aku balas kunjungan juga :)

alhamdulillah, sejurus lepas aku habis study di UNITEN, aku bekerja di bawah syarikat pakcik aku. office nya dekat sahaja dengan rumah. kalau naik kereta, tak sampai 10 minit pun. dekat kan? so, tak perlu nak hadap traffic jam semua tu. tapi bila tak kena dugaan macam orang lain, duduk office sahaja pun penat juga. betul tak?

 apa yang aku buat sepanjang hari dari pukul 8.30 pagi sampai 6 petang hanya duduk di dalam office sahaja menyiapkan kerja. kadang-kadang pun berdiri sebab nak photostat dokumen-dokumen penting sahaja untuk tender. penat tu mesti ada punya. balik rumah dah terkulai layu. malam nak ke masjid lagi. ada siap tu aku sampai tertidur waktu ceramah seusai solat Maghrib. haha -.-

jadi apa caranya untuk pastikan tenaga aku sentiasa aktif, aku mengamalkan Jus Orlin ini. apa Jus Orlin tu? meh kita tengok gambar di bawah.



sebelum aku bercerita lebih lanjut. jom kita berkenalan dulu dengan owner brand jus Orlin ni. Ha, pemilik kepada jenama Alludra ini dikenali sebagai Puan Arifah. kalau korang nak tahu, Puan Arifah ni baru berusia 43 tahun tau. baya-baya ummi aku je. muka memang tampak muda dan bertenaga walaupun usia semakin meningkat. teringin juga nak berwajah muda sepanjang masa. bayangkan kalau ada yang bertanya, umur awak ni baru 17 tahun ke? ha, kan tak semena-mena kembang rasa hati bila dipuji. hakikatnya umur dah 23 tahun. hahaha.

masa mula-mula dapat tu, aku sangat tertarik dengan packaging produk Jus Orlin ni. bagi aku, packaging dia sangat mewah. rasa macam beli produk dari oversea. tengoklah kombinasi warna yang dia reka. ada warna gold tau!. aku selitkan sikit ye. tahu tak warna gold tu represents kejayaan, kekayaan, dan compassionate. ha, sangat kena dengan Jus Orlin ni kan. memang produk ni dah biasa aku dengar di merata tempat sekarang.

 

Apa sebenarnya Jus Orlin tu?


Orlin Botanical ni khas untuk kaum wanita lebih-lebih lagi wanita yang sudah berkahwin.

. minuman tenaga yang diformulasikan khas untuk kaum wanita dalam membantu meningkatkan tenaga dalaman dan luaran. Orlin juga membantu menganjalkan kulit, otot pinggul, dan payudara di samping menyihatkan sistem dalaman wanita menjadi lebih berkeyakinan.

Cara Pengambilan Jus Orlin


okay. ini apa yang aku lakukan setiap pagi. aku akan ambil 2 sudu Jus Orlin sebelum breakfast. especially sebelum pergi kerja. sebab masa nilah, kita sangat-sangat memerlukan tenaga untuk buat apa sahaja aktiviti kan. kalau malam dah boleh berehat.

Rasa Jus Orlin


rasanya lebih kurang macam Scott's Emulsion oren tu bagi aku. cuma dia ada rasa manis-manis dan pahit at the same time.

www.amysyeera.com

 

Kandungan Jus Orlin


apa sebenarnya kandungan yang ada dalam Jus Orlin ni? Ha, banyak tau bahan menarik yang sudah dicampurkan menjadi jus orlin yang sempurna. sebab tu lah banyak tenaga ditambah ke dalam tubuh kita. 

ada Kurma, Madu, Serapat, Kolagen, Sirih, Habbatus Sauda', Mirifica dan lain-lain. banyak kan bahan yang kita tahu memang membawa kebaikan kepada kita. apatah lagi sebagai seorang isteri mahupun ibu yang bekerjaya, jus Orlin macam nilah yang sangat-sangat diperlukan untuk kekal bertenaga setiap hari. 

 

Testimoni Pengguna Jus Orlin 


 

jadi, berminat untuk mencuba? jangan lupa layari laman web ini okay. :)

Alludra Hotline : 017-6767966
 
 
 
 
 
post signature

Share:

3 comments

  1. Orlin memang bagus untuk semua peringkat usia :)

    ReplyDelete
  2. wow... kesihatan dalaman perlu dijaga...
    kene sihat luar dan sihat dalaman...

    ReplyDelete

hello dear :) x salah pun baca sambil komen kan.