Kalau dah Takdir, Kenapa Nak Berusaha?
1:01 a.m
rumah
scheduled post

assalamualaikum and hello lads!
sebenarnya aku tak pasti aku pernah buat entri ni ataupun belum. kalau belum, aku nak bercerita tentang satu kisah di mana pensyarah aku mengulaskan satu topik yang sangat menarik perhatian aku.
kalau dah, buat-buat tak ingat lah ye. hahaha.
alkisahnya begini. aku masa semester berapa entah, aku ada ambil subjek Engineering in Economics. lepas tu kebetulan masa tu baru je habis peperiksaan. dan macam biasalah, masing-masing dapat grade sendiri.
aku? tak perlu ditanya. maybe masa tu pensyarah nampak ada antara kami yang terasa sedih dengan result yang kami dapat. then, dia mulakan satu cerita.
korang rasa kenapa kita ni selalu kata kalau dah takdir, apa fungsi kita hidup dekat dunia ni? kalau dah takdir, kenapa kita kena berusaha sedangkan ALLAH dah tulis segala-galanya?
then, satu ayat pensyarah berjaya menangkap pendengaranku.
ya betul. semua benda sudah ditakdirkan. tapi hakikatnya ALLAH nak tengok macam mana caranya kita dalam mencapai sesuatu impian kita tu. andai kata kita dah berusaha sangat-sangat. tak tidur malam, hari-hari praktis Engineering in Economics, tapi at the end, result kita hanya sampai ke tahap C sahaja.
tapi ada pula yang tak baca dan meniru! result dia apa? A. itu semua takdir. nampak tak? ALLAH nak tahu kita ni kuat atau tak untuk melakukan sesuatu dengan niat yang baik ataupun menggunakan cara kotor seperti tadi?
bayangkan kalau kita berjaya menanam tebu 10 ekar. orang akan rasa sangat kagum. tapi bila kita cerita usaha kita macam mana nak capai 10 ekar tebu tu, lagi orang akan impressed. wah, dia ni macam-macam usaha dia buat untuk berjaya. tapi kalau dia cakap, 'ala, aku curi tebu orang je lepas tu aku tanam." sama tak impression kita dengan niat baik tadi?
![]() |
credit to mandalawangi.tumblr.com |
so faham tak apa aku cuba sampaikan? andai katalah kita sudah berdoa dan berdoa, mencari sambil mencari, tapi tetap tidak ketemu kerja ataupun jodoh, mungkin ada sebab disebaliknya. ALLAH nak tengok dulu sejauh mana kita akan berusaha untuk capai impian kita tu. at the end, kita akan dapat juga. cuma kalau kita duk guna-gunakan orang, kahwin juga. tapi bahagia ke? itu jawab sendiri.
itu sahaja cerita aku. maaf kalau tak dapat memahami apa yang aku cuba sampaikan.
![]() |
credit to thebungapink.blogspot.com |
adios~

Nice sharing... assalamulaikum maaf gak lama tak singgah sini
ReplyDeletehahaha..sangat faham. It's not about the destination, it's about the journey..kan ada famous saying 'matlamat tidak menghalalkan cara'. Plus..Allah nak tengok sejauh mana kita yakin dengan janji Dia.bukan senang..ada kalanya rasa nak give up je..
ReplyDeleteBagus jangan meniru terima apa saja yang dah kita usaha
ReplyDeleteBetul. Usaha tu sangat penting. Memanglah macam putus asa kalau tak dapat keputusan yang diinginkan, tapi kena belajar redha dan tidak berburuk sangka.
ReplyDeleteberikhtiar tiada batasnya
ReplyDeletehttp://agenjamkho.blogspot.co.id/
http://www.fuadherbal.com/2015/10/biolo-slimming-capsule.html
Faham...faham...yg penting kita tetap usaha. Apa yang ditakdirkan utk kita oleh Allah, itulah yg sebaik-baiknya buat kita :)
ReplyDelete